IPOH: Sebanyak 347 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Perak sepanjang tahun lalu.
Exco Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata, jumlah itu meningkat sedikit berbanding 342 kes yang dilaporkan pada 2020.
Menurutnya, kes penderaan yang dilapor melalui Polis Di Raja Malaysia (PDRM) pula adalah 23 tahun lalu dan 29 pada 2020.
Katanya, terdapat beberapa punca yang menyebabkan isu kes penderaan kanak-kanak di negeri ini.
“Perbalahan kerap kali berlaku terutama dalam keluarga yang sedang mengalami krisis rumah tangga.
“Keadaan ini ditambah lagi dengan wujudnya masalah komunikasi antara ibu dan bapa dengan anak-anak sehingga menyebabkan kecederaan terhadap kanak-kanak yang tidak bersalah,” katanya menjawab soalan Leow Thye Yih (DAP-Pokok Asam) pada Persidangan DUN Perak, di sini, hari ini.
Menurutnya, perceraian ibu bapa, ibu tunggal, ibu ditinggalkan atau berpisah dengan suami tanpa melalui prosedur yang sah, turut mendorong kepada berlakunya penderaan terhadap kanak-kanak yang tidak mendapat perhatian dan penjagaan yang sempurna.
Selain itu, ujarnya, terdapat juga ibu yang mengikut teman lelaki dan mengabaikan tanggungjawab penjagaan terhadap kanak-kanak.
“Kanak-kanak seperti ini akan mengalami penderaan emosi serta ada yang turut menjadi mangsa penderaan dari teman lelaki ibu mereka,” tambahnya.
Wan Norashikin berkata, masalah kewangan juga merupakan faktor yang menyumbang kepada berlakunya penderaan terhadap kanak-kanak.
“Apabila kewangan tidak dapat diuruskan dengan baik, anak-anak menjadi mangsa penderaan dan pengabaian terutama dari sudut hak asasi kanak-kanak yang tidak terjaga.
“Peningkatan kes bagi masalah kewangan ini dilihat mempunyai kaitan dengan keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu menyebabkan hak anak-anak terabai,” kata beliau.
Katanya, antara inisiatif yang dilakukan oleh JKM dalam membantu mangsa penderaan ialah memberi perlindungan awal kepada kanak-kanak.
Ini dilakukan dengan mengenal pasti mereka yang layak dan sesuai untuk memelihara kanak-kanak tersebut, dengan perintah mahkamah.
Di samping itu, ujar Wan Norashikin, JKM juga menyediakan bimbingan dan kaunseling bagi kes-kes penderaan, terutama yang melibatkan penderaan seksual.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Jul 20 2022
Wan Norashikin berkata, masalah kewangan juga merupakan faktor yang menyumbang kepada berlakunya penderaan terhadap kanak-kanak. - Gambar hiasan
Kerajaan naik taraf fasiliti dengan kos RM4.3 juta
Kementerian Komunikasi berjaya menaik taraf fasiliti program Kampung Angkat MADANI di Kampung Kelinsing, Sepang dengan kos sekitar RM4.3 juta.
Pegawai ditahan tiada kaitan dengan Sarawak Media Group atau TVS
Sarawak Media Group/TVS dalam kenyataan pada Sabtu berkata, pihaknya berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan akan memberikan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa, jika diperlukan.
Sembilan pekerja ladang terhidu racun serangga di Kinabatangan
Sembilan pekerja di sebuah ladang sawit di Kinabatangan dikejarkan ke hospital selepas disyaki terhidu racun serangga pada Sabtu.
Dua lelaki disyaki 'tokan' ditahan
Dua lelaki disyaki pengedar dadah dicekup dalam serbuan berasingan Op Tapis di pusat bandar ini dan di Tangkak, Johor, pada Jumaat.
Polis buru pemuda rogol gadis bawah umur hingga hamil
Polis giat mengesan seorang lelaki yang disyaki merogol seorang remaja perempuan bawah umur berusia 14 tahun sehingga hamil.
[TERKINI] Mangsa di Johor terus meningkat
Jumlah mangsa banjir Sabtu malam terus meningkat di Johor selepas Johor Bahru menjadi daerah terkini dilanda bencana alam itu
Tumpuan Ahad – 12 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Lima sekeluarga maut kereta bertembung dengan MPV di Jalan Nenasi-Rompin
Lima sekeluarga maut termasuk seorang bayi selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah MPV di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi, Pekan, malam ini.
Jumlah mangsa banjir di enam negeri menurun setakat malam ini
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir di dua jajahan terus catat penurunan setakat 8 malam ini kepada 24,416 orang yang ditempatkan di 57 PPS.
8,066 mangsa banjir di Kedah setakat 8 malam
Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua 2,582 keluarga berkenaan melibatkan penduduk di lima daerah di negeri itu.
711 mangsa banjir Pasir Mas masih berada di empat PPS malam ini
Hanya empat pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi malam ini berbanding enam pagi tadi.
JKM Kelantan peruntuk RM4.5 juta sebulan tampung belanja 9,034 warga emas
Senarai penerima dikemas kini setiap tahun, selain lawatan dan pemantauan dilaksanakan bagi memastikan kebajikan mereka terbela.
Banjir: Kerajaan Pahang peruntuk RM11 juta bantu mangsa
Peruntukan tersebut akan digunakan untuk menyediakan keperluan harian mangsa banjir khususnya mereka di PPS.
Tiga beradik tinggal bersama 13 anjing kini jalani kehidupan lebih teratur
Tiga beradik berusia 12, 10, dan sembilan tahun yang diselamatkan daripada tinggal bersama 13 ekor anjing, musang dan timbunan sampah pada Isnin lalu, kini menjalani kehidupan yang lebih teratur.
268 mangsa banjir di Lipis dipindahkan
Kejadian banjir berlaku susulan hujan lebat yang bermula sejak malam Ahad.
Wanita warga emas cekal jaga suami terlantar, tiga anak OKU
Meriam Ibrahim, 63, tidak mengeluh menumpukan sepenuh perhatian kepada suaminya Halim Talib, 69, yang tidak lagi boleh menguruskan diri.
Dakwaan bakul makanan hanya diedar di kawasan ahli Parlimen tertentu tidak benar
Pengagihan bakul makanan itu dibuat berdasarkan permohonan yang diterima, melalui 108 pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di seluruh negara.
COVID-19: Pasangan suami isteri terlibat kes penipuan sumbangan ditahan
Mohd Iqbal berkata pasangan itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Langkawi bagi mendapatkan perintah tahanan reman hari ini.