SEREMBAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan pada Rabu sebulat suara meluluskan Belanjawan Negeri 2023 bertemakan 'Melunas Janji, Menggalas Harapan' bagi mengimbangkan keperluan sara hidup dan mengukuhkan ekonomi yang berdaya saing.
Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 yang memperuntukkan perbelanjaan RM550 juta, anggaran hasil RM450 juta, belanjawan pembangunan bernilai RM130 juta serta belanjawan defisit sebanyak RM100 juta dibahaskan selama tiga hari bermula 25 Nov lepas membabitkan 36 Ahli DUN.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata ia merangkumi sektor pembangunan sosial, pertanian, infrastruktur, kerohanian, pentadbiran dan pelancongan selain akan terus diperkasa bagi memastikan rakyat dibantu mengharungi isu peningkatan kos sara hidup dan jaminan bekalan makanan.
Sementara itu, Aminuddin yang juga Ahli Parlimen Port Dickson ketika sesi penggulungan berkata kerajaan negeri menambah peruntukan bagi Jabatan Pengairan dan Saliran daripada RM10.13 juta pada 2022 kepada RM11.9 juta untuk tahun depan bagi projek pengurusan tebatan banjir dan lembangan sungai.
Untuk rekod katanya sebanyak RM39.55 juta (59.69 peratus) daripada keseluruhan peruntukan pembangunan berjumlah RM66.26 juta telah diperuntukkan untuk tujuan itu bagi tempoh 2018 hingga 2023.
"Kerajaan negeri mengutamakan kebajikan rakyat dalam menangani dan mencegah insiden banjir menerusi peruntukan tahunan yang disediakan khusus bagi menyelenggara sistem perparitan dan lembangan sungai," katanya.
Bagi menghadapi bencana di negeri ini juga, peruntukan luar jangka bernilai RM2 juta pada tahun depan diperuntukkan berbanding RM500,000 pada 2022 selain menerusi Akaun Amanah Permasalahan Rakyat, Akaun Amanah Bencana dan Akaun Amanah Dana Khas Menteri Besar.
Terdahulu, Mustapha Nagoor (BN-Palong) ketika membahaskan RUU itu berkata penyediaan lot tanah untuk generasi baharu Felda perlu dilaksanakan secara konsisten selain kerjasama bersama kerajaan pusat dalam merealisasikan impian generasi kedua dan ketiga Felda dalam pemilikan rumah.
"Menjadi harapan kita mendapatkan lot tanah untuk generasi kedua dan ketiga Felda ini menjadi kenyataan kalau tidak ia akan mengambil masa bertahun-tahun dan tidak selesai," katanya.
Mohd Razi Mohd Ali (BN-Sungai Lui) berkata menjadi impian anak-anak peneroka untuk memiliki sebuah rumah di samping mengusahakan ladang-ladang milik keluarga.
Persidangan DUN ditangguhkan pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 30 2022
![DUN N.Sembilan lulus Belanjawan 2023 DUN N.Sembilan lulus Belanjawan 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51669846032_DunNegeriSembilan.jpg)
DUN Negeri Sembilan sebulat suara meluluskan Belanjawan Negeri 2023 bertemakan 'Melunas Janji, Menggalas Harapan' bagi mengimbangkan keperluan sara hidup dan mengukuhkan ekonomi yang berdaya saing. --Foto Sinar Harian
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Negeri Sembilan capai sifar miskin tegar hujung bulan ini - MB Negeri Sembilan capai sifar miskin tegar hujung bulan ini - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716280235_TBAMINUDDINHARUN.jpg)
Negeri Sembilan capai sifar miskin tegar hujung bulan ini - MB
Ia susulan pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program termasuk kerjasama dengan syarikat bagi menyediakan pekerjaan kepada miskin tegar.
![Dua lagi premis jalankan aktiviti sisa elektronik diserbu - Aminuddin Dua lagi premis jalankan aktiviti sisa elektronik diserbu - Aminuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716809090_AminuddinHarun.jpg)
Dua lagi premis jalankan aktiviti sisa elektronik diserbu - Aminuddin
Dua lagi premis haram menjalankan aktiviti peleraian bahan buangan elektronik di Negeri Sembilan diserbu pihak berkuasa dalam operasi bersepadu di Kampung Ribu, Rantau tengah hari tadi.
![FAMA sasar RM7.3 juta jualan FAMA Fest tahun ini FAMA sasar RM7.3 juta jualan FAMA Fest tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716562610_AminuddinHarun.jpg)
FAMA sasar RM7.3 juta jualan FAMA Fest tahun ini
Sasaran itu melibatkan lapan penganjuran FAMA Fest bermula Februari lepas hingga Disember ini.
![Kenaikan gaji: Negeri Sembilan perlu wujudkan kaedah nilai prestasi penjawat awam - MB Kenaikan gaji: Negeri Sembilan perlu wujudkan kaedah nilai prestasi penjawat awam - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716458170_TBAminuddinHarun.jpg)
Kenaikan gaji: Negeri Sembilan perlu wujudkan kaedah nilai prestasi penjawat awam - MB
Kerajaan Negeri Sembilan perlu mewujudkan kaedah penilaian prestasi kerja dan kecekapan penjawat awam bagi menentukan sama ada mereka berhak menerima kenaikan gaji atau tidak.
![Port Dickson bakal jadi hab keselamatan dan kesihatan pekerjaan ekopelancongan Port Dickson bakal jadi hab keselamatan dan kesihatan pekerjaan ekopelancongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716281553_ManivananGowin.jpg)
Port Dickson bakal jadi hab keselamatan dan kesihatan pekerjaan ekopelancongan
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) akan menjadikan Port Dickson sebagai hab keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) serantau untuk sektor pelancongan.
![Kerajaan Negeri Sembilan tukar kereta rasmi, elak kos selenggara tinggi - MB Kerajaan Negeri Sembilan tukar kereta rasmi, elak kos selenggara tinggi - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714643155_TBAMINUDDINHARUN.jpg)
Kerajaan Negeri Sembilan tukar kereta rasmi, elak kos selenggara tinggi - MB
Kerajaan Negeri Sembilan membuat 16 pembelian kereta baharu untuk kegunaan rasmi Menteri Besar dan beberapa anggota pentadbiran kerajaan negeri.
![Selepas 25 tahun, pastikan PKR kekal relevan dalam setiap generasi - Naib Presiden Selepas 25 tahun, pastikan PKR kekal relevan dalam setiap generasi - Naib Presiden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715474374_tbAnwarIbrahim.jpg)
Selepas 25 tahun, pastikan PKR kekal relevan dalam setiap generasi - Naib Presiden
PKR kini berdepan cabaran memastikan parti itu sentiasa relevan dalam setiap generasi khususnya golongan muda.
![Kerajaan Negeri Sembilan tidak pinggir DUN diwakili pembangkang - MB Kerajaan Negeri Sembilan tidak pinggir DUN diwakili pembangkang - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715250076_TBAminuddinHarun.jpg)
Kerajaan Negeri Sembilan tidak pinggir DUN diwakili pembangkang - MB
Kerajaan Negeri Sembilan tidak meminggirkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili pembangkang di negeri ini.
![LRA Sungai Linggi beroperasi semula - Aminuddin Harun LRA Sungai Linggi beroperasi semula - Aminuddin Harun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714990813_SEREMBAN.jpg)
LRA Sungai Linggi beroperasi semula - Aminuddin Harun
Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi dekat sini kembali beroperasi semula hari ini selepas sumber air mentah kembali pulih.
![Wakil rakyat perlu ketepi agenda politik sempit - Tuanku Muhriz Wakil rakyat perlu ketepi agenda politik sempit - Tuanku Muhriz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714980704_TuankuMuhrizjpg.jpg)
Wakil rakyat perlu ketepi agenda politik sempit - Tuanku Muhriz
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan menitahkan semua ADUN negeri ini supaya mengetepikan agenda politik sempit.