MELAKA: Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini mengucapkan tahniah serta memberi penghormatan kepada Azwan Omar, 29, atau lebih dikenali sebagai 'Abang Viva' yang membantu mangsa banjir di Selangor dan kini di Pahang, menggunakan kereta jenis Perodua Viva dan sebuah bot.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali, ketika membentangkan Bajet 2022 Negeri Melaka berkata beliau tersentuh hati dengan tindakan operator mesin itu yang sanggup mengambil cuti daripada majikannya untuk meredah kepayahan bagi menyelamatkan mangsa banjir di negeri berkenaan.
"Yang membanggakan kita adalah beliau pergi ke sana dengan menggunakan kereta (Perodua) Viva dan membawa sebuah bot di atas bumbungnya dengan hanya berbekalkan duit sebanyak RM50 iaitu RM20 digunakan untuk mengisi minyak kereta dan RM30 untuk membeli makanan untuk mengalas perut.
"Jadi apa salahnya kiranya kita mengucapkan tahniah dan penghormatan kepada sukarelawan hero orang Melaka ini dengan kita semua memberikan tepukan semangat kepada 'Abang Viva'," katanya.
Kisah Azwan tular di media sosial apabila sanggup datang dari Melaka ke Selangor untuk menyelamatkan mangsa banjir pada minggu lepas dengan berbekalkan wang sebanyak RM50 bagi mengisi minyak kereta dan membeli makanan.
Dalam pada itu, Sulaiman turut mengumumkan kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM200,000 bagi membeli bot untuk digunakan dalam misi menyelamat mangsa banjir di negeri berkenaan sebagai persediaan menghadapi musibah pada masa akan datang.
Beliau, yang mewakili kerajaan negeri, turut bersimpati dan melahirkan rasa dukacita di atas bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini sehingga menyebabkan beberapa negeri ditenggelami air dan rakyatnya memerlukan bantuan segera.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 27 2021
Kisah Azwan (gambar) tular di media sosial apabila sanggup datang dari Melaka ke Selangor untuk menyelamatkan mangsa banjir dengan berbekalkan wang RM50. - Gambar fail/Astro Gempak
Australia Selatan larang iklan makanan rapu di pengangkutan awam
Larangan itu, yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025, melibatkan pengharaman imej produk tidak sihat.
Penerbangan Moscow-Dubai UTair berpatah balik kerana kemungkinan masalah teknikal
Syarikat penerbangan Rusia, UTair, pada Sabtu memaklumkan bahawa pesawatnya yang sedang dalam penerbangan dari Moscow ke Dubai telah berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo selepas men
Sembilan pekerja ladang terhidu racun serangga di Kinabatangan
Sembilan pekerja di sebuah ladang sawit di Kinabatangan dikejarkan ke hospital selepas disyaki terhidu racun serangga pada Sabtu.
Terbuka Malaysia: Impian wakil tunggal negara di final tidak kesampaian
Pemain Malaysia terakhir yang berjaya melangkah ke final dan memenangi Terbuka Malaysia adalah Datuk Lee Chong Wei pada 2018.
Terbuka Malaysia: Aksi ulangan final Antonsen-Yu Qi
Tahun lepas, Antonsen menumpaskan jaguh China itu dalam straight set 21-14, 21-13 di pentas final.
Kembar karate Terengganu tekad cipta kejayaan pada debut Sukan SEA
Pasangan kembar berusia 19 tahun itu mendapat tawaran ke skuad kebangsaan selepas hanya dua tahun mempelajari karate.
Orang Asli: Melaka perluas skim insurans kepada Tok Jenang dan Tok Jekerah
Seramai 28 Tok Jekerah dan Tok Jenang daripada 14 perkampungan Orang Asli di seluruh Melaka akan mendapat manfaat daripada inisiatif berkenaan.
Abang Johari yakin keutuhan parti tidak tergugat
Katanya, peralihan kepimpinan dari Taib Mahmud kepada Adenan Satem dan seterusnya kepada beliau, telah berlaku tanpa sebarang masalah.
UNRWA pindah beribu fail pelarian dari Gaza, Tebing Barat ke lokasi selamat
Philippe Lazzarini menegaskan bahawa "UNRWA adalah pemegang amanah kepada identiti dan sejarah pelarian Palestin."
Ekonomi global berdepan ketidakpastian berhubung dasar perdagangan AS - Ketua IMF
Terdapat minat yang mendalam terhadap dasar pentadbiran AS, khususnya mengenai tarif, cukai, pembatalan kawal selia dan kecekapan kerajaan.
Tahniah Wira Banjir! Hadir bersama ibu, 'Abang Viva' terima Pingat Jasa Kebaktian
Dalam istiadat itu, Azwan Omar menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) atas jasanya membantu mangsa banjir.
Banjir: 'Abang Viva' akui akan bantu mangsa di Terengganu, Kelantan
Azwan berkata, perkara tersebut masih dalam peringkat perancangan dan akan memaklumkan lebih lanjut di akaun media sosialnya tidak lama lagi.
Banjir: Abang Viva nafi kutip dana, minta orang ramai hati-hati
Sambil menafikan ada membuat kutipan dana untuk membantu mangsa banjir, Azwan, 29, juga menolak dakwaan dirinya mengenakan bayaran daripada pihak media yang ingin menemubualnya.