Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah yang hari ini dilantik Menteri Komunikasi dan Multimedia dalam kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat akan membawa bersama pengalaman berharganya sebagai Menteri Luar sebelum ini.
Anak jati Temerloh itu dilahirkan pada 1961 di Kampung Sungai Ara, Mentakab dan merupakan anak kepada pasangan pendidik, Abdullah Long dan Ramlah Uda.
Saifuddin mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Abu Bakar Mentakab (1968-73), Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) (1974-80), mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Malaya (1984), Diploma Terjemahan daripada Persatuan Penterjemah Malaysia/Dewan Bahasa dan Pustaka (1985) dan mengikuti Kursus Eksekutif di Harvard Business School (1995).
Sebelum menceburi arena politik secara aktif, beliau merupakan Presiden Majlis Belia Malaysia, Ahli Panel Tertinggi Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Tentang Pekerjaan Belia, Konsultan Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Asia Pasifik (ESCAP), Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pergerakan Moderat Global (GMM) dan aktivis mahasiswa.
Beliau pernah menceburi dunia perniagaan, bertugas sebagai pentadbir universiti, editor dan guru malah telah menerbitkan enam buah buku dan menjadi kolumnis di Sinar Harian, The Edge Malaysia dan Sin Chew Daily.
Antara sumbangan penting beliau kepada negara adalah penubuhan Gagasan Patriotisme Alaf Baru yang kemudiannya membentangkan satu kertas kerja utama di Kongres Patriotisme Negara (2002) yang melahirkan idea Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Selain itu, Saifuddin juga seorang pemidato yang baik dengan pernah dinobatkan sebagai Johan dan Pemidato Terbaik Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri (1980) selain pengasas Pertandingan Debat Antara Universiti Piala Diraja dan Kelab Debat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Pengalamannya juga turut dipahat apabila dilantik menjadi ahli dan terlibat dalam pelbagai organisasi dan platform:
o Majlis Perbandaran Temerloh
o Majlis Teknologi Maklumat Negara (NITC)
o Majlis Perundingan Ekonomi Negara Kedua (MAPEN II)
o Majlis Perundingan Belia Negara,
o Yayasan Salam
o Penasihat Pengguna Negara
o Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
o Majlis Perundingan Akta Pendidikan
o Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
o Ikatan Pengkajian Islam Pahang (IKATAN)
o Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM)
Pengalaman di peringkat antarabangsa sebagai Menteri Luar juga tidak kurang hebat apabila pernah diamanahkan dan dilantik sebagai:
o Ahli Panel Tertinggi Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pekerjaan Bagi Belia
o Timbalan Bendahari, Majlis Antarabangsa Mengenai Dasar Belia Negara
o Wakil NGO (Badan Bukan Kerajaan) Asia Pasifik berucap di Persidangan Pertama Menteri-Menteri Belia Sedunia, anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lisbon, Portugal
o Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial bagi Asia Pasifik, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (ESCAP)
o Setiausaha, Tabung Barisan Bertindak Kosovo
Karier politiknya juga menyaksikan pelbagai pencapaian. Beliau dilantik Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ahli Parlimen Temerloh atas tiket kerusi Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 dan sebelum beralih alih kepada PKR dan memenangi kerusi yang sama pada PRU14 selain dilantik Ketua Sekretariat Pakatan Harapan (PH).
Di peringkat Kabinet, Saifuddin pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Keusahawanan dan Pembangunan Koperasi (2008 - 2009) ; Timbalan Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi II (2009 - 2013) dan Menteri Luar (2018 -2020).
Februari tahun ini, Saifuddin dan 10 lagi anggota PKR mengisytiharkan keluar parti dan menghulurkan sokongan kepada Bersatu yang menerajui gabungan baharu parti pemerintah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 09 2020

Datuk Saifuddin Abdullah dilahirkan pada 1961 di Kampung Sungai Ara, Mentakab dan merupakan anak kepada pasangan pendidik, Abdullah Long dan Ramlah Uda. - Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

PRU15: Hormati tugas pengamal media - Annuar Musa
Annuar berkata ini kerana pengamal media turut mempunyai etika kewartawanan dan peraturan yang perlu dipatuhi ketika menjalankan tugas.

Rakyat diseru ambil pelbagai peluang terhidang dalam ekonomi digital - Annuar
Rakyat negara ini terutama usahawan diseru supaya mengambil pelbagai peluang yang terhidang dalam ekonomi digital bagi mentransformasikan kehidupan mereka ke arah yang lebih baik.

PM Ismail Sabri deklamasi puisi untuk sampaikan mesej cintakan negara
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malam ini memilih untuk berpuisi bagi menyampaikan mesej kecintaannya pada negara.

Peranan pasukan jihad inflasi luas, tidak terhad isu harga barang - Annuar
Peranan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi tidak terhad kepada isu kenaikan harga barang, sebaliknya ia lebih luas dan melibatkan usaha mengatasi masalah inflasi secara keseluruhan.

Annuar bertemu pegawai kanan kerajaan gembleng komunikasi strategik hadapi inflasi
Ia bagi merencana pengemblengan komunikasi strategik ketika seluruh dunia termasuk Malaysia berdepan dengan cabaran inflasi serta kenaikan harga barang.

Ketidakseimbangan antara penawaran, permintaan antara faktor kenaikan harga barang - Annuar
Ketidakseimbangan antara penawaran dan permintaan menjadi antara punca kenaikan harga barangan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi berbincang minggu depan, galakkan kempen jualan murah
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi akan mengadakan perbincangan pada minggu hadapan bagi menggalakkan semua outlet, kedai runcit dan pasar raya melancarkan kempen jualan murah.

Subsidi rakyat tidak dimansuh, sebaliknya pemberian bertambah - Annuar
Menurut Annuar, kerajaan sentiasa prihatin tentang masalah kos sara hidup yang dihadapi rakyat, sehingga menampung sejumlah RM43 bilion subsidi.

Kerajaan stabil, tidak perlu desak bubar Parlimen - Annuar Musa
Annuar berkata tiada keperluan mendesak ketika ini untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dilaksanakan.

Senator Zurainah dilantik Pengerusi FINAS, Mohamad Salim Pengerusi Interim MCMC
Senator Datuk Seri Zurainah Musa dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa hari ini sehingga 9 Jun 2024.