KANGAR: Peranan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi tidak terhad kepada isu kenaikan harga barang, sebaliknya ia lebih luas dan melibatkan usaha mengatasi masalah inflasi secara keseluruhan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata penubuhan jawatankuasa itu merupakan langkah proaktif kerajaan setelah mendapat gambaran menyeluruh situasi yang berlaku di kebanyakan negara di dunia yang menghadapi masalah tersebut.
"Kita perlu mengambil tindakan awal bagi membantu rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dari sudut kos sara hidup," katanya pada sidang media sempena perasmian Kompleks Penyiaran Tuanku Syed Putra di sini hari ini.
Beliau berkata sebagai permulaan jawatankuasa itu telah memberi tumpuan kepada usaha menangani isu kenaikan harga barang tertentu seperti ayam dan minyak masak.
"Untuk berikutnya jawatankuasa ini akan melihat perkara-perkara lain yang terikat kepada masalah inflasi," katanya yang turut berterima kasih kepada pihak industri atas kerjasama mereka mengikut syor jawatankuasa itu dalam menangani isu kenaikan harga barang.
Selain itu, katanya pada ketika ini jawatankuasa berkenaan berpendirian tidak boleh membenarkan eksport ayam selagi bekalan dalam negara tidak stabil dan keperluan domestik dipastikan terjamin terlebih dahulu.
"Kita akan membuat penilaian berapa keperluan domestik terlebih dahulu, pada ketika ini keperluan dalam negara adalah 69 juta metrik tan sebulan atau kira-kira dua juta metrik tan sehari.
"Jika pengeluaran ayam berada pada tahap kira-kira 70 juta metrik tan sebulan dan ke bawah, maka kita masih tidak boleh eksport," katanya.
Terdahulu, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan serta menamakan kompleks penyiaran baharu Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Perlis sebagai Kompleks Penyiaran Tuanku Syed Putra.
Berangkat sama Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Mohammad Mentek, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dan barisan Exco kerajaan negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 23 2022

Tan Sri Annuar Musa berkata penubuhan jawatankuasa itu merupakan langkah proaktif kerajaan setelah mendapat gambaran menyeluruh situasi yang berlaku di kebanyakan negara di dunia yang menghadapi masalah tersebut. - Gambar fail/BERNAMA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 27 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

MMM bolehkan media di negara ini jalankan tugas lebih berkesan - Fahmi
Konsep kawal selia kendiri dalam RUU itu menjadi satu indikator bahawa industri media di negara ini adalah sihat.

Utusan Sarawak tamat era cetakan selepas hampir 80 tahun, beralih ke platform digital
Akhbar Utusan Sarawak dan Mingguan Sarawak akan menghentikan penerbitan edisi cetak mulai esok selepas penerbitannya bermula pada tahun 1949.

Chow Kon Yeow kekal terajui Majlis Pimpinan PH Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dilantik semula sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang bagi tempoh 2024-2026.

Bekas Pengerusi 1MDB diasak soalan berhubung kenyataan bukan proksi Najib
Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, 75, diasak dengan soalan pasukan pendakwaan berkaitan kenyataan beliau bukan proksi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mogok di Lapangan Terbang Munich jejaskan 80 peratus penerbangan
Syarikat penerbangan membatalkan 80 peratus penerbangan berjadual pada Khamis dan Jumaat.

Buka aib pasangan di media sosial bawa fitnah, perpecahan dalam keluarga - Mohd Na'im
Perbuatan membuka aib pasangan di khalayak ramai terutama di media sosial bertentangan dengan ajaran Islam serta nilai-nilai murni masyarakat.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dewan Rakyat lulus usul Laporan Ketua Audit Negara 1/2025
Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2025 Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2023.

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi tidak diteruskan - Fuziah
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang ditubuhkan tahun lepas di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak diteruskan lagi, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Tambah subsidi 2 sen antara cadangan atasi masalah bekalan telur ayam - Annuar
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi akan mencadangkan beberapa langkah kepada kerajaan termasuk meningkatkan subsidi sebanyak 2 sen dalam usaha mengatasi masalah bekalan telur ayam gred terkawal.

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bincang bekalan barangan musim banjir minggu depan - Annuar
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi akan mengadakan mesyuarat pada minggu depan di Putrajaya bagi membincangkan beberapa perkara terutama untuk menangani kekurangan bekalan barangan ketika musim banjir

Jualan Murah Keluarga Malaysia Siswa bantu ringankan beban pelajar IPT - Mustapa
JMKM Siswa merupakan projek rintis bagi membantu mengurangkan beban ditanggung siswa, dan akan diperluaskan ke IPTA lain selepas ini.

Banjir: Pastikan barang keperluan mencukupi
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi hari ini mahu bekalan barangan keperluan di negeri-negeri dijangka terjejas banjir dipastikan mencukupi, serta tidak memberi kesan yang ketara terhadap harga barang-

Annuar sangkal tuduhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi gagal
Ia termasuk tuduhan pasukan itu gagal mengawal kenaikan Kadar Dasar Semalaman yang diumumkan Bank Negara Malaysia baru-baru ini.

Peranan Pasukan Khas Tangani Inflasi bukan tentang OPR sahaja - Annuar
Peranan yang dimainkan Jawatankuasa Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bukan berlegar pada Kadar Dasar Semalaman (OPR) sahaja, sebaliknya turut memberi perhatian kepada harga barang keperluan rakyat.

Tindakan tegas jika jual ayam melebihi harga siling - Mustapa
Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang menjual ayam melebihi harga siling RM9.40 sekilogram yang ditetapkan.

Kementerian berkaitan perlu capai prestasi Jualan Murah Keluarga Malaysia 100 peratus
Annuar berkata ini kerana pelaksanaan program jualan di pusat JMKM itu yang bermula pada 19 Ogos lepas, setakat ini dilihat masih menunjukkan prestasi kurang memuaskan.

Harga siling ayam, telur kekal, kilang tertentu boleh eksport bermula Oktober - Annuar
Harga siling RM9.40 sekilogram bagi ayam bulat segar tempatan, manakala subsidi 3 sen untuk telur turut kekal, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa.