PUTRAJAYA: Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi pada Khamis mahu bekalan barangan keperluan di negeri-negeri dijangka terjejas banjir dipastikan mencukupi, serta tidak memberi kesan yang ketara terhadap harga barang-barang tersebut.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), serta kementerian berkaitan perlulah memastikan bekalan barangan keperluan di negeri-negeri dijangka terjejas banjir mencukupi.
Nanta yang mempengerusikan mesyuarat pasukan khas itu semalam berkata Nadma, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan kementeriannya sendiri pula, perlu memastikan harga barang keperluan di negeri tersebut tidak meningkat.
Beliau berkata persiapan menghadapi banjir dibuat selari dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, untuk mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) bagi menghadapi monsun timur laut (MTL).
"Ini termasuklah dari segi peningkatan stok mahupun perancangan logistik pengedaran ke negeri-negeri tersebut seperti ROVR bekalan petrol, diesel dan sebagainya," katanya.
Musim MTL kebiasaannya mengakibatkan hujan lebat yang sering menyebabkan banjir besar terutama di negeri-negeri pantai timur. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) meramalkan MTL 2022/2023 bermula pada November 2022 hingga Mac 2023.
Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangka mengalami hujan lebat monsun bermula November hingga Disember 2022, manakala Johor, Sabah dan Sarawak dijangka berhadapan hujan lebat monsun bermula Disember 2022 hingga Januari 2023.
Nanta dalam pada itu berkata buat masa ini, bekalan dan harga ayam serta telur ayam gred A, B dan C didapati stabil.
"Pemantauan berterusan dilakukan di semua peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit bagi memastikan ia terus stabil," katanya.
Sementara itu, Nanta berkata buat masa ini tiada keperluan untuk kerajaan mewujudkan stok penimbal bagi minyak sawit mentah (CPO), memandangkan harga CPO di pasaran dunia adalah stabil buat masa ini dan mengikut unjuran, harga CPO akan mengalami sedikit penyusutan pada bulan Oktober hingga Disember ini.
Beliau berkata kerajaan akan meneruskan libat urus dengan pemain industri dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, bagi meninjau kebolehlaksanaan penetapan harga dua peringkat terutama terhadap kegunaan domestik yang merangkumi kurang daripada tujuh peratus daripada keseluruhan pengeluaran CPO negara.
Nanta dalam pada itu memaklumkan bagi tempoh 1 Julai hingga Sabtu lepas (11 Julai), pasukan penguat kuasa KPDNHEP telah menjalankan pemeriksaan terhadap 345 syarikat pembungkus, pemborong (2,203) dan peruncit (25,493) minyak masak tulen bersubsidi polibeg.
Hasil daripada pemeriksaan itu, 140 kes direkodkan dengan 52 kes daripadanya membabitkan ketirisan di peringkat pemborong.
"Hasil siasatan awal mendapti wujud elemen menyorok bekalan, tiada rekod dalam buku perolehan dan menjual minyak masak bersubsidi kepada individu/ premis tidak berlesen," katanya.
Mengenai Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM), Nanta berkata setakat Sabtu lepas (10 Sept) program itu telah dilaksanakan di 512 Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara.
"Mesyuarat telah mengenal pasti punca kelewatan pelaksanaan di beberapa negeri dan kementerian yang menyeliakan negeri tersebut telah diminta untuk menggerakkan logistik dan rakan strategik di negeri-negeri tersebut.
"Pelaporan PJMKM akan dibuat di mesyuarat tiap hari Khamis setelah data-data perlaksanaan dari negeri-negeri diterima pada hari Selasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 15 2022

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (tengah) pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.