SEMPORNA: Peranan yang dimainkan Jawatankuasa Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bukan berlegar pada Kadar Dasar Semalaman (OPR) sahaja, sebaliknya turut memberi perhatian kepada harga barang keperluan rakyat.
Justeru, pengerusinya Tan Sri Annuar Musa berkata gesaan Pengerusi DAP Lim Guan Eng supaya jawatankuasa itu dibubarkan kerana kenaikan OPR jauh tersasar dari fakta sebenar.
Selain itu, Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata dalam mekanisme mengawal inflasi, kadar OPR sesebuah negara itu juga perlu dirujuk kepada OPR negara lain dan tidak berlandaskan kepada satu negara semata-mata.
"OPR ini diletak satu badan mengawal dasar kewangan di negara (ini) dan tidak boleh dicampuri jawatankuasa seperti mana yang diwujudkan untuk menangani inflasi... tidak boleh dicampur tangan politik dalam membuat keputusan, ada kawalan undang-undang, seluruh dunia menggunakan piawaian sama," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke empat pos kawalan keselamatan di sini hari ini.
Lim hari ini menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan Jawatankuasa Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi dan mendakwa jawatankuasa itu sebagai 'tidak berkesan, tidak cekap dan tidak relevan'.
Semalam, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.5 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 09 2022

Tan Sri Annuar Musa berkata gesaan Pengerusi DAP Lim Guan Eng supaya jawatankuasa itu dibubarkan kerana kenaikan OPR jauh tersasar dari fakta sebenar. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi tidak diteruskan - Fuziah
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang ditubuhkan tahun lepas di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak diteruskan lagi, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Tambah subsidi 2 sen antara cadangan atasi masalah bekalan telur ayam - Annuar
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi akan mencadangkan beberapa langkah kepada kerajaan termasuk meningkatkan subsidi sebanyak 2 sen dalam usaha mengatasi masalah bekalan telur ayam gred terkawal.

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bincang bekalan barangan musim banjir minggu depan - Annuar
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi akan mengadakan mesyuarat pada minggu depan di Putrajaya bagi membincangkan beberapa perkara terutama untuk menangani kekurangan bekalan barangan ketika musim banjir

Jualan Murah Keluarga Malaysia Siswa bantu ringankan beban pelajar IPT - Mustapa
JMKM Siswa merupakan projek rintis bagi membantu mengurangkan beban ditanggung siswa, dan akan diperluaskan ke IPTA lain selepas ini.

Banjir: Pastikan barang keperluan mencukupi
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi hari ini mahu bekalan barangan keperluan di negeri-negeri dijangka terjejas banjir dipastikan mencukupi, serta tidak memberi kesan yang ketara terhadap harga barang-

Annuar sangkal tuduhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi gagal
Ia termasuk tuduhan pasukan itu gagal mengawal kenaikan Kadar Dasar Semalaman yang diumumkan Bank Negara Malaysia baru-baru ini.

Peranan Pasukan Khas Tangani Inflasi bukan tentang OPR sahaja - Annuar
Peranan yang dimainkan Jawatankuasa Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bukan berlegar pada Kadar Dasar Semalaman (OPR) sahaja, sebaliknya turut memberi perhatian kepada harga barang keperluan rakyat.

Tindakan tegas jika jual ayam melebihi harga siling - Mustapa
Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang menjual ayam melebihi harga siling RM9.40 sekilogram yang ditetapkan.

Kementerian berkaitan perlu capai prestasi Jualan Murah Keluarga Malaysia 100 peratus
Annuar berkata ini kerana pelaksanaan program jualan di pusat JMKM itu yang bermula pada 19 Ogos lepas, setakat ini dilihat masih menunjukkan prestasi kurang memuaskan.

Harga siling ayam, telur kekal, kilang tertentu boleh eksport bermula Oktober - Annuar
Harga siling RM9.40 sekilogram bagi ayam bulat segar tempatan, manakala subsidi 3 sen untuk telur turut kekal, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa.