KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa menjelaskan, kerajaan tidak menarik balik subsidi yang diberikan kepada rakyat, malah meningkatkan lagi pemberiannya bagi membantu meringankan beban mereka yang terkesan dengan kenaikan harga barang ketika ini.
Menurutnya kerajaan sentiasa prihatin tentang masalah kos sara hidup yang dihadapi rakyat, sehingga telah menampung sejumlah RM43 bilion subsidi untuk pelbagai perkara.
"Sebagai menteri yang bertanggungjawab tentang komunikasi, saya nak nafikan sekeras-kerasnya, tidak pernah ada keputusan untuk menarik balik segala subsidi pada 31 Julai seperti didakwa. Ini adalah fitnah sangat besar dan sama sekali tidak benar dengan apa yang kerajaan telah putuskan.
"Kerajaan pimpinan Perdana Menteri buat keputusan jitu iaitu dasar membantu rakyat melalui subsidi dikekalkan, malah jumlah subsidi ditingkatkan, selain subsidi lama yang masih berjalan sedang dikaji agar pelaksanaannya lebih berkesan," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Beliau mengulas mengenai sebuah video di laman Tik Tok yang mendakwa kerajaan akan menarik balik semua subsidi pada 31 Julai ini, sehingga mengakibatkan rakyat melakukan pembelian panik.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan masih mengekalkan subsidi minyak masak dengan jumlah sebanyak RM4 bilion untuk tahun ini, bagi menanggung kategori minyak masak kampit satu kilogram (kg).
Perdana Menteri berkata program subsidi yang telah bermula sejak Jun 2007 itu, merupakan subsidi yang ditanggung oleh kerajaan bagi minyak masak kampit berharga RM2.50 satu kilogram untuk kegunaan Keluarga Malaysia golongan B40, berbanding harga pasaran sebenar iaitu RM9.
Annuar berkata walaupun media sosial mempunyai akses kebebasan dalam menyalurkan sebarang maklumat dan pandangan, namun ia harus disertai dengan sikap tanggungjawab dan tidak disalah guna untuk tujuan tidak baik.
BACA: Subsidi minyak masak peket masih kekal, bantu ringankan beban rakyat - PM
Beliau berkata peluang kebebasan itu haruslah digunakan sebaik mungkin untuk tujuan positif, memberi pandangan dan teguran berfakta, sekaligus tidak menyebarkan berita palsu yang memudaratkan rakyat.
"Namun orang ramai perlu sedar bahawa menyebar berita palsu itu satu kesalahan dan ada undang-undang yang mengawalnya, dan mereka yang sengaja berbuat demikian boleh disabitkan dengan tindakan tertentu," katanya.
Annuar menjelaskan terdapat tiga kategori penyebaran berita palsu iaitu melibatkan sumber berita separa benar yang telah dijadikan 'dramatise' seperti format berita sebenar sehingga dianggap seperti benar, sumber yang mempunyai 'ulterior motive' iaitu berniat untuk menyebarkan fitnah serta sumber netizen yang mempuyai kurang kefahaman.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 23 2022

Menurut Tan Sri Annuar Musa, kerajaan sentiasa prihatin tentang masalah kos sara hidup yang dihadapi rakyat, sehingga telah menampung sejumlah RM43 bilion subsidi untuk pelbagai perkara. - Gambar fail/Bernama

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 27 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

MMM bolehkan media di negara ini jalankan tugas lebih berkesan - Fahmi
Konsep kawal selia kendiri dalam RUU itu menjadi satu indikator bahawa industri media di negara ini adalah sihat.

Utusan Sarawak tamat era cetakan selepas hampir 80 tahun, beralih ke platform digital
Akhbar Utusan Sarawak dan Mingguan Sarawak akan menghentikan penerbitan edisi cetak mulai esok selepas penerbitannya bermula pada tahun 1949.

Chow Kon Yeow kekal terajui Majlis Pimpinan PH Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dilantik semula sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang bagi tempoh 2024-2026.

Bekas Pengerusi 1MDB diasak soalan berhubung kenyataan bukan proksi Najib
Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, 75, diasak dengan soalan pasukan pendakwaan berkaitan kenyataan beliau bukan proksi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mogok di Lapangan Terbang Munich jejaskan 80 peratus penerbangan
Syarikat penerbangan membatalkan 80 peratus penerbangan berjadual pada Khamis dan Jumaat.

Buka aib pasangan di media sosial bawa fitnah, perpecahan dalam keluarga - Mohd Na'im
Perbuatan membuka aib pasangan di khalayak ramai terutama di media sosial bertentangan dengan ajaran Islam serta nilai-nilai murni masyarakat.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dewan Rakyat lulus usul Laporan Ketua Audit Negara 1/2025
Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2025 Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2023.

'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.

Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.

'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.

PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.

Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).

Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.

Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.

Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."

Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.