Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) Fasa 2 yang menghubungkan Jalan Tun Razak ke Jalan Tuanku Abdul Halim dan Karak mula dibuka untuk pengguna jalan raya 8 malam ini.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata laluan itu akan membantu menyelesaikan kesesakan yang berlaku di Bulatan Pahang.
"Ini berita baik kepada penduduk Lembah Klang kerana laluan ini bukan sahaja mengurangkan kesesakan malah memudahkan mereka untuk ke Hospital Kuala Lumpur.
"Kadar kesesakan yang akan dikurangkan apabila siap keseluruhan kelak adalah lebih kurang 40 peratus," katanya selepas merasmikan pembukaan Lebuhraya DUKE Fasa 2 di sini hari ini.
Beliau berkata projek itu merupakan sebahagian daripada perancangan besar kerajaan untuk memastikan lingkaran jalan ''GreaterKL'' dapat disempurnakan.
DUKE-BUKA 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Fadillah berkata DUKE Fasa 2 melibatkan kos sebanyak RM1.2 bilion terdiri daripada dua sambungan lebuh raya iaitu Tun Razak Link sepanjang sembilan kilometer dan Sri Damansara Link (tujuh kilometer).
"Secara keseluruhan kami jangka siap sepenuhnya antara Ogos atau September ini. Ia kini 97 peratus siap," katanya.
Projek DUKE Fasa 2 dikendalikan Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn Bhd dengan kerjasama Ekovest.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 23 2017

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof (tengah) mendengar penerangan Pengarah Projek Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) Zakarian Shaffie (tiga, kiri) ketika melihat replika Lebuh Raya DUKE Fasa Dua. - Gambar fail / BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Pokok tumbang punca jalan sesak menuju Bulatan Pahang
Kejadian pokok tumbang berhampiran Bulatan Pahang menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir satu kilometer menghala ke bulatan itu.

DUKE Fasa 2 dibuka untuk laluan kenderaan malam ini
Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) Fasa 2 yang menghubungkan Jalan Tun Razak ke Jalan Tuanku Abdul Halim dan Karak mula dibuka untuk pengguna jalan raya 8 malam ini.

Datuk Bandar KL minta NGO kendali pusat sehenti gelandangan
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Abd Aziz mahukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengendali pusat sehenti gelandangan di Bulatan Pahang yang bakal siap penghujung tahun ini.