KUALA LUMPUR: Kejadian pokok tumbang berhampiran Bulatan Pahang dekat sini menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir satu kilometer menghala ke bulatan itu.

Wartawan Bernama Mohd Fharkhan Abdul Ghapar, yang kebetulan lalu di kawasan itu, berkata pokok tumbang yang menghalang susur keluar Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (DUKE) berdekatan Stesen MRT Hospital Kuala Lumpur menyebabkan kenderaan terpaksa dilencong ke laluan lain.

Selain itu, kejadian banjir kilat di Bulatan Pahang turut menyumbang kepada kesesakan lalu lintas.

-- BERNAMA