JOHOR BAHRU: Dua lelaki warga Singapura didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar kira-kira 58.6 kilogram dadah methylenedioxymethamphetamine (MDMA) pada 29 Mei lepas.
Pertuduhan terhadap Tan Xiao Wei, 49, dan Ee Choong Kiat, 36, dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret R Salini, namun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan dua lelaki itu didakwa bersama-sama mengedar dadah berkenaan di Jalan Anjung 8/1, Taman Horizon Hills, Iskandar Puteri pada 10.30 malam.
Ee turut didakwa dengan masing-masing satu pertuduhan lain mengedar dan memiliki dadah MDMA dan ketamin berjumlah 100.4 gram di sebuah pangsapuri di Persiaran Bumi Hijau, Taman Molek di sini pada 3.40 petang.
Tan juga didakwa lagi dengan empat pertuduhan mengedar dan dua pertuduhan memiliki dadah MDMA, methamphetamine, ketamin dan nimetazepam dengan keseluruhan jumlah berat 13.8 kilogram di sebuah kondominium di Jalan Mutiara 7 di sini pada 6.35 petang.
Bagi kesalahan mengedar, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati hendaklah dikenakan tidak kurang 15 sebatan, jika sabit kesalahan.
Kesalahan memiliki pula, pertuduhan adalah mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 14 Ogos depan untuk sebutan semula kes bagi laporan kimia.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Ameerah Allaudeen manakala peguam Nur Afiqah Hambali mewakili kedua-dua tertuduh.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 12 2024

Warga Singapura Tan Xiao Wei (kiri) dan Ee Chong Kiat (tengah) didakwa atas pertuduhan mengedar kira-kira 58.6 kilogram dadah MDMA pada 29 Mei lepas. - Foto Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Bomba selamatkan dua warga Singapura sesat di Gunung Machinchang
Mereka mula mendaki gunung itu pada pukul 12.02 tengah hari dan dipercayai tersesat akibat keadaan yang sudah semakin gelap.

Dua warga Singapura ditahan bersama lima tong pati ubat batuk
Kedua-dua suspek itu menaiki sebuah bot memancing yang berdaftar di Singapura dan dipercayai berperanan sebagai transporter.

Lelaki warga Singapura mengaku tak salah dakwa diri rasul
Idris Ami, 60, yang tidak diwakili peguam membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Zulfikri Yasoa'.

Warga Singapura dinasihat tangguh perjalanan tidak penting ke Bangladesh
Bangladesh menguatkuasakan perintah berkurung di seluruh negara pada Sabtu sebagai tindak balas terhadap peningkatan keganasan dan demonstrasi.

PDRM serah 4 anggota sindiket judi kepada polis Singapura
Empat warga Singapura yang ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana terlibat sindiket pertaruhan judi haram pada 1 Julai lepas, hari ini diserahkan kepada Singapore Police Force (SPF).

Lelaki Singapura maut 'superbike' rempuh kereta di Linkedua
Seorang lelaki warga Singapura maut apabila motosikal yang ditunggangnya melanggar sebuah kereta yang membuat pusingan U, di Kilometer (KM) 1.4 lebuh raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Polis nafi rakyat Singapura ditahan
PDRM menafikan seorang warga Singapura antara tujuh ditahan berkaitan siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat.

Lelaki warga Singapura hilang dipukul ombak di Desaru
Menurut maklumat orang awam, kedua-dua beranak dilaporkan dipukul ombak ketika beriadah di gigi air sebelum dihanyutkan.

Suami isteri parah Porsche 911 Dakar terbabas, langgar tiang lampu
Sepasang suami isteri warga Singapura cedera parah selepas kereta Porsche 911 Dakar dinaiki mereka terbabas dan melanggar tiang lampu di Batu 16, Jalan Batu Pahat-Mersing dekat sini pada Ahad.

Tabib warga Singapura didakwa buat hantaran jelik guna perkataan dajal
Seorang tabib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan membuat hantaran jelik di sebuah laman sesawang penstriman tahun lepas.