Ajukan soalan pada mana-mana pegawai eksekutif syarikat penerbangan di dunia ini apakah mimpi ngeri mereka, pastinya mereka senada menjawab: tragedi melibatkan pesawat dan penumpang serta kru.
Berdepan dengan bukan satu, tetapi dua tragedi dalam tempoh empat bulan bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi mana-mana ketua syarikat penerbangan, apatah lagi apabila terpaksa memberikan secebis jawapan yang hakikatnya masih menjadi misteri.
Dua tragedi tersebut ialah insiden yang melibatkan pesawat MH370 yang hilang pada bulan Mac dan pesawat MH17 yang ditembak jatuh pada bulan Julai pada tahun 2014.
Igauan ngeri inilah yang perlu didepani Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahya, 61.
Memulakan perkhidmatan di MAS sebagai Pengarah Urusan pada September 2011, kerjaya lebih tiga tahun bersama syarikat penerbangan nasional ini nyata cukup mencabar buat dirinya.
Namun, cabaran tersebut dihadapinya dengan tabah berkat sokongan serta komitmen yang ditunjukkan 20,000 kakitangan syarikat itu.
Biarpun tragedi berkenaan telah memberikan kesan mendalam kepada seluruh warga kerja MAS, kakitangan syarikat penerbangan ini katanya tetap memberikan perkhidmatan yang terbaik dan melaksanakan tugas di luar bidang tanggungjawab mereka.
Bagi Ahmad Jauhari, itulah yang memberikannya kekuatan untuk meneruskan kerjayanya bersama syarikat penerbangan nasional itu.
Menghampiri tempoh empat tahun menerajui MAS di mana kontraknya akan berakhir pada September ini, beliau berkongsi apa yang akan dilakukannya setelah keluar daripada syarikat penerbangan itu.
Berikut ialah wawancara eksklusif Astro AWANI bersama Ahmad Jauhari:
Astro AWANI: MH370 ... pencarian telah berlalu selama setahun tanpa sebarang penemuan dan bukti. Adakah carian ini akan diteruskan sehingga setahun lagi?
Ahmad Jauhari: Kami berharap kerajaan akan meneruskan carian ini sehingga kita menjumpai pesawat itu.
AA: Jangka masa itu... adakah ia setahun, dua tahun, tiga tahun? Adakah kita bersedia?
AJ: Seperti yang saya katakan, akan ada pakar-pakar dan kita akan mendapat petunjuk dan nasihat oleh semua pakar-pakar ini. Saya berharap bahawa kita akan meneruskan sehingga kita mendapat jawapan.
AA: Keazaman untuk meneruskan carian, adakah semangat ini sebati di seluruh syarikat?
AJ: Saya rasa bukan sahaja MAS, malah ahli-ahli keluarga, dan satu dunia memerlukan jawapan.
AA: Ketika berhubung dengan ahli keluarga dari China, apakah antara soalan yang sering ditanya yang membuatkan mereka terus tidak berpuas hati?
AJ: Mereka bertanya mengapa kita tidak dapat jumpa pesawat. Saya rasa itu adalah satu soalan yang kita juga ingin tahu. Kami tidak boleh memberikan mereka jawapan. Ia situasi yang amat sukar kerana kita tidak boleh memberikan mereka jawapan.
AA: Apabila anda mengambil tugas untuk menerajui MAS, pernahkah anda terfikir bahawa tragedi ini akan berlaku?
AJ: Saya fikir jika anda tanya mana-mana Ketua Pegawai Eksekutif syarikat penerbangan apakah mimpi ngeri mereka - jawapannya adalah kehilangan pesawat dengan para penumpang. Dalam pengalaman saya, kita kehilangan bukan sahaja satu pesawat tetapi dua dalam tempoh empat bulan. Satu pada bulan Mac dan satu yang lagi pada bulan Julai.
AA: Bagaimana MAS sebagai sebuah organisasi terjejas susulan tragedi ini?
AJ: Jelas sekali apabila kemalangan berlaku ia menjejaskan sesebuah syarikat penerbangan. Ini menjejaskan MAS tetapi kita perlu pulih daripada ini. Kami mempunyai 20,000 warga kerja yang sangat berdedikasi, yang tetap sabar dalam cabaran ini. Mereka menjalankan tugas mereka dan sebahagian daripada mereka melaksanakan tugas di luar bidang mereka.
AA: Bagaimana tragedi ini membentuk dan mengubah anda dari aspek profesional dan peribadi? Mari kita mulakan dengan aspek profesional.
AJ: Dari tahap yang profesional, ia adalah satu peristiwa yang menyentuh warga kerja Malaysia Airlines. Kami telah melihat mereka melaksanakan kerja di luar tugasan mereka dengan baik. Saya telah melihat bakat dalam mengendalikan krisis, jumlah kasih sayang daripada kakitangan untuk membantu ahli-ahli keluarga.
AA: Bolehkah anda berikan contoh bagaimana kakitangan MAS memberikan lebih daripada tugasan mereka?
AJ: Caregiving. Kita perlu duduk dengan ahli keluarga. Ia tidak mudah. Kami dapat membantu mereka, mendengar rintihan dan masalah mereka. Secara keseluruhan, kami mempunyai hampir 300 kakitangan yang terlibat sebagai caregiver dan itu untuk MH370 sahaja.
AA: Secara peribadi, bagaimana tragedi ini telah menjejaskan kehidupan anda?
AJ: Kami kehilangan banyak nyawa. Secara tidak langsung, kita mula memahami bahawa kita semua adalah sangat rapuh. Perkara yang tidak dijangka boleh berlaku. Kita mesti bersedia untuk itu. Apabila cabarannya adalah ke hadapan, kita perlu menghadapinya.
AA: Ke mana hala tuju anda setelah pengambilalihan sepenuhnya oleh MAS NewCo?
AJ: Secara peribadi, saya hanya mahu berehat.
AA: Adakah anda akan masih terlibat dalam dunia korporat selepas itu?
AJ: Saya akan mempertimbangkan apa sahaja pilihan selepas saya rehat nanti.
Syafique Shuib
Sun Mar 08 2015
AHMAD JAUHARI: Bangga dengan komitmen yang ditunjukkan oleh 20,000 kakitangan MAS.
Perkukuh hubungan diplomatik 65 tahun, perdagangan
Lawatan rasmi sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Brazil yang berlangsung dari 16-19 Nov bakal mengukuhkan lagi hubungan diplomatik yang telah terjalin selama 65 tahun selain dapat meningkatkan peluang perdagangan dan pelaburan.
Bot nelayan Vietnam ditahan, ceroboh perairan negara
Bot itu ditahan dalam operasi Op Naga Barat pada 2 petang Jumaat di kedudukan 157 batu nautika dari Kuala Terengganu.
Malaysia-New Zealand sepakat tingkat perdagangan, pelaburan 50 peratus
Malaysia dan New Zealand sepakat untuk melonjakkan hubungan dua hala menerusi kerjasama dalam pelbagai bidang terutamanya dalam meningkatkan nilai perdagangan dan pelaburan kepada 50 peratus pada tahun 2030.
Pindaan Akta Mesin Cetak: NUJM, CIJ dan GERAMM tuntut penjelasan KDN
NUJM, CIJ dan GERAMM berkata, mereka memandang serius perkembangan tersebut kerana ia dikhuatiri akan memberi impak besar kepada organisasi dan petugas media serta mengugat kebebasan media di Malaysia.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 16 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 16 November 2024.
Yayasan PEKEMA lancar program Charity BOX, nafas baharu kepada aktiviti kebajikan
Dalam program berkenaan sumbangan berjumlah RM40,900 disalurkan kepada Pertubuhan Kebajikan Pusat Jagaan Sri Mesra.
KKM harap langkah Johor beri perhatian fasiliti kesihatan jadi ikutan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berharap kerajaan negeri lain mengikut langkah Johor yang turut sama memberikan perhatian kepada fasiliti kesihatan.
Tumpuan Ahad – 17 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Perlawanan tinju: Netflix tergendala di AS awal pagi Jumaat - Laporan
Downdetector berkata, gangguan itu memberi kesan terutamanya kepada pengguna di kawasan metropolitan, termasuk New York, Seattle dan Los Angeles.
Petisyen waris MH370 desak operasi SAR tiga negara diteruskan
Waris penumpang pesawat malang MH370 menerbitkan satu petisyen mendesak agar setiap persoalan yang belum terjawab didedahkan dengan telus.
MH370: Kini kita lebih yakin ia berakhir di Lautan Hindi - Pakar penerbangan
Fakta siasatan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 memberi gambaran lebih jelas dan informasi lebih meyakinkan bahawa penerbangan itu berakhir di Lautan Hindi.
Kehilangan MH370 beri kesan kepada penduduk Perth
Setahun sudah berlalu dan kehilangan pesawat MH370 jelas memberi impak yang ketara pada ramai, terutamanya bagi penduduk tempatan di Perth, Australia.
Cabaran petugas media dalam membuat liputan MH370
Ikuti pengalaman golongan pengamal media terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran untuk mendapatkan berita MH370 yang sahih dan tepat.
MH370: Teori dan konspirasi yang mencabar logik
Sejak berita kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, banyak spekulasi dan teori konspirasi tersebar menjadi penyedap cerita insiden tersebut.
#SetahunMH370: MAS beri penghormatan untuk warga kerja MH370
Malaysia Airlines (MAS) mengadakan majlis tertutup untuk mengingati 13 warga kerja yang hilang dalam penerbangan MH370.
'Memang wajar untuk isytihar MH370 suatu kemalangan' - Liow
Genap setahun selepas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dilaporkan hilang, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkongsi pengalaman dan pendapat semasa berdepan tragedi itu.
Malaysia komited untuk terus mencari pesawat MH370 - PM
Malaysia terus komited dalam carian penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang tepat setahun yang lalu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
'Saya komited untuk mencari kebenaran' - Sarah Bajc
Setiap hari Sarah Batjc tidak lupa memikirkan tentang nasib pasangannya, Philip Wood, dan berjanji akan terus berusaha mencari jawapan.
Imbasan liputan Astro AWANI detik kehilangan pesawat MH370
Tugas melaporkan tragedi MH370 tidak hanya satu tugasan, sebaliknya ia dianggap satu tanggungjawab yang perlu digalas Astro Awani.