KUALA LUMPUR: Dua rakan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas dua pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap dua wanita warganegara Jepun dan Perancis, Januari lepas.
Penjual burger Muhammad Nor Azizi Zainal Abidin, 25, dan peniaga Sharifuden Mohd Idzaham Shah, 38, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama melakukan rompak berkumpulan ke atas pengurus syarikat perkhidmatan perubatan Anna Yamauchi, 33, yang merupakan warga Jepun dan pekerja syarikat telekomunikasi warga Perancis, Claire Barbara Marie Bolard, 47, membabitkan barangan antaranya dua telefon bimbit, kad Mesin Teller Automatik (ATM), pasport, syiling emas dan wang tunai milik mangsa.
Mereka didakwa merompak Bolard di tepi Jalan Tun Razak di sini pada pukul 11.15 pagi, 20 Jan dan Yamauchi di hadapan pos pengawal sebuah kondominium di Jalan Medan Tuanku, di sini pada pukul 10.30 pagi 21 Jan dan pertuduhan ke atas mereka mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Dalam prosiding sama, Muhammad Nor Azizi turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merompak dengan meragut beg silang yang mengandungi sebuah telefon bimbit, wang tunai RM700 dan barangan peribadi milik pelayan kafe wanita warga Filipina, Gladys Mongcal ,35.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jalan Ceylon, Bukit Ceylon di sini pada 8.40 pagi, 20 Jan lepas mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Sharifuden turut didakwa atas pertuduhan memiliki harta rompak iaitu sebuah telefon bimbit di sebuah bilik hotel di Kota Damansara di sini pada 9 pagi, 29 Jan lepas mengikut Seksyen 412 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Illya Syaheedah Mohd Razif tidak menawarkan jaminan terhadap kedua-dua tertuduh dengan mengambil kira perbuatan mereka adalah kesalahan serius.
Bagaimanapun, peguam Effa Ruzanna Anuar yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan dibenarkan dengan alasan anak guamnya menanggung keluarga.
"Sharifuden membantu kakaknya dengan berniaga dan perlu menyara ibu, isteri dan lima anak manakala Muhammad Nor Azizi bekerja sebagai penjual burger masih belum berkahwin dan tinggal bersama ibunya.
"Mereka tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri dan saya percaya mereka akan hadir ke mahkamah pada setiap prosiding," katanya.
Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM25,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Mac ini untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 01 2022

Dua rakan didakwa di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap dua wanita warganegara Jepun dan Perancis, Januari lepas. -Gambar hiasan
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Anggota polis didakwa rompak jongkong emas bernilai lebih RM500,000
Koperal Muhammad Arieff Marhalim, 40, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

Dua rakan didakwa lakukan rompakan berkumpulan guna parang
K. Sreedharan Naidu, 33, dan J. Moohilan Naidu, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.

Lelaki gagal rayuan, kekal dipenjara 10 tahun, dua sebatan kerana merompak
Seorang lelaki gagal dalam rayuan terakhirnya apabila Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan kerana melakukan rompakan berkumpulan.

Lelaki dipelawa naik kereta sebelum dituduh ganggu wanita, disamun, dibelasah guna helmet
Akibat terpedaya pelawaan tiga individu tidak dikenali untuk menghantar pulang ke rumah, seorang lelaki disamun dan dibelasah menggunakan topi keledar dalam kejadian di Pandan Perdana.

Warga Sierra Leone, Liberia didakwa rompak lelaki Jepun di Malaysia
Tiga lelaki masing-masing dari Sierra Leone dan Liberia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan merompak wang tunai berjumlah US$30,000 milik seorang peniaga lelaki.

Kontraktor, pekerja didakwa atas tuduhan merompak
Tertuduh Ling Siaw Hock, 33, dan Alson Ik Kai Jun, 20, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hilmiah Yusof.

Lelaki OKU tak mengaku rompak guna pistol tiruan
Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) didakwa atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan bersenjatakan pistol tiruan.

Rompak berkumpulan: Pegawai polis mengaku tidak bersalah
Pegawai polis itu didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara hingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Jurujual mengaku bersalah lakukan rompakan berkumpulan guna lawi ayam
Seorang jurujual mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan secara berkumpulan ke atas seorang pemuda, April lepas.

Empat rakan didakwa rompak berkumpulan, menyamar sebagai polis
Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda dan sebat, jika sabit kesalahan.