Dua petugas Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang merupakan antara 11 orang warga Malaysia yang dilarang meninggalkan Korea Utara awal minggu ini, selamat tiba di Beijing, China semalam dan akan tinggal di sana buat sementara.
Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican berkata kedua-dua mereka yang bertugas di bawah Program Makanan Sedunia PBB, Stella Lim and Nyanaprakash Muniandy telah sampai di Beijing dan akan meneruskan program di sana, lapor Bernama.
"Saya telah bercakap dengan Stella menerusi telefon dan saya diberitahu mereka akan tinggal di Beijing untuk program PBB di sana," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata kedua-dua mereka adalah pemegang pasport PBB dan mereka dibenarkan meninggalkan Pyongyang.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tweet terbarunya pada Khamis, menyatakan kedua-dua rakyat Malaysia itu, yang merupakan sebahagian daripada petugas PBB, telah tiba di Beijing.
Terdahulu, petugas media yang menanti kepulangan kedua-dua warga Malaysia tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala LUmpur (KLIA) sejak semalam hampa apabila mereka tidak muncul.
Sembilan lagi rakyat Malaysia
Bagaimanapun Reezal berkata beliau masih berhubungan dengan sembilan lagi rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara dan semuanya dilaporkan dalam keadaan selamat.
Katanya mereka masih boleh dihubungi dan bebas bergerak.
"Saya akan sentiasa menghubungi mereka di Korea Utara dan (ketika ini) tiada sebarang bentuk ancaman berlaku terhadap mereka, dan mereka bebas bergerak seperti biasa. Bila saya bercakap dengan Stella, beliau juga melaporkan perkara yang sama," katanya.
Reezal berkata waris mereka di Malaysia telah dimaklumkan mengenai keadaan mereka di sana.
Kerajaan akan terus berusaha untuk membebaskan mereka yang masih berada di Pyongyang, katanya.
"Keutamaan kita ialah membawa mereka pulang segera dan dalam keadaan selamat," katanya.
Reezal turut menggesa media supaya tidak mensensasikan isu itu kerana kerajaan sedang berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikannya antara dua negara.
Dilaporkan bahawa Korea Utara pada Selasa, melarang kesemua rakyat Malaysia itu daripada meninggalkan negara berkenaan, yang menyebabkan Malaysia mengambil tindakan serupa, dan keadaan menjadi tegang ketika polis masih lagi menyiasat pembunuhan Kim Chol atau yang dilaporkan secara meluas sebagai Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin utama Korea Utara, Kim Jong-un.
BACA: Lokasi dua rakyat Malaysia dibenarkan keluar Korea Utara masih jadi tanda tanya
Bernama
Fri Mar 10 2017
![Dua petugas PBB warga Malaysia akan tinggal di Beijing Dua petugas PBB warga Malaysia akan tinggal di Beijing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81440325801_REEZAL.jpg)
REEZAL: Saya telah bercakap dengan Stella menerusi telefon dan saya diberitahu mereka akan tinggal di Beijing untuk program PBB di sana.
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Ahmad Zahid ucap selamat ulang tahun BN ke-50 Ahmad Zahid ucap selamat ulang tahun BN ke-50](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717209864_ZahidHamidi.jpg)
Ahmad Zahid ucap selamat ulang tahun BN ke-50
BN dibentuk oleh Abdul Razak pada 1 Jun 1974 yang merupakan Perdana Menteri serta Presiden UMNO ketika itu.
![Ahmad Zahid mulakan lawatan rasmi ke Beijing Ahmad Zahid mulakan lawatan rasmi ke Beijing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716963054_ZahidHamidilawata.jpg)
Ahmad Zahid mulakan lawatan rasmi ke Beijing
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memulakan lawatan rasmi beliau di Beijing pagi ini dengan menghadiri mesyuarat pre-council.
![Ahmad Zahid tiba di Beijing akhiri lawatan rasmi ke China Ahmad Zahid tiba di Beijing akhiri lawatan rasmi ke China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716894527_AhmadZahidHamidi.jpg)
Ahmad Zahid tiba di Beijing akhiri lawatan rasmi ke China
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di destinasi terakhir bagi rangka lawatan rasminya ke China, hari ini.
![Perkasa EV: 32 pelajar TVET tempatan jalani latihan di Beijing Perkasa EV: 32 pelajar TVET tempatan jalani latihan di Beijing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716633020_BeliaMajorChina.jpg)
Perkasa EV: 32 pelajar TVET tempatan jalani latihan di Beijing
Seramai 32 belia berkemahiran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dihantar ke Beijing, China untuk memperkasa kemahiran dalam Advanced Electric Vehicle (EV).
![Lai Ching-te dari DPP menang Pilihan Raya Taiwan Lai Ching-te dari DPP menang Pilihan Raya Taiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692266870_TBWILLIAMLAICHINGTE.jpg)
Lai Ching-te dari DPP menang Pilihan Raya Taiwan
Lai berdepan saingan tiga penjuru dengan Hou Yu-ih dari Kuomintang (KMT) dan Ko Wen-je dari Parti Rakyat Taiwan.
![Pilihan Raya Taiwan: Rakyat mula jalankan tanggungjawab masing-masing Pilihan Raya Taiwan: Rakyat mula jalankan tanggungjawab masing-masing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705114688_Taiwan.jpg)
Pilihan Raya Taiwan: Rakyat mula jalankan tanggungjawab masing-masing
Pilihan raya tersebut menyusul ketika Beijing meningkatkan tekanan untuk mendapatkan pulau itu menerima kedaulatannya.
![Beijing alami lebih banyak salji, gelombang sejuk dijangka melanda Beijing alami lebih banyak salji, gelombang sejuk dijangka melanda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702540373_TBSnowfalljpg.jpg)
Beijing alami lebih banyak salji, gelombang sejuk dijangka melanda
Kawasan perbandaran Beijing mengalami lebih banyak salji pada Khamis dengan gelombang sejuk dijangka melanda ibu negara China itu pada Jumaat.
![33 maut hujan paling lebat landa Beijing 33 maut hujan paling lebat landa Beijing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691210394_heavyrain.jpg)
33 maut hujan paling lebat landa Beijing
Sekurang-kurangnya lima pekerja bantuan adalah antara mangsa yang maut. 18 orang lagi mangsa masih hilang.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41680607592_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Blinken tiba di China bagi kendurkan ketegangan Blinken tiba di China bagi kendurkan ketegangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687067422_Blinken.jpg)
Blinken tiba di China bagi kendurkan ketegangan
Beberapa siri pertemuan dengan wakil kerajaan berpangkat tinggi dirancang sebelum Blinken berlepas pada Isnin.