Bekas pengurus kewangan di sebuah syarikat penghantaran dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas empat tuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM3.8 juta berhubung bayaran duti kastam, 10 tahun lepas.
Marzulhisham Zulkifli, 36, yang sebelum ini bekerja di Syarikat Pelangi Shipping Sdn Bhd, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd Nordin Nasir.
Marzulhisham didakwa mengemukakan tiga tuntutan palsu berjumlah RM3,093,787.06 terhadap Eksekutif Logistik Tenaga Nasional Berhad (TNB), Al-Mohafan Mohamed di Tingkat 4, Bahagian Penjanaan TNB, 129 Jalan Bangsar antara 19 Jan hingga 30 Julai 2004.
Tertuduh, yang kini seorang peniaga, didakwa membuat tuntutan itu melalui tiga invois yang mengandungi butiran matan palsu membabitkan tuntutan bayaran duti kastam, sedangkan bayaran duti kastam itu dikecualikan.
Bapa tiga anak itu juga didakwa mengemukakan tuntutan palsu sebanyak RM728,302.68 terhadap Al-Mohafan dalam satu invois untuk tujuan sama, sedangkan bayaran duti kastam itu hanyalah berjumlah RM63,440.99.
Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama, yang membawa hukuman penjara tidak kurang 14 hari dan tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana-mana lebih tinggi.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Afifah Yusof daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menawarkan wang jaminan RM60,000 bagi kesemua pertuduhan berserta syarat supaya pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.
Peguam Kamarudin Abdullah, yang mewakili Marzulhisham memohon jaminan itu dikurangkan kepada RM30,000 bagi kesemua pertuduhan dengan alasan anak guamnya yang bekerja sendiri, mempunyai pendapatan tidak menentu dan perlu menyara keluarganya.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM40,000 bagi kesemua pertuduhan dan pasport diserahkan kepada mahkamah.
Sebutan kes ditetapkan pada 8 Dis ini.
Sementara itu, di Mahkamah Sesyen berasingan, seorang pegawai kanan swasta mengaku tidak bersalah terhadap tiga tuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM98,000 untuk tiga kursus yang tidak dianjurkan di Bangi.
Mengikut kesemua pertuduhan, Syed Hamid Khalid Rashid, 40, yang ketika kejadian merupakan Ketua Bahagian Pengurusan Perkhidmatan Petronas ICT Sdn Bhd, didakwa mengemukakan tuntutan itu melalui tiga invois Syarikat K-Pintar Sdn Bhd yang mengandungi butiran matan palsu berhubung tiga kursus yang tidak dianjurkan.
Syed Hamid, yang merupakan ejen kepada Syarikat IPerintis Sdn Bhd didakwa membuat tuntutan itu bagi kursus managing Flow-Team Dynamics yang diadakan di Maybank Academy dan Petronas Leadership Centre, Bangi antara Dis 2012 hingga Sept 2013.
Tertuduh, yang juga pemegang kerakyatan tetap di negara ini, didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di pejabat IPerintis Sdn Bhd, Tingkat 18, Menara Perak, No. 24 Jalan Perak di sini pada jam 9 pagi hingga 5 petang, antara 31 Dis 2012 hingga 9 Sept 2013.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah nilai butir matan palsu atau RM10,000 atau mengikut mana yang lebih tinggi.
Pendakwaan yang turut dikendalikan Afifah menawarkan wang jaminan RM45,000 dengan seorang penjamin warganegara Malaysia dikenakan terhadap tertuduh.
Peguam M Mahendra, yang mewakili Syed Hamid memohon wang jaminan itu dikurangkan dengan alasan anak guamnya telah memberi kerjasama kepada SPRM sepanjang siasatan dilakukan sejak 10 bulan lepas.
Hakim Rosbiahanin Arifin membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin warganegara Malaysia dan pasport tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah.
Mahkamah menetapkan 11 Dis ini untuk sebutan kes.
Astro Awani
Thu Nov 06 2014
Dua pegawai tertinggi swasta didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada Khamis bagi tuduhan tuntutan palsu - Foto Bernama
Masters China: Pang Ron-Su Yin mara final, bakal bertemu pilihan pertama
Bregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kini tiba di pentas final Masters China susulan kemenangan yang dilakar dalam aksi separuh akhir.
Malaysia-Korea Selatan: Korea Selatan minat kerjasama pembangunan lebuh raya di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar yang mengintegrasikan teknologi tinggi dan canggih di negara ini.
Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan.
Tingkat integriti: Kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan
Penggunaan kamera badan bagi anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sangat diperlukan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan anggota bertugas dan orang awam.
Syarikat telco utama tawar pakej Internet, peranti menarik sempena program 2TM
Pelbagai pakej Internet dan peranti menarik ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi utama pada Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM).
Tular video pekerja asing beli minyak masak subsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu dua premis di Sungai Buloh susulan video tular pembelian minyak masak subsidi 1kg oleh pekerja restoran nasi kandar.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
China Masters: Impian final Tang Jie-Ee Wei berkecai
PERJALANAN gandingan beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di China Masters tersekat di separuh akhir pada Sabtu.
"Saya kadang-kadang bingung pejuang bangkit pertahan korup..." - PM
"Saya kadang-kadang bingung bagaimana mungkin seorang pejuang bangsa dan agama boleh bangkit pertahan korup guna hujan Melayu dan Islam..,"kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Conor McGregor disabit bersalah, lakukan serangan seksual terhadap wanita
Juri menyampaikan keputusan itu selepas enam jam perbincangan semalam, mendapati McGregor bersalah menyerang wanita berusia 35 tahun itu.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Palsu kad UNHCR: Lelaki warga Myanmar dipenjara lima tahun, denda RM30,000
Seorang lelaki warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana memalsukan kad UNHCR September lepas.
Amang seksual: Peguam empat pembantu madrasah hantar representasi kedua kepada AGC
Pihak pembelaan yang mewakili empat pembantu pengajar sebuah madrasah di Kuala Pilah akan menghantar representasi kedua kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Azlan Man mengaku tidak bersalah pertuduhan pilihan salah guna wang RM1.06 juta
Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan pilihan menyalahgunakan wang berjumlah RM1.06 juta.
Pemandu e-hailing didakwa lakukan amang seksual terhadap anak tiri
Seorang pemandu e-hailing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan tirinya berusia 11 tahun 10 bulan.
Penghantar makanan didakwa rempuh anggota polis ketika pemeriksaan
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merempuh dan melanggar seorang anggota polis berpangkat koperal, minggu lepas.
Dua lagi ahli GISB dituduh di mahkamah esok - KPN
Dua ahli GISB Holdings akan dituduh di dua mahkamah berbeza di Klang pada Rabu.
Hanya satu pertuduhan terhadap CEO, 21 ahli GISB setakat ini - Peguam
Hanya satu pertuduhan sahaja yang dikenakan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif GISB, Datuk Nasiruddin Mohd Ali termasuk 21 lagi ahli di Mahkamah Sesyen Selayang.
Op Global: 22 individu termasuk Nasiruddin akan didakwa esok
Seramai 22 individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd, Datuk Nasiruddin Mohd Ali akan dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang, pada Rabu.
Anggota polis didakwa minta suapan lindungi kekasih berduaan dalam kereta
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa meminta rasuah RM3,000 daripada sepasang kekasih sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan lanjut.