Dua peluncur sukan udara paraglider maut apabila paraglider yang dinaiki mereka terhempas lalu tersangkut di atas pokok di Gunung Jerai dekat Gurun, Kedah hari ini.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari tadi, mangsa, Mohd Hazlan Ismail, 32, dan Liang Chong Kee, 52 tahun dari Kelab Luncur Udara Indera Kayangan, Perlis mati di tempat kejadian akibat kecederaan yang parah di kepala.
Mangsa difahamkan mengalami kesukaran untuk mengawal paraglider mereka susulan angin kencang sehingga ia sukar dikawal.
Paraglider yang dinaiki mangsa juga dikatakan gagal diimbangi lalu mengakibatkan mereka terhempas di kawasan cerun bukit.
Sementara itu, Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah, Nazri Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 12.53 tengah hari dan mengambil masa hampir satu jam setengah untuk membawa turun mangsa.
"Bila kami sampai dua orang paraglider yang tersangkut di pokok pada ketinggian 6 meter telah diturunkan oleh rakan mereka.
"Pihak bomba menurunkan mangsa (dari atas bukit) dengan menggunakan tali dan juga tandu dengan keadaan mereka agak kritikal," kata Nazri.
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk bedah siasat.
Ini merupakan kejadian pertama melibatkan sukan itu selepas kawasan Gunung Jerai dijadikan lokasi aktiviti sukan luncur udara paragliding sejak ia dilancarkan Mac lalu.
Astro Awani
Sun Aug 09 2015

Dipercayai sewaktu kejadian, mangsa mengalami kesukaran untuk mengawal paraglider mereka. - Foto Astro AWANI

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Anwar minta Pas jawab dakwaan 'musuh Islam', Nabi Adam turun di Gunung Jerai
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pemimpin mahupun Dewan Ulama Pas, untuk membetulkan beberapa kenyataan dikeluarkan penceramah bebas yang menyentuh sensitiviti umat Islam sebelum ini.

Bencana kaki Gunung Jerai tinggal kesan besar, penduduk bimbang kepala air berulang
Kejadian kepala air dan banjir lumpur di kaki Gunung Jerai meninggalkan kesan besar kepada penduduk yang terjejas, melibatkan kerugian akibat kerosakan selain trauma berpanjangan.

Selepas kepala air, banjir kilat landa kampung, taman di Yan
Sekurang-kurangnya 160 rumah terjejas akibat dilanda banjir kilat selepas hujan lebat selama beberapa jam di daerah Yan, pada Rabu.

Genap sebulan tragedi kepala air Gunung Jerai, penduduk kembali bangkit
Kalangan penduduk juga trauma setiap kali melihat hujan di Gunung Jerai kerana bimbang kejadian itu berulang.

Bencana Gunung Jerai: Perubahan ketara dikesan di lereng dan kaki gunung
Perubahan ketara dikesan di kawasan puncak dan lereng Gunung Jerai terutama membabitkan bentuk muka bumi serta aliran sungai susulan fenomena kepala air dan tanah runtuh pada 18 Ogos lalu.

Titi Hayun di kaki Gunung Jerai dilanda kepala air sekali lagi
Kejadian berlaku sekitar jam 11 pagi selepas hujan lebat selama beberapa jam di bahagian hulu menyebabkan air melimpah ke atas jalan.

Bencana Gunung Jerai: Kerajaan negeri nilai semula chalet dibina atas rizab sungai
Bencana Gunung Jerai: Kerajaan negeri nilai semula chalet dibina atas rizab sungai

Bencana Gunung Jerai: Penduduk harap lebih ramai sukarelawan bantu bersihkan rumah
Apa yang diharapkan ketika ini adalah fokus sukarelawan terlibat dapat diarahkan kepada kerja-kerja pembersihan berbanding bantuan lain.

47 runtuhan tanah dikesan di Gunung Jerai
Sejumlah 47 runtuhan tanah dikesan di beberapa lokasi di lereng dan puncak Gunung Jerai oleh Pasukan 'Task Force' Bencana Geologi, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dalam tempoh seminggu.

Bencana Gunung Jerai: Kerajaan Pusat salur bantuan segera RM75 juta
Perdana Menteri mengumumkan bantuan segera RM75 juta bagi membantu kerajaan Kedah memperbaiki kemudahan awam dan infrastruktur di Yan dan Merbok yang rosak.