ALOR SETAR: Sejumlah 47 runtuhan tanah dikesan di beberapa lokasi di lereng dan puncak Gunung Jerai oleh Pasukan 'Task Force' Bencana Geologi, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dalam tempoh seminggu, selepas kejadian banjir dan fenomena kepala air di gunung itu pada minggu lepas.
Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Kedah, Perlis dan Pulau Pinang Abdullah Sulaiman berkata, runtuhan pelbagai saiz itu dikesan hasil pemetaan menggunakan 'unmanned aerial vehicle' (UAV) atau dron di kawasan sasaran, selain pemantauan pasukan itu di lokasi dikenal pasti.
"Setakat semalam, pasukan task force kita telah kenal pasti 47 lokasi tanah runtuh di Gunung Jerai, di mana 25 runtuhan tanah berlaku di kawasan Titi Hayun, 10 dikesan di Batu Hampar dan 10 lagi dikesan di laluan ke puncak gunung, manakala dua lagi runtuhan dikesan di Tanjung Jaga dan Lembah Bujang.
"Jadi kalau kita dapat bayangkan, sebahagian besar kejadian atau lokasi tanah runtuh itu berlaku di kawasan Titi Hayun dan Batu Hampar di sebelah daerah Yan. Apa yang berlaku ialah walaupun sudah berlaku runtuhan besar tetapi masih ada runtuhan kecil yang berlaku," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Bencana Gunung Jerai: Kerajaan pusat salur bantuan segera RM75 juta
Beliau diminta mengulas perkembangan kajian dan siasatan pasukan Task Force Bencana Geologi JMG yang ditugaskan mengenal pasti punca, selain membuat penilaian risiko berkenaan bencana yang berlaku pada 18 Ogos lepas.
Abdullah berkata sebahagian besar runtuhan tanah yang ditemui itu adalah berskala besar iaitu bersaiz antara 10 hingga 50 meter lebar, selain ada juga runtuhan yang berskala kecil dengan saiz dua hingga lima meter lebar turut dikesan.
Menjelas lanjut beliau berkata, penemuan terbaharu itu sangat penting untuk pihaknya memahami gambaran sebenar di gunung itu, dan membuat kesimpulan yang komprehensif mengenai bencana geologi yang berlaku.
"Kita akan keluarkan dengan peta, lokasi dan sebagainya, dan paling penting kita akan tengok apa yang dipanggil 'disaster risk reduction' atau DRR, maksudnya macam mana risiko pengurangan bencana, sebab kita tidak tahu jika bencana ini berulang pada masa akan datang, jadi kita mahu risiko itu dikurangkan," katanya.
Bencana banjir ekoran fenomena kepala air yang berlaku pada petang 18 Ogos lalu telah mengorbankan enam nyawa dan menyebabkan kira-kira 800 rumah terjejas di daerah Yan dan 200 lagi di kawasan Merbok di daerah Kuala Muda.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 26 2021

Sebahagian besar lokasi tanah runtuh itu berlaku di kawasan Titi Hayun dan Batu Hampar di sebelah daerah Yan.- Gambar fail
Satu juta mahasiswa akan terima pelaburan awal percuma
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata seramai satu juta mahasiswa akan menerima pelaburan awal percuma RM50 menerusi program Celik MADANI.
Denggi: Peningkatan kes di Filipina pada kadar membimbangkan
Jabatan kesihatan memberi amaran peningkatan suhu dan cuaca yang tidak menentu mewujudkan persekitaran pembiakan yang ideal untuk nyamuk, memburukkan lagi keadaan.
PM Thailand arah tindakan keras terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik, memberi amaran bahawa mana-mana pegawai yang didapati bersubahat akan berdepan tindakan tegas.
Pesawat American Airlines dilencong ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara laut Caspian, dengan diiringi dua pesawat Eurofighter tentera udara Itali bagi memastikan pendaratan selamat.
Pilihan Raya Jerman: Kepimpinan Olaf Scholz disifatkan 'malapetaka'
Ramai berpendapat keputusan pilihan raya pada Ahad memperlihatkan kekuatan parti Christian Democratic Union of Germany (CDU), pimpinan calon canselor, Friedrich Merz, namun tidak kurang juga mendakwa keputusan itu meragukan.
[TERKINI] Roberta Flack, penyanyi lagu 'Killing Me Softly With His Song', meninggal dunia
Pemilik suara emas bagi lagu malar segar, The First Time Ever I Saw Your Face dan Killing Me Softly With His Song, Roberta Flack, meninggal dunia pada pagi Isnin.
Malaysia perluas bantuan ke Baitulmaqdis - Anwar Ibrahim
Anwar berkata bantuan menerusi instrumen wakaf akan dilaksanakan selaras permohonan Imam Masjid Al- AQSA Sheikh Dr Ekrima Sa'id Sabri yang mahu negara ini membantu kemajuan di Baitulmaqdis
17 sekolah baharu dijangka mula operasi tahun ini - Fadhlina
17 sekolah tersebut merangkumi lapan sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah membabitkan Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
RUU Pindaan Perlembagaan, Perkhidmatan Parlimen dibentang bacaan pertama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said yang membentangkan RUU itu berkata bacaan kedua bagi kedua-dua RUU berkenaan akan dibuat pada sidang kali ini.
SPRM tahan 16 individu termasuk pemilik syarikat, pegawai dagang
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 16 individu termasuk pemilik syarikat dan pegawai dagang, kerana disyaki terlibat merasuah penguat kuasa berhubung kes pemprosesan dan pelupusan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) secara haram.

Anwar minta Pas jawab dakwaan 'musuh Islam', Nabi Adam turun di Gunung Jerai
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pemimpin mahupun Dewan Ulama Pas, untuk membetulkan beberapa kenyataan dikeluarkan penceramah bebas yang menyentuh sensitiviti umat Islam sebelum ini.

Bencana kaki Gunung Jerai tinggal kesan besar, penduduk bimbang kepala air berulang
Kejadian kepala air dan banjir lumpur di kaki Gunung Jerai meninggalkan kesan besar kepada penduduk yang terjejas, melibatkan kerugian akibat kerosakan selain trauma berpanjangan.

Selepas kepala air, banjir kilat landa kampung, taman di Yan
Sekurang-kurangnya 160 rumah terjejas akibat dilanda banjir kilat selepas hujan lebat selama beberapa jam di daerah Yan, pada Rabu.

Genap sebulan tragedi kepala air Gunung Jerai, penduduk kembali bangkit
Kalangan penduduk juga trauma setiap kali melihat hujan di Gunung Jerai kerana bimbang kejadian itu berulang.

Bencana Gunung Jerai: Perubahan ketara dikesan di lereng dan kaki gunung
Perubahan ketara dikesan di kawasan puncak dan lereng Gunung Jerai terutama membabitkan bentuk muka bumi serta aliran sungai susulan fenomena kepala air dan tanah runtuh pada 18 Ogos lalu.

Titi Hayun di kaki Gunung Jerai dilanda kepala air sekali lagi
Kejadian berlaku sekitar jam 11 pagi selepas hujan lebat selama beberapa jam di bahagian hulu menyebabkan air melimpah ke atas jalan.

Bencana Gunung Jerai: Kerajaan negeri nilai semula chalet dibina atas rizab sungai
Bencana Gunung Jerai: Kerajaan negeri nilai semula chalet dibina atas rizab sungai

Bencana Gunung Jerai: Penduduk harap lebih ramai sukarelawan bantu bersihkan rumah
Apa yang diharapkan ketika ini adalah fokus sukarelawan terlibat dapat diarahkan kepada kerja-kerja pembersihan berbanding bantuan lain.

47 runtuhan tanah dikesan di Gunung Jerai
Sejumlah 47 runtuhan tanah dikesan di beberapa lokasi di lereng dan puncak Gunung Jerai oleh Pasukan 'Task Force' Bencana Geologi, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dalam tempoh seminggu.

Bencana Gunung Jerai: Kerajaan Pusat salur bantuan segera RM75 juta
Perdana Menteri mengumumkan bantuan segera RM75 juta bagi membantu kerajaan Kedah memperbaiki kemudahan awam dan infrastruktur di Yan dan Merbok yang rosak.