Dua objek yang dipercayai tenggelam timbul itu telah dikesan satelit berada di kawasan selatan Lautan Hindi.
Rata-rata orang ramai di media sosial teruja dengan penemuan terbaru ini dan tidak sabar untuk mengetahui siasatan susulan mengenainya.
Mereka turut berdoa dan berharap agar penemuan ini dapat memberikan petunjuk baru dan bukan lagi spekulasi seperti sebelum ini.
Reaksi ini bukan sahaja dari rakyat Malaysia malah dari orang ramai seluruh dunia.
Tidak kurang juga yang mengharapkan agar penemuan ini bukanlah serpihan MH370 kerana bimbang akan keselamatan anak kapal serta penumpang.
Pengumuman mengenai penemuan itu telah dibuat oleh Perdana Menteri Australia, Tony Abbot di parlimen negara tersebut hari ini.