IPOH: Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah setelah kereta jenis Proton Waja yang dinaiki mereka dipercayai terbabas lalu merempuh tiang elektrik di hadapan sebuah kilang di Jalan Kuala Kangsar, dekat sini awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada jam 2.17 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh bergegas ke lokasi.
Katanya, ketiga-tiga mangsa lelaki yang berusia dalam lingkungan 30-an itu didapati tersepit dalam kenderaan berkenaan susulan kemalangan itu.
"Setibanya di lokasi kejadian, didapati sebuah kereta telah terbabas dan melanggar tiang elektrik. Anggota bomba menggunakan peralatan bagi mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit.
"Ketua operasi melaporkan, dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Manakala seorang lagi cedera parah dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun dengan ambulans," katanya kepada pemberita hari ini.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohamad Mahir Mat Saad itu tamat pada jam 4.30 pagi.
Aida Aziz
Sat Aug 19 2023
Sebuah Proton Waja terbabas dan merempuh tiang elektrik di hadapan sebuah kilang di Jalan Kuala Kangsar, dekat Ipoh, awal pagi tadi, mengakibatkan dua lelaki maut dan seorang cedera parah. - Foto JBPM Perak
Landasan ECRL Maran-Kota Bharu siap lebih awal daripada jadual
Projek laluan rel pantai timur (ECRL) dijangka siap dua bulan setengah lebih awal dari yang dijadualkan selepas kerja pemasangan laluan dari Maran, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan dapat disempurnakan.
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
Najib mengaku guna bantuan Jho Low
Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku beliau bergantung kepada Jho Low untuk membantu pegawai khasnya, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin meninjau projek berpotensi menjana kekayaan, dalam satu lawatan ke China pada jun 2016.
Keir Starmer hargai pertemuan dengan Anwar, pelaburan Malaysia
Sementara itu, Starmer berkata pertemuan tersebut satu peluang yang baik selepas enam bulan beliau menggalas jawatan sebagai Perdana Menteri UK.
Anwar jumpa Keir Starmer, isu Palestin antara dibincang
Jelas Anwar lagi, hal-hal yang dibincangkan tersebut seterusnya akan dibawa ke peringkat menteri masing-masing bagi tujuan pelaksanaan yang lebih teratur dan tersusun.
Tumpuan Khamis – 16 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perarakan harmoni, rai kepelbagaian di Malaysia dianjur bulan depan - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara akan menganjurkan Perarakan Harmoni pada 15 dan 16 Feb ini bagi meraikan kepelbagaian dan keharmonian masyarakat di negara ini, kata Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang.
Empat ditahan jual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud
Empat individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan menjual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud yang aktif di beberapa negeri.
Wanita nyaris maut, kereta terbabas sebelum terbakar
Wanita berusia 28 tahun itu sempat menyelamatkan diri dan hanya mengalami kecederaan ringan.
Wanita maut tercampak keluar kereta dipandu suami
ACP Kasim Muda berkata, kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu jenis Honda Accord dan Perodua Alza.
Empat maut nahas: 'Danial sempat hubungi ibu sebelum nahas'
Kali terakhir dia bertemu dengan adiknya semasa mereka berkumpul beramai-ramai di rumah bapa mereka di Bestari Jaya pada Sabtu lalu.
Dua jurujual maut, MPV terbabas langgar lopak air
Kejadian berlaku di KM45 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran kampung Pasir Putih Merchang, Marang, kira-kira jam 4.30 petang Ahad.
Dua termasuk pelajar UTP maut nahas jalan raya di Perak
Kereta yang mereka naiki terbabas berhampiran pasar raya Econsave Bandar Seri Iskandar.
Wanita warga emas maut kereta dinaiki terbabas ke gaung
Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, mereka dalam perjalanan dari Melaka untuk pulang ke rumah mereka di Palong 1 dekat Tampin.
Dua beranak maut kereta langgar tembok jambatan
Mangsa yang terkorban adalah bapa berusia 64 tahun dan anak lelakinya berusia 31 tahun, manakala ibu dan anak perempuan mengalami kecederaan.
Nahas pemandu rentung: Identiti mangsa dikenal pasti, kereta terbabas sendiri
Polis mengesahkan identiti mayat yang rentung dalam kemalangan di Jalan Km 24 Teluk Intan-Bidor, di sini malam tadi adalah lelaki warga tempatan berusia 28 tahun.
Seorang parah, seorang cedera kereta terbabas di Sungai Siput
Kejadian berlaku kira-kira jam 3.18 pagi, di Jalan Jalong, Sungai Siput.
Seorang maut, tiga cedera kereta terbabas langgar 'backhoe'
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit di belakang tempat duduk penumpang depan.