Dua lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar pam minyak di sebuah stesen minyak di Kampung Melayu Pandan, di sini hari ini.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Pegawai Bomba Kanan II Khairul Azhar Abd Aziz berkata, Pusat Gerakan Operasi Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu kira-kira 6.26 pagi ini dan lapan anggota bersama sebuah jentera FRT (Fire Rescue Tender) serta sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke tempat kejadian.
"Setibanya di lokasi kejadian, didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Honda City yang terbabas dan melanggar pam stesen minyak.
"Mangsa yang maut di tempat kejadian ialah Prem Jayapal, 32, yang memandu kereta berkenaan manakala penumpangnya, juga seorang lelaki, masih belum dikenalpasti identitinya," katanya menerusi kenyataan akhbar.
Khairul Azhar berkata, seorang lagi penumpang iaitu seorang wanita, C.Edriana, 20-an mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini oleh EMRS.
Beliau berkata operasi menyelamat kemudian ditamatkan kira-kira 7.40 pagi ini. - BERNAMA
Bernama
Sat Jan 04 2020

Keadaan di lokasi kemalangan melibatkan sebuah kereta yang merempuh pam di sebuah stesen minyak di Kampung Melayu Pandan pagi tadi. - Gambar SINAR HARIAN

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Dua lelaki ditemukan maut terperangkap dalam lubang pembetung
Dua lelaki ditemukan maut setelah terperangkap di dalam lubang pembetung di depan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Kemunting, Jitra.

Dua lelaki maut kereta bertembung MPV
Kemalangan membabitkan kereta Perodua Viva dan Mitsubishi Xpander yang bertembung secara berhadapan.

Dua lelaki yang maut kereta terbabas dalam parit ialah adik beradik
Kenderaan yang dinaiki dua beradik itu hilang kawalan serta melanggar pembahagi bahu jalan kiri sebelum terbabas ke dalam longkang.

Dua maut, seorang cedera kereta dinaiki rempuh pam stesyen minyak
Dua lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar pam minyak di sebuah stesen minyak.