JOHOR BAHRU: Dua lelaki warga Singapura ditahan reman selama sehari bagi membantu siasatan kes pergaduhan menggunakan senjata tajam hingga menyebabkan kematian seorang lelaki di hadapan sebuah premis di Jalan Trus dekat sini pada awal pagi Jumaat.
Perintah reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Johor Bahru, Nurkhalida Farhana Abu Bakar terhadap kedua-dua lelaki berkenaan yang berusia 26 dan 29 tahun.
Bagaimanapun, Nurkhalida Farhana menolak permohonan reman seorang suspek wanita warga tempatan berusia 33 tahun yang turut ditahan pada Jumaat.
Semasa keluar dari bilik reman, salah seorang daripada suspek bertanya kepada sekumpulan jurugambar sama ada mereka merakam gambar dan video berkaitan kes bunuh sebelum mengeluarkan kata-kata kesat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kesemua suspek terbabit ditahan kurang dua jam selepas kejadian.
Menurutnya, sebelum itu polis mengesan sebuah kereta jenis Audi dinaiki semua suspek dalam keadaan mencurigakan di Jalan Tanjung Puteri di sini.
"Semasa pihak polis cuba membuat pemeriksaan pemandu kereta terbabit terus memecut laju sehingga ke Jalan Tun Dr Ismail di hadapan Istana Besar sebelum terbabas akibat hilang kawalan dan merempuh pintu pagar istana.
"Semua suspek berjaya ditahan dan pihak polis turut merampas sebuah hulu pisau berwarna kuning dan mata pisau, sehelai baju berwarna hijau, dua helai seluar warna hitam tiga telefon bimbit dan sehelai baju berwarna hijau putih," katanya ketika dihubungi.
Dalam pada itu, Raub berkata, hasil semakan mendapati salah seorang suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah manakala ujian saringan air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah jenis methamphetamine.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kann Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
"Pihak polis turut menyiasat kes di bawah Seksyen 15 (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952. Pemandu kereta berkenaan disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987," katanya.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi talian Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan 07-2182323.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Oct 28 2023
![Dua lelaki warga Singapura ditahan terlibat kes pergaduhan maut Dua lelaki warga Singapura ditahan terlibat kes pergaduhan maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698473211_kespergaduhanmaut.jpg)
Seorang wanita warga tempatan dan dua lelaki warga Singapura dibawa ke mahkamah di Johor Bahru pada Sabtu untuk proses reman bagi membantu siasatan kes pergaduhan sehingga mengakibatkan kematian. - Foto Sinar Harian
![Sektor perkhidmatan naik 6.3 peratus, catat hasil tertinggi baharu RM2.4 trilion pada 2024 Sektor perkhidmatan naik 6.3 peratus, catat hasil tertinggi baharu RM2.4 trilion pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739357074_DOSMStatistik.jpg)
Sektor perkhidmatan naik 6.3 peratus, catat hasil tertinggi baharu RM2.4 trilion pada 2024
Sektor perkhidmatan Malaysia mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 6.3 peratus kepada RM2.4 trilion pada 2024 berbanding RM2.3 trilion pada tahun sebelumnya.
Agenda AWANI: Malaysia-Turkiye wajar wujudkan konsortium, bangunkan pelabuhan
Pengarah & Penganalisis Institut Penyelidikan Indonesia, Thailand dan Singapura (ITS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Md Shukri Shuib berkata Malaysia dan Turkiye wajar untuk mewujudkan sebuah konsortium untuk membangunkan pelabuhan secara bersama di Marmara dan Bosphorus di Turkiya dan Selat Melaka. Jelasnya, kedua-dua negara juga wajar meneroka peluang baharu dalam industri perkapalan antarabangsa. #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan
Pensyarah Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Mohd Iqbal Abdul Wahab berkata Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan. Jelasnya, Malaysia tidak perlu ragu-ragu untuk meneroka industri berkenaan memandangkan Turkiye sudah menunjukkan kesediaan untuk membuka peluang dan mempunyai kepakaran yang diiktiraf dunia. #AgendaAWANI
![Pasaran getah KL ditutup tinggi Pasaran getah KL ditutup tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51677052357_TBgetah.jpg)
Pasaran getah KL ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, disokong oleh kebimbangan berterusan terhadap kekurangan bekalan getah asli ketika musim sejuk semakin menghampiri.
Agenda AWANI: Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Apa peluang dan potensi kerjasama saling untung yang boleh dibawa oleh Turkiye untuk manfaat ASEAN khususnya perdagangan, teknologi dan kestabilan rantau ini? Diskusi 9 malam.
Agenda AWANI: Gencatan Senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump
Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan. Jelasnya, memandangkan dunia Arab yang masyhur berpecah, penyatuan dalam satu suara dalam mempertahankan hak Palestin kini boleh dianggap sebagai suatu kemenangan. #AgendaAWANI
![Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695257373_AnwarErdoan.jpg)
Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis
Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan.
![Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-12/41512866087_LIGAARAB.jpg)
Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis
Kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan.
![Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739357245_HennyMohamedNajib.jpg)
Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain
Seorang wanita didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki kad pengenalan atau MyKad individu lain dalam satu operasi minggu lepas.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![1 maut, 2 cedera dalam pergaduhan di Hamburg 1 maut, 2 cedera dalam pergaduhan di Hamburg](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-04/81554253841_Bodies.jpg)
1 maut, 2 cedera dalam pergaduhan di Hamburg
Siasatan awal mendapati pergaduhan berlaku pada petang Jumaat melibatkan beberapa orang.
![Lima ditahan bantu siasatan pergaduhan di Jalan Yap Kwan Seng Lima ditahan bantu siasatan pergaduhan di Jalan Yap Kwan Seng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734408004_TBSulizmieAffendySu.jpg)
Lima ditahan bantu siasatan pergaduhan di Jalan Yap Kwan Seng
Polis menahan lima lelaki hari ini yang dipercayai terlibat dalam kes pergaduhan di hadapan sebuah bangunan di Jalan Yap Kwan Seng.
![Lelaki kritikal selepas ditikam di Jambatan Westminster, London Lelaki kritikal selepas ditikam di Jambatan Westminster, London](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723952117_PisauKnife.jpg)
Lelaki kritikal selepas ditikam di Jambatan Westminster, London
Seorang lelaki sedang bertarung nyawa selepas ditikam dalam satu pergaduhan ganas di Jambatan Westminster, London, pada lewat pagi Ahad.
![17 termasuk dua wanita ditahan bantu kes pergaduhan 17 termasuk dua wanita ditahan bantu kes pergaduhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731296484_PDRM.jpg)
17 termasuk dua wanita ditahan bantu kes pergaduhan
Polis menahan 17 individu tempatan termasuk dua wanita bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan di hadapan Queen Water Front Q1 Bayan Lepas, semalam.
![Lewat daftar masuk penerbangan punca pergaduhan di KLIA Terminal 1 - Polis Lewat daftar masuk penerbangan punca pergaduhan di KLIA Terminal 1 - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731761808_KLIASepang.jpg)
Lewat daftar masuk penerbangan punca pergaduhan di KLIA Terminal 1 - Polis
Akibat selisih faham itu, berlaku pergaduhan kecil dan petugas syarikat penerbangan berkenaan mengalami kecederaan ringan.
![Bertumbuk gara-gara lewat daftar masuk penerbangan Bertumbuk gara-gara lewat daftar masuk penerbangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731753288_Bertumbukgaragara.jpg)
Bertumbuk gara-gara lewat daftar masuk penerbangan
Siasatan mendapati kejadian berpunca akibat perselisihan faham petugas syarikat penerbangan dengan seorang penumpang.
![FAM pandang serius insiden pergaduhan Arif Aiman, Tommy Mawat FAM pandang serius insiden pergaduhan Arif Aiman, Tommy Mawat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731315655_ArifAimanHanapi.jpg)
FAM pandang serius insiden pergaduhan Arif Aiman, Tommy Mawat
FAM memandang serius insiden pergaduhan membabitkan pemain JDT Arif Aiman dan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada pada perlawanan Liga Super.
![Lelaki Nepal maut dalam pergaduhan di asrama pekerja kilang Lelaki Nepal maut dalam pergaduhan di asrama pekerja kilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708773776_TBgarisanpolis.jpg)
Lelaki Nepal maut dalam pergaduhan di asrama pekerja kilang
Polis berkata hasil siasatan awal mendapati punca pergaduhan tercetus akibat rasa tidak puas hati disebabkan perbuatan membuat bising.
![Penyokong Perak, JDT bergaduh: Polis tahan 8 individu Penyokong Perak, JDT bergaduh: Polis tahan 8 individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723958679_Penyokong.jpg)
Penyokong Perak, JDT bergaduh: Polis tahan 8 individu
Seramai lapan individu termasuk remaja diberkas dalam insiden pergaduhan membabitkan penyokong Perak FC dan Johor Darul Ta'zim di Stadium Perak di sini pada Sabtu.
![Pemain bola sepak amatur tunjuk kerambit dipenjara 14 hari Pemain bola sepak amatur tunjuk kerambit dipenjara 14 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723791697_TBBOLASEPAKKERAMBIT.jpg)
Pemain bola sepak amatur tunjuk kerambit dipenjara 14 hari
Muhammad Nur Iman Shafie Mohd Sulin, 22, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan pilihan yang dibaca di hadapan Hakim, Norina Zainol Abidin.