JITRA: Dua lelaki direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan cubaan melarikan diri daripada ditahan angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika cuba menyeludup daun ketum di Kampung Sungai Kecil, Kuala Nerang dekat Padang Terap pada Rabu.
Perintah tahanan dikeluarkan Majistret, Nurul Huda Idris di dua lokasi berbeza, iaitu di Mahkamah Jitra dan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sehingga 26 Febuari.
Terdahulu, suspek berusia 29 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret Jitra dengan menaiki kereta Proton Persona polis bagi mendapatkan perintah tahanan reman tersebut.
Suspek berusia 28 tahun itu memakai baju lokap berwarna jingga dibawa keluar bersama tahanan lain tidak lama kemudian setelah perintah tahanan reman dikeluarkan terhadapnya.
Sementara itu, seorang lagi suspek yang berusia 31 tahun, perintah tahanan reman terhadapnya terpaksa dikeluarkan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar kerana masih menerima rawatan akibat cedera ketika kereta dinaiki terbabas.
Dalam kejadian pada jam 12.30 tengah hari, dua lelaki itu ditahan setelah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dinaiki mereka, terbabas ketika dikejar sepasukan pegawai dan anggota tentera.
Menurut Ketua Polis Padang Terap, Deputi Superintenden Mulkiaman Manzar, kenderaan dengan nombor pendaftaran Thailand itu pada mulanya cuba menghimpit motosikal tentera ketika dikejar.
Pacuan empat roda tersebut juga katanya hampir melanggar kenderaan awam menyebabkan pegawai tentera yang membonceng motosikal, telah melepaskan beberapa das tembakan dan menyebabkan kenderaan itu terbabas ke bahu kanan jalan.
Pemeriksaan dibuat terhadap kenderaan pacuan empat roda itu menemukan beberapa lagi bungkusan disyaki berisi daun ketum yang berat keseluruhan mencecah 1 tan dan bernilai kira-kira RM38,000.
Kes tersebut kini disiasat di bawah kanun keseksaan dan Akta Racun 1952.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Feb 23 2023
![Dua lelaki penyeludup ketum direman Dua lelaki penyeludup ketum direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81677136032_seludupketum.jpg)
Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Jitra dengan menaiki kereta Proton Persona polis bagi mendapatkan perintah tahanan reman. - Astro AWANI
![Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735575911_beras.jpg)
Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan
Kilang itu akan dibuka di Meranti, Pasir Mas bagi menyokong pengusaha padi tempatan dan memastikan hasil padi dapat dikilangkan sendiri.
![Bersatu Wilayah Persekutuan bentuk badan pimpinan baharu sebagai persiapan PRU16 Bersatu Wilayah Persekutuan bentuk badan pimpinan baharu sebagai persiapan PRU16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739464331_tbBersatu.jpg)
Bersatu Wilayah Persekutuan bentuk badan pimpinan baharu sebagai persiapan PRU16
Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Wilayah Persekutuan, Datuk Radzi Jidin telah memuktamadkan jawatankuasa BPN bagi penggal 2024-2027.
![China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723413726_ASEANChina.jpg)
China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN
Cadangan itu dibentangkan pada Rundingan Pegawai Kanan ASEAN-China ke-31 di Bandar Ningbo, China pada Khamis.
![KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa inggeris guru, murid KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa inggeris guru, murid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738824041_FadhlinaSidek.jpg)
KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa inggeris guru, murid
Penstrukturan semula ELTC secara radikal dijangka memberikan impak kepada peningkatan dan penguasaan guru-guru.
![Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739458140_IsmailSabriMuhyid.jpg)
Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen
Ismail Sabri berkata dunia harus mengecam cadangan itu yang tidak berperikemanusiaan dan tidak harus dibenarkan untuk direalisasikan.
![Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616938635_Narathiwat.jpg)
Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah
Polis Thailand kenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai pangkalan operasi.
![Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739461869_RRamanan.jpg)
Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India
Ramanan berkata pemberian bantuan itu adalah bukti komitmen kementeriannya dalam membantu membangunkan ekonomi komuniti India.
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
![Kereta hangus terbakar bongkar kegiatan penyeludupan daun ketum Kereta hangus terbakar bongkar kegiatan penyeludupan daun ketum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71677646824_kebakarankereta.jpg)
Kereta hangus terbakar bongkar kegiatan penyeludupan daun ketum
Kebakaran sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan membawa kepada pembongkaran kegiatan pengedaran ketum.
![Dua lelaki penyeludup ketum direman Dua lelaki penyeludup ketum direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81677136032_seludupketum.jpg)
Dua lelaki penyeludup ketum direman
Mereka ditahan setelah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki terbabas ketika dikejar sepasukan pegawai dan anggota tentera.
![Anggota bomba seludup ketum berdepan tindakan tatatertib Anggota bomba seludup ketum berdepan tindakan tatatertib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81667170520_AnggotaBomba.jpg)
Anggota bomba seludup ketum berdepan tindakan tatatertib
Setiap pegawai dan anggota pasukan itu diterapkan dengan jati diri yang tinggi sebagai penjawat awam.
![Terima upah RM200 seludup 1.3 tan daun ketum, tiga lelaki ditahan Terima upah RM200 seludup 1.3 tan daun ketum, tiga lelaki ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71655441997_gagalseludupdaun.jpg)
Terima upah RM200 seludup 1.3 tan daun ketum, tiga lelaki ditahan
Siasatan awal mendapati, ketiga-tiga lelaki itu warga tempatan itu berasal dari Kuala Kedah berusia 33 hingga 39 tahun.
![APMM rampas daun ketum bernilai lebih RM500,000 di Kuala Sala APMM rampas daun ketum bernilai lebih RM500,000 di Kuala Sala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51649409577_Maritim.jpg)
APMM rampas daun ketum bernilai lebih RM500,000 di Kuala Sala
Serbuan pada 6.45 pagi itu dilakukan hasil risikan berkaitan aktiviti pemunggahan yang mencurigakan di kawasan tersebut.
![Cubaan seludup guna lori perdagangan, 3 tan daun ketum dirampas Cubaan seludup guna lori perdagangan, 3 tan daun ketum dirampas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41639057131_seludupketum.jpg)
Cubaan seludup guna lori perdagangan, 3 tan daun ketum dirampas
Terbaharu, penyeludup dikesan menggunakan kenderaan perdagangan sebagai taktik mengaburi pihak berkuasa.
![Sindiket seludup ketum masih guna laluan kawasan anggota PGA maut ditembak Sindiket seludup ketum masih guna laluan kawasan anggota PGA maut ditembak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81612178047_TBPGA.jpg)
Sindiket seludup ketum masih guna laluan kawasan anggota PGA maut ditembak
Walaupun kawasan itu kini dikawal ketat, namun penyeludup sentiasa mencari peluang untuk menggunakan laluan berkenaan.