PUTRAJAYA: Dua lelaki menarik nafas lega selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan hukuman penjara 23 tahun dan 20 sebatan kerana memiliki dadah jenis Methamphetamine seberat 51.7 kilogram (kg), tujuh tahun lepas.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Hanipah Farikullah memerintahkan Lee Yuan Cheong, 32, bekas pekerja restoran dan Poen Thiam Leong, 49, penjual buah-buahan dilepas dan dibebaskan selepas mendapati sabitan dan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi adalah tidak selamat.
"Ini adalah keputusan sebulat suara. Setelah membaca rekod rayuan, mahkamah dapati terdapat kekhilafan oleh hakim Mahkamah Tinggi yang sabitan dan hukuman dijatuhkan terhadap mereka adalah tidak selamat.
"Oleh itu, sabitan dan hukuman diketepikan. Kedua-dua kamu (perayu) dilepaskan dan dibebaskan," kata Hanipah yang bersidang bersama-sama Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Seri Mariana Yahya.
Pada mulanya, kedua-dua lelaki itu bersama Chong Yew Chai, 54, didakwa atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis Methamphetamine masing-masing seberat 93.04 gram (0.093 kg) dan 51,589 gram (51.6 kg) di Jalan Tasik Dedap 1, Pantai Sepang Putra, Sungai Pelek, Sepang di sini pada 5 petang, 31 Ogos 2015.
Kedua-dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.
Bagaimanapun, di peringkat akhir kes pembelaan, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah meminda pertuduhan mengedar kepada memiliki di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun penjara dan maksimum 10 sebatan.
Pada 26 April 2019 Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama manakala pertuduhan kedua, dipenjara 23 tahun dan 10 sebatan.
Mahkamah itu turut memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak dari tarikh tangkap 31 Ogos 2015 dan mereka akan menjalani hukuman penjara 23 tahun dan 20 sebatan.
Chong tidak merayu terhadap sabitan dan hukuman itu.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Eyu Ghim Siang manakala peguam Hisyam Teh Poh Teik dan Low Wei Loke mewakili kedua-dua perayu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 20 2022
Pada 26 April 2019 Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama manakala pertuduhan kedua, dipenjara 23 tahun dan 10 sebatan. - Gambar hiasan
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
Sidang Parlimen: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Fasa akhir pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) pertama dijadualkan siap akhir tahun ini dan dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan dalam kontrak.
'Kita perlukan pasukan penembak dron' - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Malaysia memerlukan pasukan penembak dron bagi mengatasi masalah penyeludupan dadah dalam negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tinjauan udara banjir di Terengganu
Bagi melihat tinjauan banjir di Terengganu melalui udara pula.
Kita bersama dengan wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali yang turut bersama dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
Kita bersama dengan wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali yang turut bersama dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
Bencana banjir: Alah bisa tegal biasa, tapi sampai bila?
Situasi banjir yang kerap terjadi membuatkan penduduk di sekitar kawasan Kemasik, Kemaman, membuat persiapan awal menghadapi bencana tersebut.
Wartawan Astro AWANI, Firdaus Azil membuat tinjauan di kawasan itu untuk melihat sendiri persediaan serta mendengar keluh kesah penduduk tempatan.
Wartawan Astro AWANI, Firdaus Azil membuat tinjauan di kawasan itu untuk melihat sendiri persediaan serta mendengar keluh kesah penduduk tempatan.
Skim MySalam dalam perancangan untuk dilanjutkan - Amir Hamzah
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menjadi fokus utama skim ini, yang melibatkan lebih 9 juta penerima.
Kes dadah Yusoff Rawther dipindah ke Mahkamah Tinggi
Mahkamah Majistret memerintahkan kes bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik, Muhammed Yusoff Rawther yang dituduh mengedar dadah jenis kanabis dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Polis Thailand nafi 6 rakyat Malaysia termasuk artis Kelantan ditahan dirancang awal
Serbuan dan tangkapan yang dibuat berdasarkan siasatan dan maklumat risikan yang dijalankan dalam tempoh tertentu.
AGC bantah saman pemula Yusoff Rawther berhubung jaminan kes dadah
Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah saman pemula difailkan Muhammed Yusoff Rawther terhadap kerajaan Malaysia berhubung jaminan bagi pertuduhan kes mengedar dadah dihadapinya.
Video tular: Polis kenal pasti identiti suspek samun, letak parang di leher juruwang
Polis Sarikei mengenal pasti lima suspek yang terlibat dalam kes samun bersenjatakan parang di sebuah kedai runcit di Jalan Meruton pada awal pagi 17 Okt lepas.
Miliki pistol tiruan, Yusoff Rawther didakwa sekali lagi
Bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik didakwa sekali lagi di Mahkamah Majistret atas pertuduhan memiliki dua pucuk pistol tiruan, bulan lepas.
Penjawat awam direman empat hari, bantu siasatan kes rasuah RM30,000
Tiga individu termasuk dua penjawat awam direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah RM30,000.
Yusoff Rawther ditahan polis
Bekas pembantu penyelidik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther ditahan sejak Jumaat lalu selepas polis menemui dua pucuk pistol tiruan dan bahan dipercayai dadah.
Doa buat Mamat tidak pernah putus untuk kembali ke pentas - Exists
Doa buat vokalis kumpulan Exists, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, agar beliau dapat kembali beraksi di pentas tidak pernah putus.
Nia Ramadhani akui pengalaman dipenjara hikmah terbesar dalam hidup
"Semoga apa yang terjadi dengan saya sebelum ini dapat dijadikan pengajaran dan iktibar oleh orang di luar sana."
Mamat Exist lega dua kes dadah sudah selesai
Bekas vokalis Exist, Mamat mengakui kini boleh menarik nafas lega selepas dua kes dadah yang menghantuinya sebelum ini sudah pun selesai di mahkamah pada Isnin.