Seorang pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan pengarah syarikat merupakan suspek terbaharu ditahan berhubung siasatan kes sindiket penyelewengan dana kerajaan bernilai lebih RM100 juta.
Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azam Baki berkata dua suspek lelaki berusia 41 dan 31 tahun itu ditahan petang tadi di ibu pejabat SPRM selepas dipanggil memberi keterangan.
Pegawai berusia 41 tahun itu sebelum ini berkhidmat di Kementerian Belia dan Sukan sebelum berpindah ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kira-kira sebulan lalu, katanya kepada Bernama di sini hari ini.
BACA: Najib arah siasatan segera kes seleweng dana kerajaan RM100 juta
Beliau berkata kedua-dua suspek kini direman tujuh hari untuk siasatan dan penahanan tidak melibatkan sebarang rampasan.
Dalam pada itu, Azam berkata tempoh tahanan reman lelaki yang disyaki dalang sindiket itu bersama-sama tujuh yang lain akan disambung selepas tempoh reman mereka berakhir esok.
Sementara seorang wanita yang ditahan reman bersama-sama tujuh individu itu akan dibebaskan dengan jaminan, katanya.
Jumaat lepas, SPRM menahan sembilan orang, termasuk seorang setiausaha bahagian kementerian yang dikatakan menerima suapan dianggar mencecah RM20 juta.
BACA: SPRM siasat pegawai disyaki seleweng RM100 juta
BACA: Isu seleweng RM100 juta: Pegawai KBS terlibat dikeluarkan dari kementerian
Pegawai kanan berusia 56 tahun itu bersama-sama lapan individu itu ditahan SPRM kerana disyaki mendalangi satu sindiket menyeleweng dana kerajaan bernilai RM107 juta.
Bernama
Wed Mar 23 2016
AZAM: Dua suspek lelaki berusia 41 dan 31 tahun itu ditahan petang tadi di ibu pejabat SPRM selepas dipanggil memberi keterangan. -Gambar fail
TPM Fadillah jalan kaki bersama hampir 3,000 peserta
Timbalan Perdana Menteri Fadillah malam tadi menyertai acara jalan kaki sejauh tiga km bermula dari Anjung Floria, Putrajaya.
Setiausaha Agung NATO Rutte bertemu Presiden Terpilih AS Trump di Florida - NATO
Rutte bersama pasukannya turut bertemu dengan Anggota Kongres Mike Waltz, yang dilantik Trump sebagai penasihat keselamatan nasional.
Nie Ching gesa pencinta kandungan golongan muda terap nilai komuniti
Pencipta kandungan perlu menyedari tidak semua kandungan mempunyai nilai intrinsik hanya kerana ia mudah untuk dihasilkan.
Piala Malaysia: Selangor ikat Sri Pahang, Terengganu tundukkan Melaka
Sri Pahang FC gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila terikat 1-1 ketika bertemu Selangor FC, malam tadi.
Letak diri dari perspektif pengguna untuk beri perkhidmatan terbaik
Falsafah atau panduan untuk merakyatkan perkhidmatan awam adalah dengan sentiasa berfikir sebagai seorang rakyat dahulu.
Pasaran getah menaik walaupun kesan Monsun Timur Laut - Pakar
Walaupun penambahan stok diperlukan, keperluan selanjutnya dalam penyimpanan membentangkan cabaran yang agak besar berikutan cuaca buruk.
Suri rumah jana pendapatan tanaman cendawan tiram hasil kepakaran UniMAP
Seorang suri rumah mampu menjana pendapatan sekitar RM2,000 hingga RM3,000 sebulan selepas mengusahakan tanaman cendawan tiram dengan bantuan kepakaran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Integriti nilai utama penjawat awam
Integriti, ketelusan, dan kebertanggungjawaban antara nilai utama yang perlu dimantapkan dalam kalangan penjawat awam untuk menghadapi cabaran semasa dan merealisasikan aspirasi rakyat.
Perpaduan kaum, kepelbagaian budaya bukan suatu yang kekal tanpa usaha - Aaron
Perpaduan kaum dan kepelbagaian budaya di negara ini perlu terus diperkukuh oleh semua pihak dan tidak boleh mengambilnya sebagai sesuatu yang kekal tanpa usaha.
Sarawak sedia bincang jika SJK, sekolah swasta mahu duduki peperiksaan penilaian standard
Kerajaan Sarawak sedia berbincang jika ada sekolah bukan di bawah Program Dwibahasa (DLP) mahu menduduki peperiksaan penilaian standard.
Aliran tunai FashionValet, SPRM rakam percakapan empat lagi individu
SPRM akan merakam percakapan empat lagi individu dalam menjalankan siasatan berhubung aliran tunai yang diterima pengasas FashionValet.
Kementerian Pertahanan perkukuh tatakelola pengurusan, pertingkat program integriti
Kementerian Pertahanan menekankan aspek peningkatan prosedur dalam tadbir urus, usaha mencegah penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, dan pematuhan kepada arahan kerajaan yang ditetapkan.
SPRM sedang semak, siasat aliran tunai diterima pasangan pengasas FashionValet - Azam Baki
Azam berkata setakat ini pihaknya telah merekodkan keterangan sembilan saksi termasuk pasangan itu bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.
'Penjawat awam terlibat rasuah masih tinggi' - Azam Baki
Penjawat awam yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terlibat dalam rasuah mencecah hampir 50 peratus, menunjukkan negara masih bergelut untuk membanteras rasuah.
Op Favish: Siasatan pasangan Vivy, suami dijangka ambil sedikit masa lagi - Azam Baki
Siasatan terhadap pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar dijangka mengambil sedikit masa.
Isu FashionValet: 11 beg tangan, seutas jam tangan mewah disita dari kediaman Vivy, Fadza
SPRM menyita 11 beg tangan dan seutas jam tangan jenama mewah yang dianggarkan bernilai RM200,000 dari kediaman pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya.
Isu FashionValet: Vivy, suami dipercayai akan kembali ke SPRM Khamis
Siasatan ke atas pengasas platform e-dagang fesyen, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, mungkin diteruskan pada Khamis.
Siasatan pelaburan Khazanah, PNB dalam perniagaan fesyen dalam talian akan dijalankan secara adil - SPRM
SPRM memberi jaminan siasatan berkaitan kerugian pelaburan oleh Khazanah dan PNB dalam satu perniagaan fesyen dalam talian tempatan akan dijalankan secara adil dan profesional.
Malaysia raikan pelantikan bersejarah kepimpinan dalam pencegahan rasuah
Azam Baki berkata pelantikan berprestij itu dilihat sebagai bukti komitmen Malaysia semakin meningkat dalam memerangi rasuah.
SPRM cadang wujud SOP khusus berkaitan penguatkuasaan, pengeluaran nadir bumi
Azam menekankan pentingnya SOP untuk memastikan perlombongan dilakukan dengan kebenaran dan mengelakkan salah guna.