LUMUT: Dua kru bot warga Myanmar dilaporkan hilang, selepas bot dinaiki mereka dilaporkan karam dalam kejadian ribut di perairan Pantai Remis, di sini, semalam.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, beliau menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 12.35 tengah malam tadi, sebelum segera ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
"Bot nelayan tempatan tersebut adalah antara empat bot nelayan kelas B yang dilaporkan karam, akibat dilanda ribut ketika keluar menangkap ikan semalam.
"Namun, semua bot yang lain selamat dalam kejadian ribut itu dan hanya dua kru dari bot yang karam itu dikhuatiri hilang," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Shahrizan berkata, pihaknya menggerakkan Bot Perkasa 1223 dan Kapal Maritim Nyalau, untuk SAR di lokasi bot berkenaan dilaporkan karam.
Sementara itu, Shahrizan dalam satu kenyataannya berkata sepanjang bulan Ramadan ini, pihaknya mengesan sebanyak 267 kes melibatkan bot nelayan tempatan, kapal-kapal dagang dan bot tunda, serta satu tangkapan di bawah Akta Perikanan 1985.
Katanya, operasi penguatkuasaan dan pemeriksaan bot nelayan tempatan pada bulan Ramadan dipertingkatkan, dengan penglibatan seramai 24 anggota serta tiga buah bot iaitu Penggalang 13, Perkasa 23, dan Pengawal 17.
"Penguatkuasaan yang dilakukan pada bulan Ramadan juga tidak akan terhenti sehingga menjelang musim perayaan sahaja," katanya.
Akta Perikanan itu antaranya seperti melanggar syarat lesen, menangkap ikan di zon yang tidak dibenarkan, dan kapal asing yang memberhentikan pelayaran, menerusi wilayah laut Malaysia tanpa alasan.
Shahrizan berkata selain pemeriksaan rutin, pihaknya turut melakukan risikan lapangan serta menjalinkan hubungan erat dengan komuniti maritim, berserta badan bukan kerajaan tempatan (NGO) terutama sekitar kawasan panas.
"Dalam menangani aktiviti jenayah serta salah laku di laut, pelbagai pendekatan yang kita lakukan. Sepanjang 2020, Maritim Perak merekodkan sebanyak 590 kes pengusiran terhadap bot nelayan asing dari perairan Malaysia," katanya.
Dalam pada itu Shahrizan berkata, bermula Januari sehingga April tahun ini tiga kes pencerobohan bot nelayan asing dicatatkan, manakala kesalahan aktiviti perikanan sebanyak 13 kes tangkapan melibatkan bot nelayang tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 05 2021

Dua nelayan warga Myanmar dikhuatiri hilang selepas bot dinaiki dilaporkan karam dalam kejadian ribut di perairan Pantai Remis di sini pada Selasa. -Gambar hiasan
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

2 maut, 12 hilang selepas bot nelayan karam di Pulau Jeju
Daripada 27 kru, 15 berjaya diselamatkan, termasuk dua yang ditemukan tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital berhampiran.

Bot regata karam masih belum ditemukan - Pengarah UKPS
Bot regata yang karam di Sungai Sarawak hingga meragut nyawa lima kakitangan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS), masih belum ditemukan.

Bot karam: Operasi SAR hari kedua ditangguh, tiada petunjuk baharu
JBPM telah melakukan 10 selaman setelah mengesan objek di dasar sungai, namun kesemuanya menunjukkan keputusan negatif dengan penglihatan sifar.

Bot lalui lokasi latihan regata perlu perlahankan pergerakan - Polis
Peserta regata turut disaran memakai jaket keselamatan ketika menjalani latihan selain penganjur pertandingan perlu menyediakan bot pengiring.

Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.

Polis nafi bot karam di Pulau Pangkor
Polis menafikan berlakunya kejadian bot pelancong karam di pusat peranginan Pulau Pangkor, seperti yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp.

Bapa mangsa harap bangkai bot dijumpai, yakin anak terperangkap
Dia percaya anak perempuannya terperangkap di dalam satu ruang tertutup di dalam bot berkenaan.

Operasi carilamat mangsa bot karam ditamatkan
Operasi mencari dan menyelamat (carilamat) dua mangsa bot karam di perairan Kemaman ditamatkan pada 7 malam ini.

Operasi mencari mangsa bot karam diteruskan pagi ini
Operasi yang memasuki hari ketiga akan melibatkan sektor pencarian seluas 407.8 batu nautika termasuk di laut dan udara.

'Pertama kali Aina sertai rombongan, tak sangka bertukar tragedi'- Bapa
Kali terakhir Muhamad Husaini bertemu anaknya, Aina Husna ialah pada Khamis lalu, ketika menemani untuk membeli barangan keperluan mencandat sotong.