Kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan pangkat dua anggota komando VAT 69 yang terkorban dalam pertempuran di Lahad Datu semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan bahawa Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat akan dinaikkan pangkat kepada ASP manakala Allahyarham Koperal Sabarudin Daud akan dinaikkan pangkat kepada Sarjan.

Beliau berkata demikian selepas memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah dua anggota teresebut.

Dengan kenaikan pangkat ini, balu kedua-dua anggota komando VAT 69 itu akan memperolehi pencen yang lebih tinggi.