LAHAD DATU: Dua pelancong wanita warga Itali antara 19 individu yang berada di dalam sebuah bas ekspres yang terbabas ke dalam gaung di Jalan Silam di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Dzulbaharin Ismail berkata kemalangan pada 9.11 malam itu menyebabkan dua wanita berumur 22 dan 36 tahun cedera parah, manakala 17 individu lagi mengalami cedera ringan termasuk dua pelancong Itali terserbut serta pemandu bas.
Beliau berkata sampel darah pemandu bas telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia di Kota Kinabalu bagi tujuan ujian alkohol serta dadah.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik Insp Muhammad Rasul Ramlee di talian 089-881255 atau ke Balai Polis Lahad Datu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dzulbaharin turut menasihatkan pengguna jalan raya agar memandu secara behemah ketika musim hujan serta memeriksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan.
Sebelum ini, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata sebuah bas ekspres dari arah Semporna ke Kota Kinabalu terbabas ke gaung sedalam 50 meter.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 21 2024

Sebuah bas ekspres dari arah Semporna ke Kota Kinabalu terbabas ke gaung sedalam 50 meter. - Foto JBPM

LaLiga: Real Madrid ugut tak hadir perlawanan, pemain tak cukup rehat
Skuad terbaik liga Sepanyol itu dikatakan telah mengutarakan masalah berikut, namun tiada perubahan dibuat oleh penganjur.
Perkembangan sempena Kongres Kebangsaan DAP Ke-18
Ketahui siapa terpilih dan siapa tersingkir dalam Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bersama wartawan Astro AWANI, Khalis Khadir.

Kedah sasar hasilkan varieti benih padi sendiri - Exco
Inisiatif itu turut diharapkan dapat memastikan pesawah tidak lagi dibelenggu isu kartel serta mutu bekalan benih yang tidak berkualiti.

Angka kematian akibat letupan di Latakia, Syria meningkat kepada 10
Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan 14 lagi cedera pada Sabtu susulan letupan di sebuah bangunan empat tingkat di barat laut Syria.

'Menang kalah adat bertanding' - Guan Eng terbuka jika tidak lagi dipilih perwakilan DAP
Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng mengambil pendirian terbuka jika beliau tidak lagi dipilih menganggotai Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP baharu yang akan ditentukan hari ini.

Sibuk siapkan album, Shila Amzah akui tak sempat keluarkan lagu raya tahun ini
Shila tidak menolak kemungkinan untuk menghasilkan lagu raya pada tahun hadapan sekiranya keadaan mengizinkan.
JAKIM tegaskan karya seni perlu selari prinsip akidah
JAKIM menasihati penerbit 'Bidaah' berhubung karya seni yang perlu selari dengan akidah, syariah dan akhlak Islam agar tidak timbulkan fitnah

DAP rakan setia Anwar Ibrahim, hanya ‘yes man’ kepada rakyat - Guan Eng
DAP hanya tunduk kepada pengundi dan rakyat Malaysia, bukan kepada individu atau pihak tertentu.

Guterres puji peranan Bangladesh dalam misi pengaman PBB, sokongan kepada Rohingya
Antonio Guterres memuji peranan Bangladesh dalam misi pengaman antarabangsa serta kemurahan hatinya dalam menerima pelarian Rohingya.

Pahang sediakan baucar bantu golongan memerlukan
Baucar berkenaan hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai.

Dua warga Itali antara penumpang bas terbabas dalam gaung di Lahad Datu
Dua wanita warga Itali antara 19 individu yang berada di dalam sebuah bas ekspres yang terbabas ke dalam gaung di Lahad Datu malam tadi.