Meskipun menang 2-1 berdepan Villarreal menerusi jaringan bekas pemain Paris Saint-Germain (PSG), Kyllian Mbappe, di tempat lawan, gergasi LaLiga itu tidak menunjukkan persembahan yang meyakinkan ekoran kepenatan pemain utama.
Awal pagi Khamis lalu, Los Blancos bermain selama hampuir 130 minit dan menuju penentuan sepakan penalti sebelum meraih kejayaan menewaskan seteru setempat, Atletico Madrid, untuk melayakkan diri ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Menurut wartawan terkemuka, Fabrizio Romano, skuad terbaik liga Sepanyol itu telah mengutarakan masalah tersebut, namun tiada perubahan dibuat oleh penganjur.
"Ini adalah amaran.
"Ini juga aksi terakhir kami yang bermain kurang daripada 72 jam rehat yang sepatutnya.
"Kami tidak akan hadir dan takkan bermain jika berlaku lagi.
"Kami meminta LaLiga untuk meminda permainan dua kali. Tetapi tidak diendahkan," luah Ancelotti.
