KOTA KINABALU: Dua syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) kini kembali beroperasi membekalkan 155MW tenaga elektrik kepada kepada Grid Sabah.
Operator Sistem Grid Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan SESB Adrian Mosigil berkata syarikat Kimanis Power Sdn Bhd telah beroperasi dan membekalkan semula 95MW tenaga elektrik itu semalam.
Beliau berkata satu lagi IPP iaitu syarikat Ranhill Powerton II Sdn Bhd pula telah mula membekalkan tenaga elektrik semula sebanyak 60MW kepada grid itu pada Khamis lalu.
"Pengoperasian semula kedua-dua IPP itu akan meningkatkan semula penjanaan bekalan elektrik di Sabah yang sebelum ini mengalami rizab margin pada paras kritikal," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Sebelum ini media melaporkan Kimanis Power Sdn Bhd telah menutup sementara bekalan elektriknya pada 6 Jan lepas bagi memberi laluan kepada pemeriksaan keselamatan daripada Jabatan Keselematan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).
Sementara Ranhill Powerton II Sdn Bhd membuat penutupan kecemasan akibat masalah high vibration gear di set penjanaan mereka pada 14 Jan lepas.
Dalam pada itu Adrian mengumumkan IPP Serudong Power Sdn Bhd dijangka dapat membekalkan 11MW tenaga elektrik ke Grid Sabah bermula 1 Mac ini, manakala Stesen Janakuasa Patau-Patau di Labuan 30MW yang mengalami masalah teknikal sejak 5 Sept tahun lalu juga dijangka beroperasi semula 29 Feb ini.
Katanya Stesen Jana Kuasa Hidro Tenom Pangi sedang dalam proses pembaikan selepas ditutup sepenuhnya akibat kerosakan teruk akibat bencana alam pada 31 Okt 2022, dan dijangka akan beroperasi secara berperingkat bermula Mac, Jun dan Oktober ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 20 2024
![Dua IPP beroperasi semula, bekal 155MW elektrik ke Grid Sabah - SESB Dua IPP beroperasi semula, bekal 155MW elektrik ke Grid Sabah - SESB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704424345_TBTNBjpg.jpg)
Operator Sistem Grid Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan SESB Adrian Mosigil berkata syarikat Kimanis Power Sdn Bhd telah beroperasi dan membekalkan semula 95MW tenaga elektrik itu semalam. - Gambar fail/Dagang News
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![SESB guna inovasi teknologi percepat pemulihan kapasiti Stesen Janakuasa Patau-Patau SESB guna inovasi teknologi percepat pemulihan kapasiti Stesen Janakuasa Patau-Patau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710192991_SabahElectricitySd.jpg)
SESB guna inovasi teknologi percepat pemulihan kapasiti Stesen Janakuasa Patau-Patau
Sabah Electricity Sdn Bhd garap idea inovasi teknologi daripada pakar dalaman sendiri untuk meningkatkan kapasiti penjanaan Grid Sabah yang masih berada pada tahap kritikal.
![Dua IPP beroperasi semula, bekal 155MW elektrik ke Grid Sabah - SESB Dua IPP beroperasi semula, bekal 155MW elektrik ke Grid Sabah - SESB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704424345_TBTNBjpg.jpg)
Dua IPP beroperasi semula, bekal 155MW elektrik ke Grid Sabah - SESB
Dua syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) kini kembali beroperasi membekalkan 155MW tenaga elektrik kepada kepada Grid Sabah.