JOHOR BAHRU: Pembinaan dua hospital baharu di Pasir Gudang dan Kempas di sini, dijangka akan dapat membantu mengatasi kesesakan khususnya di dua hospital utama iaitu Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI).
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata Hospital Pasir Gudang, yang kini dalam pembinaan, telah pun siap 40 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada November 2024.
Bagi Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA 2) pula, Khairy berkata ia akan diumumkan secara rasmi pada Belanjawan 2023, yang akan dibentangkan pada 28 Okt ini.
"Jadi, dengan kedua-dua hospital yang baharu ini, Hospital Pasir Gudang yang sedang dibina dan HSA 2, kami akan tambah lebih 700 katil baharu untuk kawasan bandar raya Johor Bahru dan kawasan berhampiran.
"Ini akan dapat mengurangkan kesesakan di hospital sedia ada terutamanya HSA dan yang lebih penting lagi, akan dapat menampung keperluan kawasan bandar raya Johor Bahru yang sangat padat ini," kata beliau kepada pemberita selepas pelancaran Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Negeri Johor di Bandar Dato Onn, di sini hari ini.
Buat masa ini, Khairy berkata terdapat dua juta orang dianggarkan tinggal di Johor Bahru dan angka itu tidak termasuk mereka yang datang dari daerah-daerah lain yang mahu menggunakan khidmat doktor pakar di bandar raya itu.
"Jadi kes-kes di negeri Johor, yang dari daerah lain akan dirujuk ke Johor Bahru kecuali yang berada di utara, jadi kita perlukan pelaburan ini untuk perkhidmatan kesihatan yang lebih baik di negeri ini.
"Kini lebih kurang 90 peratus tahap penggunaan (katil) di HSA dan HSI. (Kadar penggunaan) ini adalah agak tinggi untuk hospital awam," kata Ahli Parlimen Rembau itu.
Mengenai Jelajah ANMS pula, Khairy berkata satu daripada inisiatif iaitu Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan, diharapkan akan menjadi satu wadah pembudayaan kawalan kesihatan kendiri untuk rakyat Malaysia.
Susulan itu, beliau mahu kerajaan negeri turut membantu memastikan individu yang layak, membuat saringan kesihatan dalam usaha mengesan penyakit-penyakit tidak berjangkit (NCD) lebih awal, sekali gus membolehkan ia dipantau Pejabat Kesihatan Daerah.
Sekurang-kurangnya 130,000 rakyat negeri ini disasarkan menjalani saringan kesihatan itu, yang diadakan secara percuma, sejak dilancarkan Julai lepas.
Turut hadir pada pelancaran ANMS ialah Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengarah Kesihatan Johor Datuk Dr Aman Rabu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 12 2022

Khairy bersama Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi (tiga, kanan) menandatangani 'Sokong GEG' semasa hadir pada pelancaran Majlis Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Negeri Johor hari ini. - Foto BERNAMA

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Dua hospital baharu di JB bantu atasi kesesakan di HSA, HSI - Khairy
Pembinaan dua hospital baharu di Pasir Gudang dan Kempas di Johor Bahru dijangka akan dapat membantu mengatasi kesesakan khususnya di dua hospital utama.