Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan watikah lantikan kepada dua hakim wanita pertama Mahkamah Tinggi Syariah di Malaysia dalam istiadat yang berlangsung di Istana Bukit Kayangan di sini hari ini.
Mereka yang dilantik ialah Noor Huda Roslan, 40, dan Nenney Shuhaidah Shamsuddin, 41, kedua-duanya berasal dari Banting dekat sini.
Selain itu, baginda turut berkenan menyampaikan watikah lantikan kepada tujuh hakim wanita Mahkamah Rendah Syariah, empat pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah dan empat penolong pendaftar Mahkamah Rendah Syariah.
Pelantikan yang berkuat kuasa hari ini dibuat selaras dengan Subseksyen 58 (1) dan Seksyen 59 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.
Ketua Hakim Syarie Selangor Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, ketika mengulas mengenai pelantikan itu, melahirkan kesyukuran dan menjunjung kasih atas perkenan Sultan Selangor mengurniakan watikah kepada hakim-hakim wanita di negeri itu.
"Ini membuktikan keprihatinan Tuanku terhadap isu-isu Mahkamah Syariah khususnya dalam melihat peranan yang boleh dimainkan wanita termasuk dalam pelaksanaan keadilan yang berkesan khususnya di Selangor," katanya.
Katanya, pelantikan itu juga diharap dapat menangkis tohmahan sesetengah pihak yang mendakwa bahawa mereka tidak mendapat keadilan yang sewajarnya.
Mohd Na'im turut menegaskan pelantikan hakim-hakim wanita itu bukan melibatkan isu gender sebaliknya dibuat atas keupayaan mereka sendiri yang dilihat layak untuk menyandang jawatan hakim syarie.
Sementara itu, Nenney Shuhaidah berkata pelantikan itu adalah satu amanah dan tanggungjawab berat yang akan cuba dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
Noor Huda pula berkata pelantikan mereka jelas menolak persepsi negative sesetengah pihak bahawa wanita tidak mampu menggalas tanggungjawab yang selama ini hanya dipegang oleh lelaki.
"Gender ternyata bukan kayu pengukur tetapi keupayaan masing-masing tidak kira lelaki atau wanita. Insya-Allah kami akan cuba memberi yang terbaik dan bersikap profesional ketika mengendalikan sesuatu kes," katanya.
Beliau dan Nenney Shuhaidah turut berharap lebih ramai lagi wanita di negeri-negeri lain akan diberi tanggungjawab sebagai hakim Mahkamah Syariah.
Noor Huda berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) (Kepujian) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1999 dan Masters in International and Comparative Legal Studies, School of Oriental and African Studies, University of London pada 2011.
Nenney Shuhaidah pula pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah Wal Qanun)(Kepujian) daripada UKM pada 1998 dan Ijazah Sarjana Psikologi (Kaunseling) di universiti sama pada 2001.
Bernama
Mon Jun 27 2016

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Nenney Shuhaidah Shamsuddin,41, (kanan) dan Noor Huda Roslan,40, bersama tauliah pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang dikurniakan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. - Foto BERNAMA

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.

Dua hakim wanita pertama Mahkamah Tinggi Syariah Malaysia dilantik
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan watikah lantikan kepada dua hakim wanita pertama Mahkamah Tinggi Syariah di Malaysia.