KUALA LUMPUR: Sahana Kaur, 17, dan Mogesh Sababathy, 23, pencinta alam sekitar dari Malaysia akan menghadiri persidangan Youth4Climate: Driving Ambition di Milan, Itali dari 28-30 September.
Mereka adalah antara 400 belia dari seluruh dunia yang akan menghadiri sidang kemuncak itu, sebagai persediaan menjelang Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP26) anjuran United Kingdom (UK) dengan kerjasama Itali di Glasgow pada November.
"Perwakilan dijangka akan menhasilkan deklarasi belia dan terlibat dalam dialog dengan perunding dan menteri-menteri yang menghadiri Pra-COP, satu mesyuarat persiapan COP26, yang juga akan diadakan di Milan dari 30 September hingga 2 Oktober ini," menurut kenyataan bersama Kedutaan Itali dan Suruhanjaya Tinggi Britain di Kuala Lumpur semalam.
Baru-baru ini melalui sidang video, Duta Itali ke Malaysia Cristiano Maggipinto dan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia David Thomas turut mengucapkan tahniah kepada Sahana dan Mogesh.
Sahana, yang juga pelajar sekolah menengah berkata dia amat bersemangat untuk bekerjasama dengan belia dari seluruh dunia untuk bersama-sama membangunkan penyelesaian berkaitan isu iklim terutama daripada segi reformasi pendidikan iklim, pemulihan lestari dan menjadikan proses penilaian NDC lebih telus.
Sementara itu, Mogesh, lulusan biologi marin dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan kini calon PhD di Universiti Putra Malaysia (UPM), gembira dapat mengetengahkan suara belia Malaysia dan menggunakan peluang itu untuk berkongsi pandangan serta idea.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 15 2021

Sahana Kaur dan Mogesh Sababathyakan menghadiri persidangan Youth4Climate: Driving Ambition di Milan, Itali dari 28-30 September. - Foto Facebook

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

UNGA luluskan resolusi bagi rakyat palestin tentukan nasib sendiri dengan majoriti besar
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada Selasa meluluskan resolusi yang mengiktiraf hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri dengan majoriti besar.

Anggota Malbatt 850-12 dikhuatiri cedera terkena serpihan letupan di Lubnan
Pasukan Batalion Malaysia 850-12 yang baharu tiba bagi menyambung misi pengaman di Lubnan terkena serpihan letupan di sekitar kawasan lapangan terbang negara itu pada pukul 2 petang (waktu tempatan).

UNGA79: Summit of the Future: Membangun kerjasama global untuk cabaran masa depan
Buat pertama kali dalam sejarah penganjuran UNGA, satu persidangan "Summit of the Future" akan dianjurkan pada 22 dan 23 September.

Menghadapi Cabaran Global: Isu-isu utama di UNGA Ke-79
Dunia akan memerhati bagaimana pelbagai isu yang didepani masyarakat di peringkat global diusulkan dan diperdebatkan.

Malaysia sudah bersedia hantar pasukan tentera pengaman ke Palestin
Malaysia sudah bersedia untuk menghantar pasukan tentera pengaman ke Gaza sekiranya diperlukan pada bila-bila masa, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Palestin perlu diterima sebagai anggota penuh PBB - Fahmi
Malaysia sentiasa konsisten dalam memperjuang hak setiap rakyat Palestin termasuk mendesak supaya negara itu diterima sebagai anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Lima anggota tidak tetap UNSC mulakan tugas
Algeria, Guyana, Korea Selatan, Sierra Leone dan Slovenia pada Selasa mengambil peranan sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB.

Sempadan Lubnan-Israel kini dalam ‘bahaya’ - PBB
"Keadaan sekarang seperti yang semua orang tahu - ia sangat tegang. Ia sukar... berbahaya," kata Ketua Pengaman PBB.

Lebih setengah penduduk Sudan Selatan alami kelaparan
Dianggarkan 1.6 juta kanak-kanak pula mengalami kekurangan zat makanan atau malnutrisi yang serius hingga Jun 2024.

Gencatan senjata perlu jadi matlamat utama - Duta Palestin ke PBB
Duta Palestin ke PBB Ibrahim Khraishi berkata gencatan senjata dengan kadar segera mesti menjadi "matlamat utama kita semua" di tengah-tengah konflik Palestin-Israel.