Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, dua lokasi yang terjejas adalah Pekan Tanjong Karang dan Jalan Masjid Baroh.
"Kejadian kira-kira jam 7 pagi menyebabkan berlaku limpahan air naik ke jalan raya dan kawasan berhampiran.
"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat ban pecah susulan kerja-kerja menaik taraf benteng.
"Pada masa sama, paras air di sekitar lokasi berada pada kedalaman antara 0.3 meter (m) hingga 0.9m," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Beliau berkata, pihak bomba akan terus melakukan pemantau terhadap keadaan di sekitar kawasan ban pecah itu.
Jelasnya, setakat ini tiada pembukaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di kawasan tersebut.