Pengendali syarikat penerbangan tidak boleh mengambil mudah bahawa ruang udara terbuka di kawasan zon konflik adalah selamat, menurut hasil siasatan nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 di timur Ukraine, tahun lepas.
Dalam laporan akhir mengenai tragedi itu, Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) berkata memandangkan tanggungjawab untuk memastikan operasi penerbangan yang selamat, pengendali perlu membuat penilaian risiko sendiri bagi destinasi negara-negara yang dituju serta ruang udara negara yang mereka gunakan.
Badan Keselamatan Belanda itu berkata negara-negara dijangka menyumbang kepada penilaian risiko dengan berkongsi maklumat relevan berhubung konflik yang berterusan.
"Jika negara-negara mempunyai maklumat mengenai ancaman berhubung ruang udara, ia perlu dikongsi dengan pengendali syarikat penerbangan dan pihak berkepentingan lain menerusi proses berstruktur pada tepat masanya.
"Keselamatan penumpang, anak kapal dan persawat boleh dipertingkatkan jika negara-negara memberi maklumat ini kepada semua pengendali dan bukan sahaja kepada pengendali di bawah kawalan mereka," menurut laporan itu.
DSB membuat kesimpulan bahawa pesawat Malaysia jenis Boeing 777-300ER ditembak jatuh pada ketinggian 33,000 kaki dengan menggunakan peluru berpandu darat ke udara BUK ketika melintasi ruang udara timur Ukraine yang dikuasai oleh puak pemberontak di Donetsk.
Kesemua 298 penumpang dan anak kapal termasuk 43 rakyat Malaysia dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu terbunuh.
Laporan itu menyebut pada hari kejadian, penggunaan ruang udara di atas timur Ukraine dihadkan di bawah 32,000 kaki dengan ruang udara lepas altitud itu dibuka kepada penerbangan awam.
DSB berkata ia sedang memikirkan untuk mewujudkan definisi semula tanggungjawab negara-negara yang lebih ketat untuk ruang udara mereka dan peranan lebih proaktif bagi Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
Laporan itu menyebut antara penghujung April dan 17 Julai, 2014, konflik bersenjata di timur Ukraine telah mencetus sehingga ke ruang udara dengan sekurang-kurang 16 pesawat dan helikopter milik angkatan tentera Ukraine dilaporkan ditembak jatuh.
"Dalam tempoh ini, Ukraine mahupun negara-negara lain atau organisasi antarabangsa tidak mengeluarkan sebarang amaran keselamatan kepada syarikat penerbangan awam mengenai keselamatan ruang udara di timur Ukraine," kata laporan itu.
Bernama
Wed Oct 14 2015
Badan Keselamatan Belanda itu berkata negara-negara dijangka menyumbang kepada penilaian risiko dengan berkongsi maklumat relevan berhubung konflik yang berterusan. - Gambar fail
Sze Fei-Nur Izzuddin layak jadi pasangan nombor satu negara - Aaron
Pemain beregu lelaki negara Aaron Chia mengakui bahawa Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani layak menjadi pasangan utama negara ketika ini.
AWANI Ringkas: PM Singapura tiba di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penghantar barang rugi RM63,826 akibat 'love scam'
Akibat termakan pujuk rayu seorang wanita yang dikenali hanya dalam tempoh 20 hari, seorang penghantar barang terpaksa berputih mata selepas kerugian sebanyak RM63,826 kerana diperdaya 'love scam'.
AWANI Ringkas: Remaja perempuan akan didakwa pada Selasa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Juruterbang rugi RM1.36 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang juruterbang terpaksa menanggung kerugian lebih RM1.36 juta selepas terpedaya dengan penipuan skim pelaburan tidak wujud melalui laman sosial Instagram.
Titah Adendum: "Apakah reaksi dan tindakan lanjut UMNO?"- Ku Li
Tengku Razaleigh Hamzah membangkitkan beberapa persoalan susulan keputusan kebenaran untuk memulakan prosiding semakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung Titah Adendum.
#AWANIRingkas 6 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 6 Januari 2025
1️⃣ Remaja perempuan akan didakwa pada Selasa
2️⃣ Jabatan Penjara tidak pernah terima perintah tahanan rumah Najib
3️⃣ Telegram dapat lesen penyedia media sosial
#awaniringkas
1️⃣ Remaja perempuan akan didakwa pada Selasa
2️⃣ Jabatan Penjara tidak pernah terima perintah tahanan rumah Najib
3️⃣ Telegram dapat lesen penyedia media sosial
#awaniringkas
Kontroversi rekod 100m Zaidatul Husniah berterusan, masih belum diiktiraf WA
Olahraga Dunia (WA), masih belum mengiktiraf rekod tersebut dalam kemas kini terbarunya.
Apa itu Titah Adendum, dan apa yang dijangka berlaku?
Hari ini, Najib berjaya mendapat kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum.
KAFA hantar rayuan kepada PJS, mohon teliti proses kongres
Terdapat ahli gabungan yang tidak dibenarkan hadir dan tidak dijemput ke kongres, selain prosedur dan tatacara pengendaliannya tidak teratur.
DSB saran pengendali syarikat penerbangan lakukan penilaian risiko sendiri
Pengendali syarikat penerbangan tidak boleh mengambil mudah bahawa ruang udara terbuka di kawasan zon konflik adalah selamat.