Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas wanita pertama Indonesia, Ani Yudhoyono, yang meninggal dunia pada Sabtu.
"Salam takziah buat keluarga @SBYudhoyono dan seluruh rakyat Indonesia atas pemergian bekas wanita pertama, Ani Yudhoyono. Semoga tabah menghadapi berita duka ini," katanya menerusi catatan di laman Twitter rasmi beliau.
Ani, 66, yang merupakan isteri Presiden Indonesia ke-6, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) meninggal dunia di National University Hospital Singapura akibat kanser darah pada 11.50 pagi Sabtu.
Beliau menjalani rawatan penyakit kanser darah di hospital itu sejak Februari lepas.
Dr Wan Azizah kini berada di Arab Saudi mengetuai delegasi Malaysia pada Sesi ke-14 Persidangan Kemuncak Islam (Kemuncak OIC) yang berakhir pada Sabtu.
Sementara itu, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga SBY.
"Baru menerima berita sedih isteri kepada bekas Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono @SBYudhoyono, Ibu Ani Yudhoyono meninggal dunia.
Saya ucapkan takziah kepada Pak SBY sekeluarga. Semoga tabah menghadapi ujian berat ini. Al-Fatihah," katanya juga menerusi catatan di Twitter.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 01 2019

Ani, 66, yang merupakan isteri Presiden Indonesia ke-6, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) meninggal dunia di National University Hospital Singapura akibat kanser darah pada 11.50 pagi Sabtu. REUTERS/Fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Indonesia berduka, jenazah Ani Yudhoyono disemadikan di Makam Pahlawan
Allahyarham diberikan penghormatan terakhir, dengan istiadat pemakaman ketenteraan itu turut disiarkan secara langsung televisyen tempatan.

Dr Wan Azizah ucap takziah atas pemergian Ani Yudhoyono
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas wanita pertama Indonesia.

Bekas Wanita Pertama Indonesia meninggal dunia
Kristiani Herrawati atau lebih dikenali sebagai Ani Yudhoyono, meninggal dunia pada 11.50 pagi Sabtu di Singapura.

Ani Yudhoyono hidap kanser darah, dirawat di Singapura
Susilo Bambang Yudhoyono sahkan isteri beliau, Ani Yudhoyono hidap kanser darah.