BACA: Jokowi diumum pemenang Pilihan Raya Presiden Indonesia
Dr Wan Azizah dalam kenyataan hari ini berkata, sebagai negara serumpun, beliau optimis bahawa hubungan antara Malaysia dan Indonesia akan terus diperkukuh di samping memberi manfaat kepada rakyat.
"Saya mendoakan Joko Widodo dikurniakan kesihatan yang baik dan terus kental dalam menghadapi liku-liku mendatang sebagai seorang pemimpin," katanya.
Komisi Pemilihan Umum (KPU) pada pukul 1.46 pagi ini (waktu Indonesia Barat) mengumumkan keputusan Pilpres 2019, sehari lebih awal selepas proses pengiraan undi di 813,350 Tempat Pembuangan Suara atau pusat pengundian, selesai 11.30 malam, Isnin. Pilpres 2019 diadakan pada 17 April lepas.
Jokowi, 57, bersama pasangannya untuk jawatan naib presiden, Ma'ruf Amin, 76, memperoleh 85,607,362 undi, manakala pencabarnya, Prabowo Subianto, 67, dan pasangannya untuk jawatan naib presiden, Sandiaga Uno, 49, memperoleh 68,650,239 undi.