KUALA SELANGOR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains, Politik dan Kemasyarakatan sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (Unisel) kali ke-17 di Kampus Bestari Jaya dekat sini pada Sabtu.
Ijazah khas itu disampaikan oleh Canselor Unisel, Tan Sri Arshad Alhaj Raja Tun Uda Alhaj.
Penganugerahan itu diberikan kepada Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang telah banyak menyumbang kepada idea dan sumbangan serta keprihatinan kepada Unisel.
Dr Wan Azizah berkelulusan ijazah perubatan dalam bidang Oftalmologi di Royal College of Surgeons, Dublin, Ireland merupakan anak Melayu pertama dianugerahkan pingat emas MacNoughton-Jones Gold Medal' di atas kecemerlangan akademik.
Sepanjang menyandang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 21 Mei 2018 hingga 24 Februari 2020, Wan Azizah sering kali berkunjung ke Unisel untuk melihat sendiri perkembangan universiti ini.
Beliau turut merasmikan Persidangan Kebangsaan Wanita dan Pembangunan Keluarga 2018 pada 11 Oktober 2018 di Auditorium Za'ba, Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial (FPSS), Unisel Kampus Bestari Jaya serta Karnival Komuniti Prihatin dan Hari Terbuka 2018 pada 1 September 2018 di Padang Awam, Desa Mentari, Petaling Jaya, Selangor.
Dr Wan Azizah semasa dalam ucapannya memberitahu, penganugerahan itu bukanlah pengiktirafan kepada beliau seorang tetapi semua pihak yang telah membantu dan memberi sokongan kepada keluarga sama ada dalam politik mahupun kehidupan peribadi.
"Saya berpeluang menabur bakti sebagai seorang doktor merawat pesakit yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.
"Kemudiannya, keadaan telah menyebabkan saya menceburi bidang politik, yang mana kedua-dua bidang ini memerlukan sokongan dan kepercayaan rakyat untuk berkhidmat," ujarnya.
Sementara itu, Presiden dan Naib Canselor Unisel, Professor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, sumbangan besar dan ketokohan Dr Wan Azizah selayaknya menerima pengiktirafan berkenaan.
"Eksekutif dan Senat Unisel memutuskan supaya tokoh ini dicadangkan sebagai penerima Ijazah Kehormat pada Istiadat Konvokesyen Ke-17, 2023," jelasnya.
Mohammad Redzuan berkata, Dr Wan Azizah adalah tokoh yang amat dikenali sebagai seorang wanita berjiwa kental dan pemimpin cekal.
"Selain merupakan wanita pertama menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, beliau juga adalah wanita pertama yang pernah memimpin sebuah parti politik besar dan berpengaruh, selain pernah menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen," katanya.
Seramai 1,306 graduan hadir pada istiadat konvokesyen itu merangkumi 582 graduan yang mengikuti pengajian peringkat diploma, 670 graduan peringkat Ijazah Sarjana Muda, 36 graduan peringkat Ijazah Sarjana, 18 graduan peringkat Kedoktoran.
Istiadat konvokesyen itu berlangsung selama dua hari iaitu pada 9 dan 10 September 2023. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Sep 09 2023
Arshad Alhaj menyampaikan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains, Politik dan Kemasyarakatan kepada Dr Wan Azizah pada Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (Unisel) kali ke-17 pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
Maritim Kuala Kedah tahan tiga vesel gentian kaca langgar syarat sah lesen
Tiga buah vesel bersama 10 orang kru nelayan tempatan berkenaan ditahan oleh bot ronda Maritim Malaysia.
EURO 2024 penampilan terakhir Cristiano Ronaldo di pentas Eropah
Ronaldo beraksi dalam kejohanan utamanya yang ke-11 dan ini kali pertama dia gagal menjaringkan sebarang gol di peringkat kumpulan.
BWF semak semula protokol tindak balas kecemasan susulan kematian pemain
BWF ambil langkah sewajarnya untuk kaji semula insiden itu dan akan putuskan sama ada aspek tertentu dalam garis panduan berkenaan perlu diubah.
AWANI Ringkas: Mangsa di PPS meningkat ke 503 orang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan perlu tarik diri labur dalam GIP - Wan Ahmad Fayhsal
Kerajaan perlu tarik diri daripada melabur dalam GIP kerana tidak beri sebarang kepentingan kepada Malaysia sama ada dari segi moral, ekonomi mahupun merit.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [03 Julai 2024]
fokus AWANI Pagi bersama Azib Zikry & Farhan Hakimi
- Langkah rasionalisasi subsidi diesel berjaya bendung aktiviti penyeludupan:
- Kadar kesuburan Malaysia menurun secara ketara - Nancy
- Tidak semua penurunan kandungan di TikTok atas permintaan MCMC, kerajaan Malaysia
- Langkah rasionalisasi subsidi diesel berjaya bendung aktiviti penyeludupan:
- Kadar kesuburan Malaysia menurun secara ketara - Nancy
- Tidak semua penurunan kandungan di TikTok atas permintaan MCMC, kerajaan Malaysia
Kereta jenama China akan kuasai satu pertiga pasaran global menjelang 2030 - Kajian
Jenama kereta China dijangka akan menguasai satu pertiga pasaran global menjelang 2030 dan pada masa itu, mereka akan menjual sembilan juta kenderaan setahun di luar China.
Cabaran dalam menggubal ‘Lemon Law’ antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Cabaran dalam menggubal undang-undang 'Lemon Law' bagi melindungi pengguna dalam urusan pembelian kenderaan antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini.
Kerajaan Sabah ambil langkah kurangkan kesan banjir
Kerajaan Sabah mengambil langkah jangka pendek dan panjang untuk mengurangkan kesan segera dan mengelakkan kerosakan lebih teruk akibat banjir yang sedang melanda negeri itu.
Hukuman Trump ditangguhkan ke 18 September
Hukuman ke atas Trump berkaitan wang tutup mulut ditangguhkan, memberi peluang berhujah beliau kebal pendakwaan. Hukuman akan diputuskan di tengah kempen pilihan raya.
Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Mesyuarat Agung Tahunan PPPM
Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-59 Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) di Kuching.
Tidak hirau kuasa dan harta, Syed Hussin wajar dikenang pejuang sejati - Rafizi
Allahyarham Dr Syed Hussin Ali wajar dikenang sebagai pejuang negara yang langsung tidak menghiraukan kuasa dan wang ringgit, kata Rafizi
Penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan perlu perancangan holistik - Dr Wan Azizah
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata penglibatan wanita dalam menduduki jawatan tinggi sektor awam telah melebihi sasaran 30 peratus.
Dr Wan Azizah lancar siri buku kanak-kanak bertemakan Malaysia Madani
Dr Wan Azizahm elancarkan enam buku kanak-kanak yang menerapkan nilai-nilai Malaysia Madani sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu sokong calon PH untuk kesinambungan pembangunan - Wan Azizah
Pengundi PRK Kuala Kubu Baharu perlu memberi sokongan kepada calon PH Pang Sock Tao, demi kesinambungan pembangunan di kawasan itu.
Banyakkan program, tarik minat pelajar dalam bidang STEM - Wan Azizah
Pendedahan pelbagai program berasaskan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) perlu dilaksanakan secara berterusan.
Wanita Malaysia perlu peka terhadap golongan memerlukan - Dr Wan Azizah
Wanita di Malaysia perlu sentiasa peka dan membuat kebaikan kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi pada Ramadan ini, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Wan Azizah serah sumbangan lebih RM200,000 kepada masjid, surau di Bandar Tun Razak
Setiap masjid memperoleh RM5,000 manakala surau RM2,000, menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan adalah lebih RM200,000.
Kerajaan konsisten bela hak, kebajikan wanita - Anwar
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam laman Facebooknya berkata kerajaan juga akan memastikan kebijakan didirikan dalam menjamin setiap sudut hak wanita terus diperteguh.
PM Anwar, Wan Azizah hadir Majlis Jamuan Teh Diraja
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menghadiri Majlis Jamuan Teh Diraja di Istana Negara.