Datuk Seri Najib Tun Razak berkata serangan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinannya sekarang adalah kerana beliau tidak mahu menjadi perdana menteri yang menerima "arahan" daripada bekas perdana menteri itu.
Katanya, serangan Dr Mahathir itu telah diduga kerana beliau mengetahui bahawa bekas perdana menteri itu juga adalah seorang yang "obses" dengan kuasa dan masih mahu membuat keputusan mengenai perancangan dan dasar-dasar negara.
"Dr Mahathir obses untuk mengawal dan saya pun dah mengenali beliau lama dan saya tahu saya cuma ada dua pilihan sebagai perdana menteri.
"Pertama saya merupakan perdana menteri yang merujuk kepada beliau, mendapatkan nasihat beliau. Saya kata nasihat tetapi mungkin arahan untuk melakukan kehendak beliau dari segi pentadbiran negara.
"Maknanya saya tidak akan menjadi perdana menteri yang terpaksa mendengar cakap dia... saya menjadi perdana menteri yang percaya kepada kepimpinan saya," katanya dalam wawancara eksklusif bersama MetroTv yang disiarkan di sini malam tadi.
Najib berkata, serangan Dr Mahathir terhadap kepimpinannya bermula apabila beliau tidak mahu menjadi perdana menteri yang hanya ikut arahan sebaliknya percaya dengan kepimpinan sendiri serta membuat pertimbangan berdasarkan kepada mandat rakyat dan parti.
"Sebab itu saya menjadi PM yang bertanggungjawab kepada rakyat membuat apa yang difikirkan yang terbaik untuk negara.
"Tetapi saya tahu Dr Mahathir tidak akan senang dengan saya, sebab sejarah membuktikan bahawa dia telah mencuba dan menolak dan membuang banyak tokoh dalam pemerintahan sejak dulu".
Najib mengakui sememangnya Dr Mahathir adalah mentornya tetapi beliau juga mempunyai pertimbangan sendiri untuk melangsungkan kepimpinan negara.
Katanya, Dr Mahathir kemudiannya telah menggunakan pelbagai cara untuk menjatuhkannya termasuklah meminta rakyat menjadikan dua pilihan raya kecil iaitu di kawasan Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Parlimen Kuala Kangsar, Perak sebagai referendum untuk menolak kepimpinannya.
Beliau berkata, jika dua pilihan raya kecil itu dijadikan referendum, maka ia bermakna sokongan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan sekarang adalah semakin meningkat ekoran kemenangan besar Barisan Nasional dalam kedua-dua pilihan raya kecil tu.
Perdana menteri berkata, pihak yang tidak senang dengan kepimpinannya dan parti-parti pembangkang kemudiannya mempolitikkan isu 1MDB (1Malaysia Development Berhad) iaitu masalah perniagaan dalam syarikat itu.
Katanya isu 1MDB ialah masalah perniagaan dan kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasi kelemahan yang ada termasuk menukar Ketua Pegawai Eksekutifnya dan menjalankan siasatan dalaman menerusi jawatankuasa Parlimen iaitu Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
"Motifnya (mengalihkan isu perniagaan 1MDB menjadi isu politik) adalah jelas. Ada yang tidak suka dengan kepemimpinan saya, mereka cuba menjatuhkan saya kerana isu lain tidak begitu (mendapat) perhatian," katanya.
Najib berkata, kenyataan daripada Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat secara jelas menyebut nama beberapa individu yang dikenakan tindakan saman sivil dan bukannya tuduhan jenayah serta tidak mengaitkan pihak kerajaan Malaysia.
"Kita adalah negara pertama yang menyiasat mengenai 1MDB dengan melibatkan polis, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan jawatankuasa Parlimen dan kita akan ambil tindakan untuk memperbaiki segala kelemahan dalam 1MDB.
"Rakyat yang akan menentukan apakah kehendak mereka dan saya yakin atas kebijaksanaan rakyat Malaysia untuk membuat pilihan pada saatnya (pilihan raya umum ke-14) nanti," katanya.
Bernama
Sat Aug 06 2016
Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui sememangnya Tun Dr Mahathir Mohamad adalah mentornya tetapi beliau juga mempunyai pertimbangan sendiri untuk melangsungkan kepimpinan negara. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu berhubung perjanjian penyelesaian di antara Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dengan Low Taek Jho atau Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat
Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.
Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.
Muhyiddin titipkan doa buat Najib
Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Ogos 2023.