Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan melakukan lawatan rasmi dua hari ke Thailand bermula esok.
Kementerian Luar Negeri Malaysia (Wisma Putra), dalam satu kenyataan hari ini berkata, lawatan itu adalah sebahagian daripada lawatan perkenalan ke negara-negara jiran di Asia Tenggara sejak beliau menerajui semula tampuk kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri pada 10 Mei.
Semasa lawatan itu, Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya, Perdana Menteri Thailand, General Prayut Chan-o-cha, diikuti jamuan makan malam rasmi.
Wisma Putra berkata lawatan itu akan memberi peluang kepada kedua-dua pemimpin untuk meningkatkan hubungan dan kerjasama dua hala antara kedua-dua negara.
"Ia juga akan memberi peluang kepada Malaysia untuk mengetengahkan dasar-dasar semasa kerajaan dan pendiriannya terutama dalam isu-isu yang mempunyai kepentingan bersama," menurut kenyataan itu.
Menurut Wisma Putra, lawatan itu juga dijangka akan memberi momentum kepada proses rundingan damai di wilayah Selatan Thailand.
Kerajaan Malaysia baru-baru ini melantik bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor, sebagai fasilitator yang baharu dalam rundingan damai di wilayah Selatan Thailand.
Dari segi kerjasama ekonomi, Wisma Putra berkata jumlah dagangan Malaysia dengan Thailand pada 2017 mencatat pertumbuhan yang signifikan pada kadar 18.43 perauts, berjumlah sebanyak RM98.69 blilon daripada RM86.46 bilion pada 2016.
Thailand adalah rakan dagangan kelima terbesar Malaysia dan kedua terbesar dalam kalangan negara-negara ASEAN selepas Singapura.
Di pihak Thailand pula, Malaysia adalah trakan dagangan terbesar Thailand dalam kalangan negara-negara ASEAN dan keempat terbesar dalam kalangan rakan dangangannya di seluruh dunia.
Dalam lawatan itu, Dr Mahathir akan diiringi isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ignatius Darell Leiking dan para pegawai kanan kerajaan.
Menurut Wisma Putra lagi, Perdana Menteri juga dijadual akan menghadiri satu perjumpaan dengan rakyat Malaysia yang bermastautin di Thailand. -- Bernama
Bernama
Tue Oct 23 2018
![Dr Mahathir akan melawat Thailand esok Dr Mahathir akan melawat Thailand esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/61540279778_THAILAND.jpg)
Semasa lawatan itu, Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya, Perdana Menteri Thailand, General Prayut Chan-o-cha, diikuti jamuan makan malam rasmi. - Gambar hiasan
![Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721193528_tbIstiadatPertabala.jpg)
Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam
Orang ramai dinasihat tidak cemas jika terdengar bunyi tembakan meriam semasa memandu di Jalan Sultan Abdul Halim pada Jumaat dan Sabtu ini.
![Buang tulis 'PN' kepada bekas MP, Speaker minta hantar surat Buang tulis 'PN' kepada bekas MP, Speaker minta hantar surat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721192211_SyedHussinDewanR.jpg)
Buang tulis 'PN' kepada bekas MP, Speaker minta hantar surat
Jelas Johari, sehingga kini, PN belum menghantar sebarang notis kepadanya bagi menarik paparan di skrin Dewan Rakyat mengenai status Syed Abu Hussin.
Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam
Orang ramai khususnya warga kota dinasihatkan agar tidak cemas jika terdengar bunyi tembakan meriam semasa memandu di sepanjang Jalan Sultan Abdul Halim pada pagi Jumaat dan Sabtu ini.
Jangan 'shoot down' idea P-turn - Menteri Kerja Raya
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi minta YB Stampin, Chong Chieng Jen tidak 'shoot down' idea P-turn di Lebuhraya Pan Borneo yang beri kemudahan kepada pengguna.
#AWANInews
#AWANInews
![Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720776307_UkraineCrisis.jpg)
Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut
Mahkamah itu dalam penghakiman memutuskan bahawa mahkamah tidak meragui sama sekali bahawa MH17 telah terkena sebutir peluru berpandu BUK yang ditembak dari padang di ladang di timur Ukraine.
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang
Menurut, Pensyarah Kanan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, Dr. Safiah Omar hutang boleh menjadi alat untuk memperoleh dana yang diperlukan tetapi pergantungan yang berlebihan boleh membawa kepada masalah kewangan jangka panjang, termasuk beban hutang yang tinggi serta mendorong kepada ketidakstabilan ekonomi
![Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704603925_TBMAYBANK.jpg)
Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang
Langkah ini dilakukan dalam usaha mengekang penipuan perbankan dalam talian, serta mencegah penipuan yang cuba meningkatkan had pemindahan transaksi.
![Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721188868_HBREAKHUTANG.jpg)
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar
Negara-negara yang mempunyai hutang yang tinggi sering menghadapi kesukaran untuk membayar semula hutang.
Prabayar Siswa: KPT sambut baik pengumuman pakej rahmah
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyambut baik pengumuman Kementerian Komunikasi yang menawarkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30 dengan permulaan data minimum sebanyak 30GB untuk tempoh sah laku selama 180 hari.
![George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712139037_Beca.jpg)
George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong
George Town telah dikenali seluruh rakyat Malaysia dan dunia sekian lama, justeru tiada keperluan untuk menukar nama ibu negeri Pulau Pinang itu.
![Sheikh al-Azhar adakan lawatan rasmi ke Malaysia 2 hingga 5 Julai Sheikh al-Azhar adakan lawatan rasmi ke Malaysia 2 hingga 5 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719724451_TBSPH.jpg)
Sheikh al-Azhar adakan lawatan rasmi ke Malaysia 2 hingga 5 Julai
Ketua Institusi Al-Azhar (Sheikh Al-Azhar), Al-Imam Al-Akbar Sheikh Prof Dr Ahmed Mohammed Al-Tayyib, akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama empat hari bermula Selasa ini.
![Putin akan lawat Korea Utara, Vietnam - Kremlin Putin akan lawat Korea Utara, Vietnam - Kremlin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71670459457_VladimirPutin.jpg)
Putin akan lawat Korea Utara, Vietnam - Kremlin
Selepas Korea Utara pada Selasa dan Rabu, Putin akan melawat Vietnam hingga Khamis.
![Anwar adakan lawatan ke Sabah, Labuan hari ini Anwar adakan lawatan ke Sabah, Labuan hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41717123666_KotaKinabalu.jpg)
Anwar adakan lawatan ke Sabah, Labuan hari ini
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dijadual mengadakan lawatan ke Sabah dan Labuan.
![PM New Zealand lawat Thailand minggu depan PM New Zealand lawat Thailand minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701051992_TBChristopherLuxon.jpg)
PM New Zealand lawat Thailand minggu depan
Lawatan itu susulan jemputan rakan sejawatnya Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin.
![Lawatan Ahmad Zahid tiada kaitan isu pergolakan politik di Sabah Lawatan Ahmad Zahid tiada kaitan isu pergolakan politik di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704666079_AhmadZahidHamidi.jpg)
Lawatan Ahmad Zahid tiada kaitan isu pergolakan politik di Sabah
Sebaliknya, kehadiran Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ke Sabah merupakan lawatan kerja rasmi beliau.
![Lawatan Anwar, Srettha ke Selatan Thailand tingkatkan kerjasama pembangunan sempadan Lawatan Anwar, Srettha ke Selatan Thailand tingkatkan kerjasama pembangunan sempadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701267937_TBICQS.jpg)
Lawatan Anwar, Srettha ke Selatan Thailand tingkatkan kerjasama pembangunan sempadan
Lawatan itu mengukuhkan kejasama antara Thailand dan Malaysia dalam pelbagai sektor, termasuk pembangunan infrastruktur, perdagangan, pelancongan, pertanian dan keselamatan sempadan.
![Putera Albert II berlepas ke Singapura, akhiri lawatan ke Malaysia Putera Albert II berlepas ke Singapura, akhiri lawatan ke Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61701265459_PuteraAlbertII.jpg)
Putera Albert II berlepas ke Singapura, akhiri lawatan ke Malaysia
Putera Monaco Putera Albert II berlepas ke Singapura hari ini selepas mengakhiri lawatan negara pertama selama empat hari ke Malaysia.
![Lawatan delegasi Rusia: Jepun pantau situasi di Korea Utara Lawatan delegasi Rusia: Jepun pantau situasi di Korea Utara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700041304_TBJEPUN.jpg)
Lawatan delegasi Rusia: Jepun pantau situasi di Korea Utara
Jepun kini memantau teliti perkembangan di Korea Utara termasuk lawatan delegasi kerajaan Rusia ke Pyongyang.
![PM Anwar sifatkan lawatan ke UAE berjaya PM Anwar sifatkan lawatan ke UAE berjaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696584147_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar sifatkan lawatan ke UAE berjaya
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan beliau ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai membuahkan hasil yang baik dengan berjaya menarik komitmen pelaburan berjumlah RM40.6 bilion.
![Biden lawat Vietnam untuk tingkat hubungan ke peringkat tertinggi Biden lawat Vietnam untuk tingkat hubungan ke peringkat tertinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81627273880_HanoiVietnam.jpg)
Biden lawat Vietnam untuk tingkat hubungan ke peringkat tertinggi
Presiden AS Joe Biden dijangka tiba di Hanoi pada petang Ahad untuk mengukuhkan hubungan dengan Vietnam.