Wakil tunggal Malaysia dalam misi kemanusiaan 'Women's Boat to Gaza' Dr Fauziah Hassan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 7.45 malam ini.
Menurut maklumat yang diterima dari seorang pegawai Kedutaan Malaysia, Dr Fauziah selamat tiba di Bangkok, Thailand dari Tel Aviv, Israel pada lebih kurang jam 4 petang tadi.
Astro AWANI akan menyiarkan ketibaan Dr Fauziah menerusi Facebook LIVE malam ini.
Kapal Zaytouna-Oliva yang membawa Dr Fauziah dan 12 anggota misi lain dalam perjalanan menuju ke Gaza dikepung rejim Zionis sebelum ditahan dan ditunda tentera Israel ke Pelabuhan Ashdod pada Rabu.
BACA: Wisma Putra sahkan Dr Fauziah telah dibebaskan dan selamat
Perjalanan mereka bermula pada 14 September dari pelabuhan Vell di Barcelona dan berhenti di Ajaccio, Perancis selepas pusingan pertama sebelum belayar ke Messina, Itali untuk pusingan kedua.
Berikut adalah kronologi misi Women’s Boat to Gaza.
14 September 2016
Kapal Aman Hope dan Zaytouna Oliva berlepas dari Pelabuhan Vell, Barcelona
15 September 2016
Kapal Aman Hope terpaksa berpatah balik akibat masalah teknikal, Kapal Zaytouna-Oliva meneruskan misi
23 September 2016
8 Pagi (Waktu Malaysia)
Zaytouna-Oliva tiba di Messina, Itali. Ketibaaan disambut Datuk Bandar Messina, Renato Accorinti
27 September 2016
9 Pagi(Waktu Malaysia)
Misi Zaytouna-Oliva diteruskan ke Gaza, Palestin
29 September 2016
Kapal Zaytouna-Oliva mengalami sedikit kerosakan pada layar
1 Oktober 2016
Krew "Ship to Gaza Greece" datang membetulkan layar di tengah laut. Bekalan minyak dan makanan turut ditambah
5 Oktober 2016
11.40 pagi (Waktu Malaysia)
Zaytouna-Oliva memasuki perairan Gaza 120 batu nautika dari Gaza
5 Oktober 2016
8.50 malam (Waktu Malaysia)
Terputus hubungan semasa berada kurang 50 batu nautika dari Gaza
5 Oktober 2016
9.58 malam (Waktu Malaysia)
Zaytouna-Oliva dirampas oleh tentera Israel kira-kira 35 batu nautika dari Gaza dan dibawa ke Pelabuhan Ashdod, Israel
6 Oktober 2016
6.00 pagi (Waktu Malaysia)
Tiba di Pelabuhan Ashdod
7 Oktober 2016
7.45 malam
Dr Fauziah dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
Astro Awani
Fri Oct 07 2016
Astro AWANI akan menyiarkan ketibaan Dr Fauziah menerusi Facebook LIVE malam ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Nahas Azerbaijan Airlines: Tiada rakyat Malaysia terlibat - Wisma Putra
Rakyat Malaysia di Kazakhstan yang memerlukan bantuan, atau inginkan maklumat lanjut diminta menghubungi Kedutaan Malaysia di Astana
12 kontena bantuan MAPIM berjaya memasuki Gaza
Fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala MAPIM sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
15,807 banduan di Indonesia diberikan pengurangan hukuman sempena Krismas
Pemerintah turut memberikan pengurangan hukuman kepada 166 kanak-kanak dengan tiga daripadanya dibebaskan serta-merta.
PDRM, MCMC pergiat usaha kesan individu miliki, edar bahan lucah dan CSAM
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya juga akan terus menjalankan Op Pedo dari semasa ke semasa bagi mencegah kegiatan berkenaan.
Tiada pemandu kedua, JPJ saman 25 bas ekspres dan persiaran
JPJ turut menyita sebuah bas ekspres kerana pemandu tiada lesen memandu dan sebuah lori kontena kerana pemandu di bawah umur.
10 Berita Pilihan - (25 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 25 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
2. Top AI trends for businesses in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
2. Top AI trends for businesses in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
A passenger plane flying from Azerbaijan to Russia has crashed near the city of Aktau in Kazakhstan with 62 passengers and five crew on board, leaving dozens dead.
AWANI Tonight: Top AI trends for businesses in 2025
Artificial intelligence, is transforming business efficiency and performance. Dickson Woo from IBM Malaysia highlights key AI trends to watch in 2025
Niat ikhlas suntik semangat aktivis Women's Boat to Gaza
Dua anggota Women's Boat to Gaza (WBG) berkata niat ikhlas untuk menyekat kepungan di Gaza adalah sumber motivasi mereka menyertai misi berkenaan.
PM Najib harap Dr Fauziah teruskan perjuangan bela nasib warga Palestin
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap wakil tunggal Malaysia dalam misi kemanusiaan 'Women's Boat to Gaza' (WBG), Dr Fauziah Mohd Hasan agar meneruskan perjuangan membela nasib warga Pal
Dr Fauziah dijadual tiba di KLIA malam ini
Astro AWANI akan menyiarkan ketibaan Dr Fauziah Hassan menerusi Facebook LIVE malam ini.
PBB didesak kecam tindakan zalim Israel tahan delegasi misi Gaza - NGO
Tindakan rejim Israel menahan 13 anggota delegasi misi 'Women's Boat To Gaza' dibimbangi mencetuskan tindak balas kumpulan Daish.
Misi Gaza: Wisma Putra sahkan Dr Fauziah telah dibebaskan dan selamat
Dr Fauziah Hassan yang di dalam misi kemanusiaan 'Women's Boat to Gaza' (WBG) turut dilaporkan dalam keadaan selamat.
11 anggota misi WBG termasuk Dr Fauziah yang ditahan Israel dibebaskan - MyCARE
Kesemua mereka sedang diuruskan penerbangan pulang ke negara masing-masing dalam masa terdekat.
Dua anggota misi 'Women's Boat to Gaza' yang ditahan Israel dibebaskan
Mereka yang dibebaskan ialah wartawan Al-Jazeera dari United Kingdom, Mina Harballou dan Hoda Rakhme dari Rusia.