Meskipun mencipta sejarah sebagai pemimpin pertama dari ASEAN yang dijemput berucap di Kesatuan Oxford, namun kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad mengundang kritikan dan tekanan daripada komuniti Yahudi di Oxford.
Kumpulan itu dilaporkan mengeluarkan kenyataan tidak berpuas hati dengan jemputan Kesatuan Oxford yang mengundang Dr Mahathir yang dilabelkan sebagai anti-Yahudi.
Seperti diduga juga, Presiden Kesatuan Oxford, Daniel Wilkinson mengajukan beberapa soalan yang berkaitan dengan pendirian Malaysia yang menghalang kemasukan atlet Israel daripada menyertai Kejohanan Renang Para Dunia di Sarawak pada Julai dan juga pendapat Dr Mahathir mengenai Israel.
Menurut Dr Mahathir, dia tidak peduli dilabelkan sebagai anti-semitik hanya kerana kelantangannya mengkritik Israel kerana ianya adalah haknya untuk menyatakan pendirian.
“Saya tidak faham apabila kita bercerita mengenai kebebasan bersuara tetapi saya tidak boleh berkata apa-apa mengenai Israel ataupun Yahudi. Kita akan dilabelkan sebagai anti-semitik bila kita cuba mengkritik dengan bebas mengenai Israel.”
Mengulas mengenai keputusan Malaysia menghalang atlet dari Israel untuk memasuki negara ini, Dr Mahathir berkata adalah hak sesebuah negara seperti Malaysia untuk menghadkan sempadan negaranya kepada negara tertentu.
“Di Malaysia, kita tiada urusan diplomatik dengan Israel. Kita tidak rasa mereka perlu datang ke Malaysia kerana kita rasakan mereka banyak melakukan kesilapan dan tidak mahu bertanggungjawab hanya kerana tiada siapa yang berani menegur mereka”.
Ditanya adakah adil untuk rakyat Israel dihukum begitu hanya kerana tindakan kerajaan mereka, Dr Mahathir menganggap majoriti rakyat Israel menyokong tindakan yang dilakukan kerajaan mereka.
“Kerajaan Israel sangat berkuasa, tidak banyak yang boleh kita lakukan. Jadi kita tak katakan apa-apa pada kerajaan Israel tetapi kita tidak akan hulurkan persahabatan kepada mereka" jawab Dr Mahathir dengan diberikan tepukan gemuruh daripada hadirin.
Astro Awani
Sat Jan 19 2019

Menurut Dr Mahathir, dia tidak peduli dilabelkan sebagai anti-semantik hanya kerana kelantangannya mengkritik Israel kerana ianya adalah haknya untuk menyatakan pendirian.
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Dituduh anti Yahudi sebab halang atlet Israel, ini jawapan 'power' Tun Mahathir di Oxford
Dr Mahathir tidak peduli dilabelkan sebagai anti-semitik hanya kerana kelantangannya mengkritik Israel kerana ianya adalah haknya untuk menyatakan pendirian.