IPOH: Kerajaan negeri telah menetapkan diskaun 80 peratus kadar premium tanah pajakan kepada sejumlah 160 buah kampung baharu yang telah wujud sejak zaman darurat Tanah Melayu bermula pada 1950-an.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, diskaun itu terpakai untuk pemilik terakhir tanah yang memohon pembaharuan manakala diskaun 75 peratus daripada kadar premium asal pula diberikan kepada waris pemilik terakhir tanah yang memohon pembaharuan.
"Ini dijelaskan melalui Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Bil 4/2019 berkaitan Penyelarasan Kelayakan Individu Yang Dibenarkan Membuat Permohonan dan Pemberian Diskaun 80% Daripada Kadar Bayaran Premium Bagi Permohonan Pembaharuan Dan/Atau Perlanjutan Tempoh Pajakan Tanah dalam Kawasan Kampung-Kampung Baru.
"Premium dijelaskan setelah kelulusan pemberimilikan tanah atau kelulusan permohonan pembaharuan tempoh pajakan tanah diperoleh mengikut kadar premium yang telah ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Tanah Negeri Perak.
"Daripada penetapan ini, kadar premium yang dikenakan adalah munasabah dengan diskaun yang diberikan namun kerajaan negeri bersedia untuk menimbangkan permohonan rayuan pengurangan premium kepada individu yang benar-benar layak dan memerlukan seperti mana yang digariskan dalam Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak Bil.3/2020," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Dr. Abdul Aziz Bari (DAP-Tebing Tinggi) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang membuka tirainya semula di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini.
Abdul Aziz ingin tahu status kadar premium tanah pajakan kampung baru dan pemilikan sementara (TOL) telah disemak dan dinaikkan serta sama ada kadar diskaun sebanyak 80 peratus yang diberi sebelum ini masih dikekalkan.
Saarani berkata kebanyakan pemilik tanah kategori kediaman di kawasan kampung-kampung baharu ini adalah dalam kalangan generasi kedua dan ketiga daripada pemilik asal tanah tersebut semasa diwujudkan buat pertama kalinya.
"Hal ini dikenal pasti apabila berlaku pertukaran nama pemilik tanah kepada waris-waris tuan punya tanah tersebut," katanya.
Sementara itu, ketika menjawab soalan tambahan Howard Lee Chuan How (DAP-Pasir Pinji) yang ingin tahu sama ada waris kepada pemegang pajakan asal yang meninggal dunia yang tidak diberi wasiat akan memperoleh diskaun 80 peratus, Saarani berkata kerajaan negeri terbuka untuk membincangkan dan memperhalusi sebarang kelemahan peraturan mengikut kawasan.
Saarani turut memaklumkan akan membuat bancian kepada keseluruhan 160 kampung baru yang berada di lokasi strategik di setiap daerah di Perak iaitu berada pada kawasan kategori pekan dan juga desa yang masih ramai penduduk bagi memastikan rumah-rumah yang dibiarkan tanpa pewaris.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 10 2021
Diskaun itu terpakai untuk pemilik terakhir tanah yang memohon pembaharuan manakala diskaun 75 peratus daripada kadar premium asal pula diberikan kepada waris pemilik terakhir tanah yang memohon pembaharuan. - Gambar fail
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 27 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 27 Disember 2024
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
Penyampai AWANI cipta rekod bersiaran langsung dari ketinggian 104 meter
Nursyazwani mencipta rekod membaca berita secara langsung selama 30 minit dari ketinggian 104 dari aras laut di menara Kuantan 188.
Terbit lebih banyak buku berkualiti, perkasa minat membaca
Proses meningkatkan minat golongan muda dengan bahan bacaan berkualiti mengambil masa dan perlu dilakukan secara konsisten.
AWANI Pagi: Undang-Undang Antarabangsa Selesaikan Isu Laut China Selatan
AWANI Pagi bersama Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, Mohamed Redza Zakaria melihat peranan undang-undang antarabangsa untuk menyelesaikan konflik di Laut China Selatan.
Hos AWANI cipta rekod bersiaran langsung dari ketinggian 104m
Hos AWANI Pagi, Nursyazwani Saiful Sham berjaya mencipta rekod membaca berita secara langsung selama 30 minit dari ketinggian 104 dari aras laut di menara Kuantan 188, Kuantan, Pahang.
Terbit lebih banyak buku berkualiti, perkasa minat membaca
Proses meningkatkan minat golongan muda dengan bahan bacaaan berkualiti mengambil masa dan perlu dilakukan secara konsisten tetapi ia penting bagi mengelak golongan itu meluangkan lebih banyak masa dengan aktiviti kurang sihat.
Dua suspek dadah ditahan, cuba lari daripada sekatan jalanraya
Dua lelaki ditahan polis selepas insiden kejar-mengejar antara kereta peronda polis dan Proton Satria dengan jarak hampir 35 kilometer di sekitar Damansara.
Gerakan koperasi perlu teroka peluang ekonomi baharu - MB Perak
Gerakan koperasi antara enjin pertumbuhan yang menyumbang kepada KDNK yang dapat mentransformasi dan memperkasa ekonomi masyarakat setempat.
Sebahagian HSK Segari Melintang dibatal, diganti tanah lebih luas - Saarani
Tapak gantian itu telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Durian Pipit melalui Warta Kerajaan No 1777 bertarikh 18 Mei tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM1.52 bilion, tertinggi dalam sejarah
Kerajaan Negeri Perak hari ini membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM1.52 bilion, iaitu belanjawan tertinggi dalam sejarah Perak.
Penjawat awam Perak dapat BKK dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Premis tentukan daftar masuk dan keluar hotel, pilihan di tangan pengguna - Saarani
Pengunjung boleh memilih premis yang menawarkan waktu daftar masuk dan keluar yang dirasakan lebih berbaloi.
Perak terus teroka industri nadir bumi, hasil royalti RM30.88 juta setakat ini - Saarani
Kerajaan negeri sepakat bekerjasama dengan sebuah syarikat tempatan bagi melaksanakan projek percubaan memproses hasil nadir bumi di Simpang Pulai.
Sultan Nazrin berkenan sampaikan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Perak 2024
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Peringkat Negeri Perak 2024 hari ini.
MB Perak beri peringatan ada lagi gelombang banjir akan berlaku
Selepas banjir gelombang kedua melanda Sungai Siput pada Selasa, Perak dijangka mengalami lagi beberapa siri banjir menjelang hujung tahun.
Pelihara sumber hasil Sungai Perak demi kelangsungan ekonomi - MB
Beliau berkata pemuliharaan Sungai Perak merupakan satu keutamaan selaras aspirasi Pelan Perak Sejahtera 2030.
Perak kenal pasti, pantau beberapa ajaran sesat
Menurut Saarani, Bahagian Penyelidikan di Jabatan Agama Islam Perak akan membuat kajian mendalam mengenai ajaran-ajaran sesat berkenaan.