BESUT:Penduduk kampung berhampiran Pantai Kuala Besut, Terengganu merayu kerajaan membantu menyelesaikan masalah hakisan ombak yang mengancam keselamatan mereka.
Mereka mendakwa, fenomena air pasang besar kali ini adalah yang terburuk dalam tempoh 30 tahun.
Tinjauan Astro AWANI mendapati penduduk di kampung itu sedaya upaya berusaha membenteng kediaman mereka dengan menggunakan guni serta tayar terpakai berisi pasir.
Menurut Mohd Nafi Sulong, 56 tahun, rumahnya hampir roboh dibadai ombak besar.
“Mintalah kerajaan negeri tengok rumah kami. Sudah dua tiga malam dah kena ombak ni. Mana yang boleh bantu, bantulah. Sebab tak tahan dah ombak besar sangat dah ni,” luahnya.
Manakala bagi seorang lagi penduduk, Wan Sofian Nazri Ramli, 45 tahu, dia terpaksa hidup dalam kebimbangan setiap kali musim tengkujuh.
“Kejadian yang saya lalui macam nilah.. hidup dalam ketakutan. Bila hujung tahun, bila musim bah datang... jadi takutlah. Dari dulu lagi jadi saya berharap kerajaan negeri ataupun kerajaan pusat, bantulah kami ni orang pantai di Kuala Besut ni,” keluhnya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman mengakui setakat ini, keselamatan 50 keluarga terjejas dengan masalah hakisan pantai itu.
Ia membabitkan penduduk dari Kampung Pengkalan Atap dan Kampung Pantai.
“Kejadian ini hampir saban tahun berlaku dan menghantui mereka. Jadi saya mohonlah kerajaan negeri khususnya memikirkan kaedah yang terbaik seperti membina benteng penahan hakisan ombak sementara.
“Dan juga kerajaan pusat.. kalau boleh menyiapkan segera benteng pemecah ombak ang mana kita semua sedia maklum bahawa benteng pemecah ombak ini telah berjalan sejak tahun 2015 lagi.. tapi terhenti. Saya difahamkan terhenti, tapi tidak tahu kenapa.
“Jadi mohonlah pihak kerajaan menerusi jabatan-jabatan berkenaan supaya menyambung segera kerana sekiranya projek ini lambat disiapkan, akan mengakibatkan kesan hakisan ombak yang lebih kritikal lagi untuk pada masa akan datang. Mungkin lebih daripada 50 buah rumah itu akan terkesan,” jelasnya.
Selain itu katanya, kerajaan negeri perlu mengambil langkah proaktif termasuk menyediakan penempatan baru bagi memindah dan menempatkan penduduk ke kawasan yang selamat.
Astro Awani
Thu Jan 14 2021
Antara usaha penduduk kampung adalah dengan membenteng rumah mereka dengan guni atau tayar berisi pasir. - Astro AWANI
Perkembangan situasi banjir di Terengganu
Banjir yang melanda Terengganu sejak 10 hari lalu masih belum menunjukkan tanda reda.
Bahkan jumlah mangsa yang berlindung dari hari ke hari juga semakin meningkat.
Selain itu juga masih terdapat laluan-laluan yang ditenggelami banjir khususnya di daerah Besut, Setiu dan Hulu Terengganu.
Untuk perkembangan lanjut situasi banjir yang meruncing itu, kita terus bersama wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali.
Bahkan jumlah mangsa yang berlindung dari hari ke hari juga semakin meningkat.
Selain itu juga masih terdapat laluan-laluan yang ditenggelami banjir khususnya di daerah Besut, Setiu dan Hulu Terengganu.
Untuk perkembangan lanjut situasi banjir yang meruncing itu, kita terus bersama wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali.
Agrobank tawar Moratorium sehingga enam bulan
Agrobank mengumumkan pelan bantuan banjir yang menawarkan moratorium sehingga enam bulan kepada pelanggan yang terkesan akibat banjir yang melanda dI beberapa negeri.
Lebih 2,000 calon SPM seluruh negara terjejas akibat banjir - Fadhlina
Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sekolah mereka terjejas akibat banjir boleh menduduki mana-mana pusat peperiksaan yang ditetapkan.
Dua beradik maut tertimbus, seorang cedera
Dua beradik maut manakala seorang lagi cedera selepas terperangkap dalam insiden tanah runtuh pada Jumaat.
Kejadian berlaku di Kampung Bukit Apit di Ajil, Hulu Terengganu.
Kejadian berlaku di Kampung Bukit Apit di Ajil, Hulu Terengganu.
[TERKINI] Jumlah mangsa di sembilan negeri lepasi 100,000
Jumlah mangsa banjir di 38 daerah di sembilan negeri kini melepasi 108,705 orang membabitkan 33,094 keluarga, setakat pukul 11 malam tadi.
10 Berita Pilihan - (29 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ahmad Zahid cadang BSN tawar skim pinjaman pendidikan untuk aliran TVET
Ahmad Zahid mencadangkan Bank Simpanan Nasional (BSN) menyediakan skim pinjaman pendidikan bagi aliran TVET.
JBPM Terengganu masih mampu berdepan situasi banjir semasa - Pengarah
Kekuatan sedia ada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu setakat ini masih berupaya mendepani situasi semasa banjir di negeri itu.
Diancam hakisan ombak, 'orang pantai' di Kuala Besut rayu tindakan segera
Orang pantai di Kuala Besut tidak tidur lena setiap kali tiba musim tengkujuh, dan merayu bantuan segera daripada pihak berwajib.