KUALA LUMPUR : Mesyuarat Rasmi Proses Dialog Damai Selatan Thailand Kali-4 secara bersemuka antara Panel Kerajaan Thailand dan Barisan Revolusi Nasional (BRN) mencapai persefahaman terhadap agenda pengurangan
keganasan semasa bulan Ramadan di Selatan Thailand melalui “Inisiatif Pendamaian Ramadan”.
Fasilitator Malaysia, Tan Sri Rahim Mohd Noor berkata, “Inisiatif Pendamaian Ramadan” itu menunjukkan kepada dunia bahawa terdapat harapan kepada kedamaian di Selatan Thailand dan wujud peluang untuk menyelesaikan masalah sebenar melalui proses dialog damai.
Agenda pengurangan keganasan adalah antara tiga substantif dicapai secara prinsip am dalam mesyuarat berkenaan yang berlangsung di ibu negara pada 31 Mac hingga 1 April 2022.
Dua lagi substantif yang dicapai ialah konsultasi awam dan penyelesaian politik.
"Kedua-dua pihak bersetuju agar tidak diadakan konflik bersenjata oleh mana-mana pihak bagi menghormati bulan Ramadan di bawah Inisiatif Pendamaian Ramadan," katanya selepas menyaksikan upacara pertukaran dokumen persetujuan kepada Prinsip-Prinsip Am tiga substantif itu antara Ketua Delegasi Kerajaan Thailand, Jeneral Wanlop Rugsanaoh dan Ketua Delegasi BRN, Anas Abdul Rahman
di sini pada Jumaat.
Dalam pada itu kata Rahim lagi, Panel Kerajaan Thailand dan Panel BRN telah berusaha menyakinkan antara satu sama lain bahawa objektif mencari pendamaian dan penyelesaian masalah boleh dicapai sekiranya kesungguhan, komitmen serta keikhlasan oleh setiap pihak dapat diteruskan dan diperkukuhkan.
"Usaha panel Kerajaan Thailand dan BRN wajar diiktiraf dan disokong oleh segenap lapisan masyarakat kerana kedua-dua panel telah menunjukkan kredibiliti dalam usaha menunjukkan pendamaian di Selatan Thailand," ujarnya.
Justeru, katanya, kedua-dua pihak akan meneruskan rundingan mengenai tiga perkara substantif yang terkandung dalam Prinsip Am dalam Mesyuarat Rasmi Proses Dialog Damai Selatan Thailand Kali Ke-5 yang akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.
"Tiga perkara ini membabitkan dan memerlukan rundingan seterusnya. Jadi kita setuju secara asasnya, sebelum tutup rundingan tadi iaitu dalam 3, 4 atau 5 bulan lagi akan ada prosiding," tambah beliau.
Rahimah Abdullah
Fri Apr 01 2022

Agenda pengurangan keganasan adalah antara tiga substantif dicapai secara prinsip am dalam mesyuarat berkenaan yang berlangsung di ibu negara pada 31 Mac hingga 1 April 2022.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Isu selatan Thailand: Cabaran besar menanti Kabinet Srettha
Pentadbiran Perdana Menteri Srettha Thavisin dikhuatiri berdepan cabaran besar dalam menyantuni isu selatan Thai, jelas mantan penasihat kepada Thaksin Shinawatra.

Selatan Thai: PEDP-RTG, BRN setuju bentuk Pelan Komprehensif Kerjasama ke Arah Pendamaian
Pelan hala tuju itu untuk kedamaian bagi komuniti Patani di Wilayah Sempadan Selatan Thailand dan mewujudkan peluang menamatkan konflik.

Proses damai di Selatan Thai: Barisan Revolusi Melayu Patani mahukan jaminan keselamatan
Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) menuntut kerajaan Thailand memastikan keselamatan anggotanya yang menyertai rundingan awam ke arah perdamaian kekal di selatan.

Dialog Selatan Thai: Panel Kerajaan Thailand dan BRN capai tiga substantif
Mesyuarat Rasmi Proses Dialog Damai Selatan Thailand Kali-4 secara bersemuka antara Panel Kerajaan Thailand dan Barisan Revolusi Nasional (BRN) capai tiga substantif secara prinsip am.

Tak peduli pandangan serong, wanita Melayu ini berani jadi renjer di wilayah bergolak
Berpasangkan niat mahu menolong orang kampung serta membantu membawa keamanan berpanjangan ke wilayah itu, dia tekad mengenepikan pandangan serong.

Manfaatkan Asean 2019 untuk cari penyelesaian isu Selatan Thailand
Pemimpin Asean harus memanfaatkan Sidang Kemuncak Asean 2019 di Bangkok untuk mencari jalan penyelesaian terhadap isu berpanjangan Selatan Thailand.

Polis Thailand dakwa 129 penjenayah berlindung di Malaysia
Penjenayah yang berlindung di Malaysia itu terlibat pelbagai kesalahan termasuk pengedaran dadah dan pembunuhan.

Sembilan lelaki terlibat plot pengeboman di Bangkok dihukum penjara
Sebuah mahkamah di sini menjatuhkan hukuman penjara antara empat hingga enam tahun terhadap sembilan lelaki dari selatan Thailand kerana terlibat dalam plot untuk mengebom tempat strategik di Bangkok

Mara Patani gesa kerajaan Thai siasat kematian dua remaja lelaki
Mara Patani menggesa kerajaan Thai agar menyiasat dengan teliti insiden di Daerah Ruso, Narathiwat, baru-baru ini yang mengakibatkan dua remaja lelaki ditembak mati.

Seorang maut, lima cedera dalam ribut di selatan Thai
Sebatang pokok berusia 100 tahun tumbang akibat ribut dan menghempap sebuah rumah di Mukim Tungnui, menyebabkan seorang wanita maut.