KUALA LUMPUR : Mesyuarat Rasmi Keenam Dialog Damai antara Panel Dialog Damai Kerajaan DiRaja Thailand (PEDP-RTG) dan Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) yang berlangsung di ibu negara mencapai persetujuan dan pemahaman untuk membentuk Pelan Komprehensif Kerjasama ke Arah Pendamaian (JCPP) sebagai pelan hala tuju untuk 2023-2024.
Ketua Fasilitator Kerajaan Malaysia, Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata, JCPP ini membentuk satu pelan hala tuju untuk kedamaian bagi komuniti Patani di Wilayah Sempadan Selatan Thailand dan mewujudkan peluang untuk menamatkan konflik.
"Demi mengekalkan momentum, kedua-dua belah pihak akan meneruskan usaha melalui rundingan tertutup dan akan memperincikan butiran pelaksanaan JCPP dalam beberapa siri mesyuarat teknikal yang akan diadakan dalam masa terdekat.
"Malaysia sentiasa komited dalam memudahcara Kerajaan Thailand dan komuniti Patani di Wilayah Sempadan Selatan Thailand untuk menyelesaikan konflik dan menjadi harapan Malaysia agar penyelesaian yang adil, komprehensif dan berkekalan dapat dicapai," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Rasmi Kali Ke-6 Bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand yang berlangsung selama dua hari di sebuah hotel di sini pada Rabu.
BACA: Proses damai di Selatan Thai: Barisan Revolusi Melayu Patani mahukan jaminan keselamatan
Dalam pada itu tegas Zulkifli, Malaysia tidak mempunyai apa-apa agenda tersembunyi dalam memastikan proses dialog damai berjalan lancar.
"Malaysia di sini adalah untuk menjadi fasilitator dan memastikan ada ruang untuk semua pihak mengutarakan sebarang isu dan mengeluarkan jalan penyelesaian," ujarnya.
Pihaknya juga dalam usaha memastikan proses dialog damai antara kedua-dua pihak akan diteruskan pada masa seterusnya.
Kata Zulkifli, beliau akan ke Selatan Thailand pada Isnin depan untuk menghadiri seminar di Prince of Songkla University dan sekali gus bertemu mereka yang berkenaan di Pattani, Narathiwat dan Yala.
"Saya sedia berjumpa sesiapa sahaja di sana (nanti)," ujarnya.
Rundingan antara kerajaan dan pemberontak bermula 2013, namun terhenti berikutan rampasan kuasa tentera di Thailand setahun kemudian.
Rundingan kemudian diteruskan tanpa membabitkan parti utama termasuk Barisan Revolusi Nasional (BRN).
BACA: Peristiwa Tak Bai: Perjuangan menuntut keadilan berbaki dua tahun lagi
BACA: BRN-Bangkok bincang hala tuju Perjanjian Damai Berasaskan Inisiatif Berlin
BACA: Konflik Selatan Thai: Bekas PAT Zulkifli dilantik Ketua Fasilitator Kerajaan
Rahimah Abdullah
Wed Feb 22 2023
Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin (tengah) berkata, JCPP membentuk satu pelan hala tuju untuk kedamaian bagi komuniti Patani di Wilayah Sempadan Selatan Thailand dan mewujudkan peluang untuk menamatkan konflik. - Astro AWANI
Cukai Minuman Manis: Luas skop cukai, tarik semula subsidi gula - Pusat Galen
Menurut Azrul, jika kerajaan bercadang menaikkan cukai gula, maka sewajarnya subsidi kepada pengeluar dan pengilang gula juga perlu ditarik balik.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 Oktober 2024
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.
Gitar milik George Harrison dijangka cecah RM3.38 juta dalam lelongan
Gitar Futurama berkenaan dibeli di sebuah kedai alat muzik di Liverpool dan dimain oleh Harrison pada awal tahun 1960-an.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Isu selatan Thailand: Cabaran besar menanti Kabinet Srettha
Pentadbiran Perdana Menteri Srettha Thavisin dikhuatiri berdepan cabaran besar dalam menyantuni isu selatan Thai, jelas mantan penasihat kepada Thaksin Shinawatra.
Selatan Thai: PEDP-RTG, BRN setuju bentuk Pelan Komprehensif Kerjasama ke Arah Pendamaian
Pelan hala tuju itu untuk kedamaian bagi komuniti Patani di Wilayah Sempadan Selatan Thailand dan mewujudkan peluang menamatkan konflik.
Proses damai di Selatan Thai: Barisan Revolusi Melayu Patani mahukan jaminan keselamatan
Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) menuntut kerajaan Thailand memastikan keselamatan anggotanya yang menyertai rundingan awam ke arah perdamaian kekal di selatan.
Dialog Selatan Thai: Panel Kerajaan Thailand dan BRN capai tiga substantif
Mesyuarat Rasmi Proses Dialog Damai Selatan Thailand Kali-4 secara bersemuka antara Panel Kerajaan Thailand dan Barisan Revolusi Nasional (BRN) capai tiga substantif secara prinsip am.
Tak peduli pandangan serong, wanita Melayu ini berani jadi renjer di wilayah bergolak
Berpasangkan niat mahu menolong orang kampung serta membantu membawa keamanan berpanjangan ke wilayah itu, dia tekad mengenepikan pandangan serong.
Manfaatkan Asean 2019 untuk cari penyelesaian isu Selatan Thailand
Pemimpin Asean harus memanfaatkan Sidang Kemuncak Asean 2019 di Bangkok untuk mencari jalan penyelesaian terhadap isu berpanjangan Selatan Thailand.
Polis Thailand dakwa 129 penjenayah berlindung di Malaysia
Penjenayah yang berlindung di Malaysia itu terlibat pelbagai kesalahan termasuk pengedaran dadah dan pembunuhan.
Sembilan lelaki terlibat plot pengeboman di Bangkok dihukum penjara
Sebuah mahkamah di sini menjatuhkan hukuman penjara antara empat hingga enam tahun terhadap sembilan lelaki dari selatan Thailand kerana terlibat dalam plot untuk mengebom tempat strategik di Bangkok
Mara Patani gesa kerajaan Thai siasat kematian dua remaja lelaki
Mara Patani menggesa kerajaan Thai agar menyiasat dengan teliti insiden di Daerah Ruso, Narathiwat, baru-baru ini yang mengakibatkan dua remaja lelaki ditembak mati.
Seorang maut, lima cedera dalam ribut di selatan Thai
Sebatang pokok berusia 100 tahun tumbang akibat ribut dan menghempap sebuah rumah di Mukim Tungnui, menyebabkan seorang wanita maut.