KUALA LUMPUR:Projek Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) terbukti teguh bertahan dan tetap mencatatkan pencapaian penting pada 2020 walaupun ketika dunia dilanda wabak COVID-19, kata Kuasa Usaha Kedutaan China di Malaysia Tang Rui.
Beliau berkata wabak itu tidak menjejaskan momentum BRI, sebaliknya membuktikan kerjasama di bawah kerangka BRI kekal teguh dan utuh.
Katanya, di bawah kerangka BRI terdapat lebih 200 perjanjian mengenai pelbagai inisiatif kerjasama dengan penyertaan aktif 138 negara dan 30 pertubuhan antarabangsa.
"Sekarang kita berada di penghujung 2020 dan jika kita imbau apa yang berlaku tahun ini kami gembira mengetahui BRI mampu bertahan daripada apa yang dijangka di peringkat awal," katanya semasa berucap pada International Forum on New Inclusive Asia 2020 secara maya semalam.
Pada 2019, terdapat 29 perjanjian kerjasama antara kerajaan, sekali gus meluaskan lagi jaringan kerjasama antarabangsa sedia ada, katanya.
Tang berkata kerjasama ekonomi dalam kerangka BRI memperlihatkan kekukuhan.
Pada tiga suku pertama 2020, jumlah dagangan antara China dan negara-negara BRI menunjukkan lonjakan daripada trend menurun dan mencecah 6.75 trilion yuan (US$1.03 trilion), dengan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 1.5 peratus atau 0.8 peratus lebih tinggi berbanding kadar pertumbuhan dagangan keseluruhan China.
Beliau berkata, FDI China di negara BRI turut mencecah US$13 bilion, menokok 7.7 peratus.
Katanya, majoriti projek pada awalnya terjejas akibat pandemik tetapi kini kembali ke landasan.
“Kami menyaksikan aliran kemajuan dalam banyak projek, banyak projek BRI di Kemboja, Laos, Bangladesh, Rusia, Serbia, Kenya, Hungary dan di seluruh dunia.
“Dan infrastruktur ini akan menjadi tulang belakang kepada pemulihan ekonomi dan kestabilan sosial," katanya.
Beliau turut berharap BRI akan memainkan peranan lebih besar selepas era COVID-19 termasuk peranan dalam program Kesihatan Laluan Sutera dalam meningkatkan kerjasama kesihatan awam dan infrastruktur dalam kalangan negara BRI.
Beliau berkata inisiatif Laluan Sutera Digital diharapkan dapat membantu merealisasikan lebih banyak peluang 'cloud commerce' dan ekonomi digital, sambil mendorong kerjasama penting dalam bidang seperti membina infrastruktur diperlukan, mengisi jurang digital dan menghubungkan lebih ramai orang menerusi pelbagai peluang.
"Lebih-lebih lagi, e-dagang laluan sutera telah menjadi fokus utama Laluan Sutera Digital untuk beberapa tahun kebelakangan ini dan akan menjadi tonggak kekuatan yang menyokong pertumbuhan ekonomi negara-negara BRI selepas COVID-19 berakhir," tambah Tang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 18 2020
![Di sebalik pandemik, projek BRI kekal teguh, catat pencapaian penting Di sebalik pandemik, projek BRI kekal teguh, catat pencapaian penting](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41608335533_TangRui.jpg)
Tang Rui berharap BRI akan memainkan peranan lebih besar selepas era COVID-19 termasuk peranan dalam program Kesihatan Laluan Sutera. - Gambar fail
![Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723712785_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu meningkatkan kepantasan dalam memberi kelulusanbagi menjadikan Malaysia tumpuan pelabur.
![Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723712690_kemalangantrelerP.jpg)
Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar
Seorang pemandu lori maut manakala kelindan cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Kilometer 257 Lebuhraya PLUS arah utara, dekat sini, petang ini.
RADIO 360: Integrasi teknologi kumpul maklumat pendengar, data lebih komprehensif
RADIO 360 Malaysia merentasi 11 stesen radio Astro yang boleh diakses di aplikasi SYOK termasuk Era, Sinar, Gegar, Hitz, Mix, My dan Raaga.
![Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723706908_TBFaisalHalim.jpg)
Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak
Tindakan bintang Selangor FC, Faisal Halim yang bertemu pemain Sabah FC ketika perlawanan Liga Super minggu ke-9 mengundang rasa sebak.
![KPDN fokus pengantarabangsaan produk tempatan ke empat negara - Armizan KPDN fokus pengantarabangsaan produk tempatan ke empat negara - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723712231_LotusKPDNKBBM.jpg)
KPDN fokus pengantarabangsaan produk tempatan ke empat negara - Armizan
KPDN menyasarkan penembusan produk buatan Malaysia di pasaran antarabangsa dengan kerjasama beberapa rangkaian pasar raya besar luar negara.
Ekonomi Gig: Persediaan awal belia ke arah pekerjaan stabil
Menurut Pensyarah, Asia Pacific University (Apu), Dr Nor Azrul Mohd Zin, platform ini memberi peluang kepada belia untuk menimba ilmu, mempelajari pelbagai kemahiran dan memperoleh pendapatan sementara menunggu peluang pekerjaan yang lebih stabil.
URA: Akta Pembangunan Semula Bandar ganggu hak pemilik rumah - Pakar
Kerajaan tidak sewajarnya meneruskan penggubalan Akta Pembangunan Semula (Urban Development Act, URA) yang menghilangkan hak pemilik rumah.
Kolaborasi MAPIM, ZUS mahu wujudkan jenama susah senang Malaysia
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAPIM Malaysia, Ahmad Sani Abdul Alim Araby berkata kolaborasi MAPIM dan ZUS Coffee merupakan kolaborasi yang unik antara syarikat kopi buatan Malaysia itu untuk menjadi jenama susah senang Malaysia.
Selain daripada memberi tumpuan kepada Gaza, perbincangan MAPIM dan ZUS juga melihat kepada peluang memberi perkhidmatan dan manfaat dalam negara seperti mangsa banjir, asnaf dan mereka yang memerlukan bantuan.
#AWANInews
Selain daripada memberi tumpuan kepada Gaza, perbincangan MAPIM dan ZUS juga melihat kepada peluang memberi perkhidmatan dan manfaat dalam negara seperti mangsa banjir, asnaf dan mereka yang memerlukan bantuan.
#AWANInews
[TERKINI] Pemain bola sepak bawa kerambit suspek kes baling bom petrol
Polis sahkan pemain bola sepak amatur yang ditahan kerana membawa disyaki kerambit merupakan suspek kes membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu kota, pada Mei lalu.
Hanya 16,000 daripada 300,000 pekebun memohon setakat ini
Hanya 16,000 daripada 300,000 pekebun kecil memohon bantuan Budi Agri-Komoditi setakat ini, yang membolehkan mereka menerima insentif bulanan sebanyak RM200.
Menteri Perladangan Dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, antara masalah yang dikenal pasti adalah pekebun kecil tidak mendapat maklumat berhubung bantuan itu, tidak tahu cara mendaftar, atau tiada kemudahan seperti capaian internet dan komputer.
Menteri Perladangan Dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, antara masalah yang dikenal pasti adalah pekebun kecil tidak mendapat maklumat berhubung bantuan itu, tidak tahu cara mendaftar, atau tiada kemudahan seperti capaian internet dan komputer.
![BRI mampu realisasikan matlamat pembangunan bersama - Putin BRI mampu realisasikan matlamat pembangunan bersama - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697620385_theBeltandRoad.jpg)
BRI mampu realisasikan matlamat pembangunan bersama - Putin
Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang diketengahkan Presiden China Xi Jinping hadir tepat pada masanya dan telah mencapai kemajuan positif, kata Presiden Rusia Vladimir Putin.
![BRI tumpu lapan aspek ke arah pembangunan berkualiti tinggi - Presiden Xi Jinping BRI tumpu lapan aspek ke arah pembangunan berkualiti tinggi - Presiden Xi Jinping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697620385_theBeltandRoad.jpg)
BRI tumpu lapan aspek ke arah pembangunan berkualiti tinggi - Presiden Xi Jinping
Presiden Xi Jinping berkata China akan memberi penekanan kepada lapan aspek utama untuk menggalakkan pembangunan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang berkualiti tinggi.
![Putin tiba di Beijing untuk hadiri Forum BRI Putin tiba di Beijing untuk hadiri Forum BRI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697521675_VladimirPutin.jpg)
Putin tiba di Beijing untuk hadiri Forum BRI
Pemimpin Rusia itu dijangka mengadakan pertemuan dengan Presiden Xi Jinping untuk berbincang mengenai perkongsian komprehensif dan kerjasama strategik Rusia-China.
![Adakah 'Belt and Road Initiative' China semakin perlahan? Adakah 'Belt and Road Initiative' China semakin perlahan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678433939_XiJinping.jpg)
Adakah 'Belt and Road Initiative' China semakin perlahan?
Pembiayaan infrastruktur global China melalui BRI semakin perlahan susulan kelembapan yang dialami negara itu sejak sedekad lepas.
![Penglibatan Malaysia dalam BRI tidak jejaskan perhatian kepada negara rantau lain - PM Anwar Penglibatan Malaysia dalam BRI tidak jejaskan perhatian kepada negara rantau lain - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694954142_AnwarIbrahim.jpg)
Penglibatan Malaysia dalam BRI tidak jejaskan perhatian kepada negara rantau lain - PM Anwar
Perdana Menteri berkata Malaysia akan terus tingkatkan perhatian terhadap negara-negara tersebut.
![HSR Jakarta-Bandung permudah pergerakan rakyat, pacu pertumbuhan ekonomi Indonesia HSR Jakarta-Bandung permudah pergerakan rakyat, pacu pertumbuhan ekonomi Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41663597665_MaoNing.jpg)
HSR Jakarta-Bandung permudah pergerakan rakyat, pacu pertumbuhan ekonomi Indonesia
Perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung diyakini dapat mempermudah pergerakan penduduk Indonesia.
!['BRI China vs Friend-Shoring AS, Malaysia harus bijak hidu peluang' 'BRI China vs Friend-Shoring AS, Malaysia harus bijak hidu peluang'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694604359_KeluarSekejapSe.jpg)
'BRI China vs Friend-Shoring AS, Malaysia harus bijak hidu peluang'
AS kini dilihat mula memperluaskan polisi Friend-shoringnya ke negara ASEAN, Vietnam pilihan utama khususnya dalam sektor semikonduktor
![China: Lebih 90 negara bakal sertai Forum Ketiga BRI China: Lebih 90 negara bakal sertai Forum Ketiga BRI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41663597665_MaoNing.jpg)
China: Lebih 90 negara bakal sertai Forum Ketiga BRI
Forum pada Oktober itu bakal menjadi acara paling penting sempena memperingati ulang tahun ke-10 inisiatif BRI.
![Ekonomi digital perlu jadi instrumen utama capai BRI, tingkat industri - Pakar Ekonomi digital perlu jadi instrumen utama capai BRI, tingkat industri - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681031918_AnwarIbrahim.jpg)
Ekonomi digital perlu jadi instrumen utama capai BRI, tingkat industri - Pakar
Ekonomi digital perlu menjadi instrumen utama dalam mencapai Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) China serta merangsang aktiviti industri, kata seorang pakar.
![[KOLUMNIS] Risiko tersembunyi pinjaman Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) China [KOLUMNIS] Risiko tersembunyi pinjaman Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71693557394_AnwarIbrahim.jpg)
[KOLUMNIS] Risiko tersembunyi pinjaman Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) China
Penting bagi negara seperti Malaysia memahami potensi risiko yang dikaitkan dengan BRI, termasuk kemungkinan kitaran perangkap hutang diplomasi.