KUALA LUMPUR: Kementerian Perladangan dan Komoditi menyedari bahawa wujud pelobi-pelobi iaitu pesaing yang melihat sektor sawit termasuk produk keluaran Malaysia sebagai pesaing mereka.
Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keadaan itu dilihat 'memberi kekangan' untuk Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) diiktiraf di peringkat global.
Justeru, katanya, kementerian sedang melakukan rundingan dengan Kesatuan Eropah (EU) untuk menerima pakai sijil yang dibangunkan di Malaysia.
"Sebab (sijil) ianya memenuhi kriteria yang diperlukan oleh keperluan peringkat dunia sekalipun, termasuk Eropah.
"Tetapi kita kena sedar bahawa dalam konteks dunia sekarang ini ialah persaingan.
"EU mereka meletakkan seolah-olah apa yang diperkenalkan (sjil pengiktirafan) ini sebagai untuk memenuhi keperluan alam sekitar. Tetapi pada masa sama, kita sedar bahawa ada pelobi-pelobi iaitu para pesaing yang melihat bahawa mereka tidak mampu untuk bersaing dengan kelapa sawit.
"Ini kerana, kelapa sawit dalam dunia (adalah produk) yang paling produktif, sihat dan lebih mesra," katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.
Beliau menjawab soalan tambahan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) yang bertanya apakah langkah yang kita perlu laksanakan untuk memastikan sawit boleh diterima oleh dunia sebagai satu sumber minyak terbaik.
Tambah beliau, kementerian berusaha menjalin kerjasama khususnya dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (RnD) termasuk bersama saintis dari Eropah untuk mengesahkan bahawa minyak sawit negara ini adalah sihat dan mesra alam.
Ujar Fadilah lagi, apa yang berlaku ketika ini seolah-olah wujud ketidakadilan dan pendekatan kementerian adalah melakukan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk perundangan, pembuat dasar serta Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Sementara itu, beliau memaklumkan Malaysia dan Indonesia serta Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) telah menyampaikan pendirian dan kebimbangan mengenai pelaksanaan European Union Deforestation Free Regulation (EUDR) kepada EU.
Malaysia dan Indonesia, ujarnya menyifatkan tindakan EU sebagai suatu hukuman dan mendiskriminasi sektor agrikomoditi negara serta memberi impak negatif ke atas rantaian bekalan komoditi terbabit, khususnya sektor sawit.
Perkara itu, ujarnya dimaklumkan ketika Misi Bersama Malaysia dan Indonesia ke EU melalui CPOPC di Brussels, Belgium pada 30 dan 31 Mei ini.
Dalam masa yang sama, beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Alam Sekitar di bawah Suruhanjaya EU, Florika Fink-Hooijer pada 28 Jun ini, bagi membincangkan isu pelaksanaan EUDR.
Hasimi Muhamad
Thu Jun 15 2023

Fadilah berkata kementerian sedang melakukan rundingan dengan Kesatuan Eropah (EU) untuk menerima pakai sijil yang dibangunkan di Malaysia - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Sunway jalin kolaborasi dengan EU, pacu usaha menuju masa depan yang mampan
Tahun ini, Sunway akan meneraju inisiatif unik untuk menangani kemiskinan bandar menerusi projek Cerapan Komuniti Desa Mentari.

Dewan Rakyat: Wujud 'pelobi' yang lihat industri sawit sebagai pesaing - Fadilah
Timbalan Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Alam Sekitar di bawah Suruhanjaya EU, Florika Fink-Hooijer pada 28 Jun ini.

Rusia umum bakal usir 20 diplomat dari Republik Czech
Ia sebagai tindak balas Republik Czech yang menghalau 18 diplomat Rusia pada Sabtu.

Vaksin COVID-19: Sekatan eksport EU akibatkan situasi 'rugi-rugi'
Kenyataan dikeluarkan seorang eksekutif Pfizer susulan blok itu memperketatkan pengawasan penghantaran vaksin di luar sempadannya.

Eksport biodiesel Malaysia dijangka susut tahun ini - MBA
Presiden Persatuan Biodiesel Malaysia (MBA), UR Unnithan berkata eksport biobahan api berasaskan sawit dianggarkan mencecah 378,582 tan pada tahun lepas.

Suruhanjaya Eropah umum lanjut mekanisme eksport vaksin COVID-19
Mekanisme ini bertujuan memastikan pengeluar vaksin memenuhi komitmennya kepada negara anggota Kesatuan Eropah (EU) terlebih dahulu.

COVID-19: EU gesa ketelusan syarikat pembuat vaksin
Ia susulan kelewatan penghantaran vaksin oleh dua syarikat, yang menjejaskan pelancaran program vaksin di beberapa negara anggota EU.

Malaysia mulakan tindakan undang-undang ke atas EU berikutan kempen antiminyak sawit
KPPK telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Kesatuan Eropah (EU) serta negara-negara anggotanya berikutan kempen antiminyak sawit.

Tidak peduli rayuan Itali, Kesatuan Eropah akhirnya tampil mohon maaf
Selepas Rom mendakwa permohonan bantuan perubatan dalam usaha memerangi pandemik COVID-19 tidak mendapat respons bulan lalu, Kesatuan Eropah (EU) tampil membuat permohonan maaf kepada negara itu.

COVID-19: Itali dakwa 'dipinggirkan' EU, terima bantuan China
Rom sebelum ini ada meminta bantuan daripada Kesatuan Eropah (EU), namun tidak dipedulikan sehingga China sendiri menghantar bantuan pakar dan alatan perubatan.