KUALA LUMPUR:Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Kesatuan Eropah (EU) serta negara-negara anggotanya iaitu Perancis dan Lithuania berikutan kempen antiminyak sawit.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata kementerian itu dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri hari ini memfailkan suatu permohonan untuk konsultasi melalui Mekanisme Penyelesaian Pertikaian di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
"Tindakan undang-undang ini menunjukkan keseriusan kerajaan dalam melindungi kepentingan industri sawit negara terhadap dasar yang dilaksanakan EU," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata tindakan ini diluluskan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 1 Julai 2020 susulan langkah-langkah yang dikenakan EU dan dua negara tersebut berkaitan pelaksanaan 'Delegated Regulation' di bawah Arahan Tenaga Boleh Diperbaharui EU II (EU RED II) yang memberi kesan kepada industri sawit negara.
Menurutnya, Malaysia telah melaksanakan pelbagai langkah termasuk mengadakan Misi Ekonomi dan Teknikal ke Eropah selain memberikan maklum balas terhadap pelaksanaan EU RED II.
Bagaimanapun, jelasnya, EU tetap meneruskan pelaksanaan EU RED II tanpa mengambil kira komitmen serta pandangan Malaysia.
Pelaksanaan EU RED II ini telah mengklasifikasikan minyak sawit sebagai suatu produk yang mempunyai kadar risiko perubahan guna tanah secara tidak langsung yang tinggi.
"Hal ini akan menyebabkan penggunaan minyak sawit sebagai biobahan api di EU tidak diambil kira dalam pengiraan sasaran tenaga boleh diperbaharui dan seterusnya mewujudkan sekatan perdagangan yang tidak wajar terhadap industri sawit negara.
"Tindakan EU ini juga adalah bertentangan dengan prinsip amalan perdagangan bebas yang telah digariskan oleh WTO," katanya.
Mohd Khairuddin berkata Malaysia berharap supaya WTO melalui Badan Penyelesaian Pertikaian dapat meneliti dan memperhalusi hujah serta keterangan Malaysia secara adil dan saksama selaras dengan prinsip undang-undang WTO.
Katanya, Malaysia akan memberikan komitmen dan kerjasama sepenuhnya dalam proses ini khususnya dalam sesi konsultasi kelak dan seterusnya perbincangan bersama Panel WTO yang akan diadakan.
Pada masa yang sama, beliau berkata Malaysia juga akan terus menjadi pihak ketiga bagi tindakan undang-undang yang telah difailkan oleh Indonesia (Kes No. DS 593: 'European Union - Certain measures concerning palm oil and oil palm cropbased biofuels)' melalui DSM di WTO.
"Penglibatan Malaysia ini adalah penting sebagai tanda sokongan dan solidariti terhadap negara pengeluar sawit," kata Mohd Khairuddin.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 15 2021

Mohd Khairuddin berkata, Malaysia telah melaksanakan pelbagai langkah termasuk mengadakan Misi Ekonomi dan Teknikal ke Eropah selain memberikan maklum balas terhadap pelaksanaan EU RED II. - Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Majlis tarian ala bogel: Pahit tetapi teguran perlu dibuat - Mohd Khairuddin
Majlis tersebut juga dilihat telah bercanggah dengan nilai ketimuran dan nilai masyarakat Malaysia.

Takiyuddin tidak letak jawatan, kekal sebagai menteri - Khairuddin
Perkara itu disahkan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali yang menegaskan Takiyuddin akan kekal dengan portfolionya sekarang.

Saifuddin cadang tiga strategi turunkan harga minyak masak botol
Saifuddin tidak bersetuju dengan Mohd Khairuddin bahawa harga minyak masak di pasaran sekitar RM30 bagi botol lima kilogram adalah munasabah.

Kempen anti minyak sawit: Penubuhan panel tindakan undang-undang ke atas EU diluluskan - Khairuddin
Permohonan Malaysia untuk menubuhkan panel bagi meneliti langkah yang diambil EU dalam pelaksanaan EU RED II telah diluluskan oleh Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada Jumaat lepas.

Malaysia sentiasa utamakan amalan buruh baik di sektor agrikomoditi - Mohd Khairuddin
Malaysia sentiasa mengutamakan serta mendukung amalan buruh yang baik termasuk di semua sektor agrikomoditi demi kebajikan semua pihak.

Lucut Hak: Tiada penjelasan asas kemasukan dana dalam akaun Najib - Pendakwaan
Perbicaraan di hadapan hakim Mohamed Zaini Mazlan akan disambung pada 1 dan 23 April, serta 18 Jun.

Harga minyak sawit mentah melonjak kepada paras tertinggi dalam sejarah semalam
Harga minyak sawit mentah melonjak kepada paras tertinggi dalam sejarah industri sawit negara kepada RM4,247.50 setiap tan pada Isnin.

Malaysia tingkat eksport minyak sawit ke Arab Saudi - Mohd Khairuddin
Malaysia akan meningkatkan eksport minyak sawit ke Arab Saudi kepada 500,000 tan yang dianggarkan bernilai RM1 billion.

Survival politik Amanah dan setiakawan yang dikhianati
Melihat kepada kemorosotan populariti Amanah di ruangan publik dan juga bahan sebutan di kalangan rakyat, ini sesuatu yang membimbangkan.

Lompat ke PKR tak seserius lompat ke PN - Khalid
Katanya, menyertai PN jauh lebih serius kerana ia boleh dianggap sebagai mengkhianati mandat rakyat yang diberikan kepada mereka pada PRU14 yang lalu.