KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian bahawa beliau tidak pernah memohon pengampunan pada 2018 daripada Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Muhammad V, kerana kesalahan yang sudah disabitkan.
Perdana Menteri menegaskan Sultan Muhammad V berkenan mengambil inisiatif dan menelefon beliau untuk memberikan pengampunan penuh tanpa syarat kerana baginda mengikut perkembangan perbicaraan kesnya.
Kata Ahli Parlimen Tambun itu lagi, apa yang diperjuangkan sebelum ini adalah bantahan terhadap penghakiman, yang disifatkan melanggar prinsip hukum.
"Saya harap Yang Berhormat khususnya dari Kelantan boleh mohon menghadap Sultan Muhammad V.
"Saya tidak mohon pengampunan kerana dihukum. Pengampunan diberi di atas pelanggaran prinsip keadilan.
"Kita bantah penghakiman yang melanggar prinsip hukum, mengada-adakan termasuk dalam kes pertama membuat pertuduhan peristiwa berlaku di bangunan yang belum ada, dan memaksa orang menjadi saksi atau mengambil siasatan sebelum pun laporan polis dibuat.
"Saya nak jelaskan di sini ini fakta, ialah (YDPA) menelefon saya dan menyatakan Anwar, saya akan beri pengampunan penuh kerana saya ikuti perkembangan perbicaraan saudara dan saya petik apa yang Baginda guna ialah travesty of the justice atau pelanggaran prinsip keadilan.
"Oleh demikian saya (Sultan Muhammad V) akan memberi pengampunan penuh segera," katanya di Dewan Rakyat, pada Selasa.
Presiden PKR itu berkata, Pas didakwa memainkan persepsi pembebasannya kerana 'permohonan' pengampunan daripada Yang Dipertuan Agong.
Pada April 1999, Anwar dijatuhi hukuman penjara enam tahun atas tuduhan rasuah, dan pada Ogos 2000 beliau dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun kerana kesalahan liwat.
Pada 2004, beliau dibebaskan selepas sabitan liwatnya dibatalkan tetapi pembebasannya dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada Mac 2014.
Beliau kemudian menerima pengampunan diraja dan dibebaskan pada 2018 sebaik Pakatan Harapan mentadbir negara.
Hasimi Muhamad
Tue Dec 20 2022

Anwar menegaskan Sultan Muhammad V berkenan mengambil inisiatif dan menelefon beliau untuk memberikan pengampunan penuh tanpa syarat kerana baginda mengikuti perkembangan perbicaraan kesnya. -Gambar fail/Reuters

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pengampunan Anwar boleh diragui, ini respons PKR kepada Ismail Sabri
Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri bahawa pengampunan terhadap Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2018 boleh diragui, adalah tidak bertanggungjawab.