KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pembangkang hari ini memasuki sidang Dewan Rakyat dengan memakai lilitan putih di bahagian lengan kiri masing-masing.
Tindakan tersebut dibuat sebagai tanda protes terhadap keputusan Speaker Tan Sri Johari Abdul yang tidak mengosongkan kerusi enam bekas wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Salah seorang Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati Samsudin ketika bangkit mengajukan soalan pada pertanyaan Jawab Lisan pagi ini berkata, tindakan tersebut dibuat kerana protes 'reformati' terhadap Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.
"Reben putih di lengan kiri, sebagai protes berlakunya 'reformati'.... spesifik merujuk kepada 49A,' katanya memberikan pantun sebelum mengajukan soalan.
Sebelum itu, Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) ketika bangkit mengajukan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh turut dilihat memakai lilitan sama.
Selain itu, Datuk Seri Ronald Kiandee (PN-Beluran) dan Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) juga mengenakan reben putih di bahagian lengan mereka.
Minggu lepas, Ketua Whip PN Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata tindakan Ahli Parlimen blok pembangkang memakai lilitan putih juga sebagai meluahkan rasa kecewa terhadap keputusan Johari yang disifatkan sebagai 'black decision'.
Pada 9 Julai lalu, Johari menerusi surat kepada Bersatu memaklumkan enam bekas Ahli Parlimen parti itu yang sebelum ini mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai wakil rakyat.
Enam Ahli Parlimen yang dikekalkan kedudukan sebagai wakil rakyat walaupun keahlian mereka digugurkan daripada Bersatu adalah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).
Hasimi Muhamad
Mon Jul 15 2024
Mas Ermieyati dan Roslan antara yang melilit lengan mereka dengan reben putih ketika hadir pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. - Foto/Tangkap layar video Parlimen
Gangguan seksual di UA perlu bukti, fakta diperoleh melalui kaedah tepat
Sebarang dakwaan berhubung gangguan seksual hendaklah berasaskan kepada bukti dan fakta yang diperoleh melalui kaedah tepat dan boleh dipercayai.
Perlis harap tempoh operasi pintu sempadan Padang Besar, Wang Kelian dilanjutkan
Kerajaan Negeri Perlis berharap operasi ICQS Padang Besar dilanjutkan kepada 12 tengah malam manakala di ICQS Wang Kelian pula beroperasi hingga 9 malam.
AWANI Ringkas: Hannah diarah bayar kos mahkamah RM40,000
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pesawat terhempas di Brazil, ahli perniagaan dan 9 ahli keluarga maut
Kesemua 10 orang di dalam sebuah pesawat kecil terbunuh apabila pesawat itu terhempas di bandar Gramado, selatan Brazil.
Prospek Pelaburan 2025: Lebih Cabaran & Peluang
Memasuki tahun 2025 tidak lama lagi, ekonomi global dilihat berada di persimpangan, dengan ketegangan geopolitik, cabaran struktur di China dan dasar perdagangan AS, menambah ketidaktentuan pasaran. Ulasan bersama Ketua Penyelidikan Pelaburan, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan.
Sorotan 2024: Melonjak ekonomi, melimpah kemakmuran
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan MADANI telah melaksanakan pelbagai perencanaan strategik untuk melonjakkan ekonomi negara sepanjang 2024 bagi melimpahkan kemakmuran yang berpanjangan kepada rakyat dan negara.
Pasaran MSM dijangka alami sentimen tidak menentu minggu ini
Pasaran minyak sawit mentah (MSM) dijangka mengalami pergerakan harga tidak menentu minggu ini berikutan minggu dagangan yang singkat.
Prestasi FBM KLCI: Diunjur tidak berubah minggu ini berikutan musim perayaan
Dari segi teknikal, prospek jangka pendek FBM KLCI kekal berhati-hati, mencerminkan momentum perlahan dan isyarat pemulihan yang lemah manakala pemulihan jangka sederhana memerlukan pergerakan harga yang mantap, melebihi purata pergerakan eksponen 50 hari (EMA).
Musa Hassan akan terus bercakap, pertahankan negara dari ancaman - Peguam
Musa mengucapkan syukur atas keputusan mahkamah dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan beliau.
Laporan DNA, bedah siasat pembunuhan kejam Cikgu Istiqomah diperoleh
Mahkamah menetapkan 23 Januari depan sebagai sebutan semula kes pembunuhan kejam seorang guru, Istiqomah Ahmad Rozi pada Disember tahun lalu.
Justin Trudeau dijangka hilang kuasa
Jagmeet Singh dijangka akan mengemukakan usul tidak percaya secara rasmi selepas Dewan Rakyat kembali bersidang pada 27 Januari.
RUU wajibkan pendidikan hingga sekolah menengah dibentang di Parlimen Februari 2025
Rang undang-undang (RUU) untuk meminda Akta Pendidikan 1996 bagi mewajibkan pendidikan hingga peringkat sekolah menengah dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Februari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Disember 2024.
Bacaan kali kedua RUU Majlis Media Malaysia dijangka Februari 2025
Ia membuktikan komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan industri media melalui sokongan terhadap standard kewartawanan dan profesionalisme.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).
Dewan Rakyat selesai mesyuarat ketiga, lulus 26 RUU termasuk Belanjawan 2025
Selepas 35 hari bersidang, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 menutup tirainya semalam, dengan 26 rang undang-undang termasuk Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 dilulusk
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
Usul bahas laporan RCI Batu Puteh bukan untuk dakwa mana-mana pihak - Azalina
Perbahasan laporan RCI bagi membolehkan kerajaan mengambil cadangan serta keputusan untuk memperbaiki kelemahan berkaitan kes berkenaan.
Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air
RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa.